sudahkah anda membuat penamaan di kwsp?


quote from kwsp website

"Berikutan kejayaan kempen penamaan yang dilancarkan tahun lalu, KWSP akan melancarkan siri kedua kempen media melalui radio dan akhbar mulai 13 Disember hingga 26 Disember 2010 bagi menggalakkan lebih ramai ahli membuat penamaan mereka. Setakat suku ketiga 2010, seramai 4.25 juta ahli KWSP telah membuat penamaan berbanding 3.29 juta ahli pada tempoh yang sama tahun lepas. “KWSP menyeru ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan mereka tetapi masih belum membuat penamaan agar berbuat demikian dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka dan dengan membuat penamaan akan memastikan simpanan ini dibayar dengan segera tanpa melalui proses yang sukar dan lama,” kata beliau. “Membuat penamaan merupakan perkara yang penting dan kegagalan berbuat demikian akan memberikan kesan mendalam terhadap kehidupan orang tersayang dan tanggungan mereka,” kata Nik Affendi. Menurut beliau, tanpa penamaan keluarga atau waris terdekat ahli yang meninggal dunia akan melalui proses yang sukar dan memakan masa lama untuk menuntut simpanan ahli. Ini melibatkan pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa yang berkenaan bagi menyokong permohonan mereka dan bayaran mungkin dikenakan oleh pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut. Bagaimanapun, proses ini perlu sebagai langkah mencegah penipuan dan untuk memastikan simpanan hari tua itu diberikan kepada mereka yang benar-benar berhak"

hmm, ai adalah antara orang yang tak buat-buat penamaan kwsp. tapi dah sampai seru ni rasa cam nak buat penamaan pulak. hah, korang pun kalau belum penamaan kwsp mari buat penamaan beramai2!

2 comment:

Salbiah bt Karim said...

kalo nak tukar penama plak cm ne eh?

asilahkassim said...

kena isi balik borang tu sal, automatik akan cancel penamaan sebelumnya

Powered by Blogger.