eh cerita maha lagi (dah basi, hmm?)

sepanjang MAHA yang lepas ai telah duty 2 hari untuk jaga booth MOH. hmm, jaga booth adalah aktiviti yang menyeronokkan walaupun penat. hehe :-)

seronoknya, ai jumpa macam-macam orang dengan bisnes makanan masing2. dari mee kuning, kopi, burger dan banyak lagi. siapa kata enterprise kecil dan sederhana kat malaysia tak kompetetif? 

department ai tengah sibuk promosi SK1M, ini semua untuk kita juga sebagai pengguna. bukankah bagus kalau kita tahu makanan yang kita makan setiap hari selamat dari segi pembuatan dan pengendalian? sekarang ni memang dah banyak sistem pensijilan makanan seperti HACCP dan GMP tapi tak sure pengguna alert atau tidak, hmm?  tapi kadang2 kehendak2 dalam requirement susah nak dipatuhi oleh EKS, jadi alternatifnya ialah SK1M atau Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia :-)


ops, teknikal plak post kali ni. apapun ai enjoy jaga booth sambil jalan2. memang tabik spring dengan penganjuran MAHA 2010 yang cecah pengunjung hingga 2 juta. superb!

 photo kredit to adah@nikon

2 comment:

saadah said...

ok..tqvm..tetiba ternampak perkataan adah@nikon d ctu heheh..apalah sgt nikon saya dbandingkn dgn nikon anda n nikon pacak keh3

papepn sgt tersenyum melihat perkataan mee kuning muncul 1st skali..semoga beliau berjaya dlm bsnes..cepat amiinn..

asilahkassim said...

betul2 semoga beliau berjaya. hehe

Powered by Blogger.