risau pada tempatnya, harap-harap dijauhkan perkara tidak baik

hari ni ai baca paper berita harian dan terjumpa satu berita yang betul2 membuatkan jiwa rasa gundah gulana. sinopsis berita ialah, seorang encik kehilangan ic pada tahun 2003, dan pada tahun 2010 beliau telah diisytihar muflis kerana ada tunggakan pinjaman dan perbelanjaan yang tidak dilakukan sama sekali oleh encik itu. haish!

oleh kerana ai juga telah ditimpa malang kehilangan ic, maka ai automatik merasa amat risau. takutnya benda macam ni terjadi pada diri sendiri. harap-harap dijauhkan la bencana macam ni.

tapi hairan juga, tak kan la sistem perbankan or penjualan tak berhati-hati mengkaji latar belakang peminjam or pembeli. tak kan ada ic je semua lepas? plus kalau hilang ic dan kita replace ic baru, takkan ic lama tu tak obselete secara automatik? takkan tak boleh check dengan jabatan pendaftaran negara. adoi, ai pening dibuatnya!

harap-harap takde benda buruk berlaku. amin :-)


2 comment:

~lina talib~ said...

ic aku pun hilang gakkkk...huhu..

saadah said...

apakah signifikan di sebalik kehilangan ic dan gmbar encik panda yg comel itu...ms mula2 bc..mati2 ingtkn encik itu hilang ic di Autralia..huhuhu

Powered by Blogger.