rangka belanjawan 2011, perancangan kewangan

2011 adalah tahun ke-6 ai sebagai pekerja. jadi bila dah masuk tahun keenam ni, kena lah serius sikit, habis dah zaman berfoya-foya lagi-lagi bab financial. hehe :-)

2011, diramalkan akan mengalami financial yang agak kucar-kacir jika tidak diuruskan dengan betul. maklumlah, dengan macam-macam perancangan dan agenda mestilah melibatkan nilai RM yang banyak. haish!

sebagai inisiatif, ai dah siapkan belanjawan 2011 dan perancangan kewangan yang lebih terurus. inipun dah macam-macam pertimbangan dah buat, termasuklah agenda2 seperti adik nak kawin, adik nak masuk poli, raya, cuti-cuti malaysia, settlekan hutang2 dan satu projek khas. hmm~

kalau mengikut budget, setengah tahun pertama agak 'ketat' sedikit. kan bagus kalau ada suntikan modal. haha. berangan je lah ye :-)

apapun, ai berharap 2011 ni financial akan dapat diurus dengan baik dan berhemah. korang dah siap ke belanjawan 2011? ingat berbelanja mengikut kemampuan :-p

 

0 comment:

Powered by Blogger.