kagum kerana berjaya simpan slip gaji 5 tahun tanpa gagal. ini kira pencapaian tak?

diam tak diam, dah masuk tahun ke-6 ai kerja. hmm, sejarah kerjaya ai bermula pada 18/7/2005 dan masih lagi sebagai pekerja makan gaji sehingga hari ini (bila nak berubah title pekerja makan gaji nih?)

3 tahun pertama dalam sektor fast food, laluan kerjaya yang agak mudah tapi penuh cabaran mental dan fizikal. tapi memang menyeronokkan sebab hari-hari melalui cabaran yang berbeza. kerja kat outlet kan, hari-hari jumpa customer berbeza, kerja dengan mereka yang muda belia dan tekanan kerja yang boleh membuatkan orang jadi gila. hehe :-) apapun, 3 tahun ni adalah platform terbaik dalam hidup. kat sinilah ai belajar banyak benda termasuklah macam mana nak jadi manusia yang berguna, pekerja yang hebat,  menghargai kawan dan lawan.

2 tahun seterusnya dalam industri pemprosesan makanan. lebih hebat tekanan nya! belajar berdikari dan hidup susah. ex-boss cakap, ai ada 'dunia' sendiri bila kerja. haha :-) apapun semua masalah dan cabaran sentiasa mematangkan diri kita.

tahun semasa, alhamdulillah, dapat kerja kat gomen. aim nak masuk gomen sebelum umur 3 series berjaya dicapai. hehe :-) buat masa ni, cabaran masih samar-samar maklumlah baru keja 3 bulan. hopefully ai akan sentiasa memperbaiki mutu kerja dan lebih komited dalam 'dunia' kerjaya baru. look forward for challenges and workloads in 2011!

ok, habis intro :-p

berbalik kepada tajuk, ai tak sangka ai berjaya simpan slip gaji selama 5 tahun berkhidmat. wah! ingatkan dah tak berjaya dikesan. rupanya ada tersusun rapi. hmm, buat apa ai dok sibuk-sibuk cari slip gaji? ini semua angkara e-lejar lhdn yang bagitau ai ada rm356 lebihan cukai berbaki dan belum diisytiharkan. mungkin boleh claim semula rm356 ni? maka ai pun rajinkan diri trace bila pcb ni dibuat. kalau officer lhdn bagitau yang duit ni boleh claim cepat2 ai isytiharkan nanti. hahaha :-)

moral of the story, jangan buang slip gaji at least 7 tahun! pergh, nasib baik sekarang gomen dah tak guna slip2 gaji ni selamat ruang-ruang menyimpan :-p

hiasan semata-mata

0 comment:

Powered by Blogger.