e-lejar adalah aplikasi baru LHDN yang berguna!


bila ingat cukai pendapatan, automatik ingat lhdn. hehe :-) dah hujung tahun kan, kena lah bersedia dengan maklumat2 yang berkaitan cukai. once sistem e-filing buka, cepat2 kasi update, jangan tunggu last minute!

tahun 2010 ai berjaya menggunakan aplikasi e-filing, memang mudah! dan yang paling penting dapat claim semula rm112.85 (pcb) yang dipotong dari lhdn. hehe :-) 

kali ni lhdn perkenalkan aplikasi baru iaitu e-lejar. aplikasi digunakan untuk kita monitor transaksi lejar cukai pendapatan mengikut tahun dan untuk kita mengetahui kedudukan terkini baki cukai. untuk akses sistem ni, gunakan password yang sama dengan aplikasi e-filing! 

terdapat 2 jenis akaun iaitu:
Akaun 1- adalah akaun cukai. Akaun ini memaparkan transaksi percukaian yang berlaku dan dikemaskini dalam lejar pembayar cukai mengikut tahun kalendar. Baki akhir dalam Akaun 1 ini adalah baki semasa pembayar cukai. Baki semasa ini menentukan sama ada pembayar cukai masih mempunyai amaun cukai tertunggak dengan LHDN


Akaun 2- adalah akaun bayaran ansuran cukai. Akaun ini menunjukkan transaksi bayaran ansuran cukai seperti bayaran PCB yang dibuat dan dikemaskini mengikut tahun kalendar. Baki dalam akaun 2 adalah jumlah bayaran ansuran yang masih belum boleh digunakan kerana taksiran bagi bayaran berkenaan masih belum ‘disifatkan’ atau dikemaskini


untuk ai, baki semasa cukai rm0 sebab dah terima bayaran balik dari lhdn. yang menariknya kat akaun 2 ada rm356 yang masih belum diisytiharkan, pcb masa kerja fast food dulu-dulu yang belum dikemaskini. plus ada lebih kurang rm76 untuk pcb 2010.

maka, kalau korang dah ada akaun ngan lhdn, mulalah akses kepada aplikasi e-lejar. kan bagus kalau dapat tengok transaksi lejar cukai pendapatan. yang belum kerja dan tak ada pendapatan tunggulah suatu masa nanti. hehe :-p

0 comment:

Powered by Blogger.