bila dah hujung tahun ni, operasi tutup buku pun bermula

bila hujung tahun ramai orang kata, tutup buku lama dan buka buku baru. fokus ai pastilah akan lebih kepada financial matters. haruslah kan, sebab banyak perkara yang bermula dan berakhir dengan adanya duit.

sepanjang tahun 2010, banyak tanggungan yang telah bertambah, antaranya:
a) loan hire purchase untuk Saga SE (April 2010)
b) asb loan (Nov 2010)

tapi banyak juga tanggungan yang masih berjalan seperti biasa
a) ptptn (Jan 2006)
b) insurans (April 2007)
c) asb loan (July 2007)

hmm, maka bila dah banyak tanggungan kenalah berbelanja secara berhemah. yang mana mampu je lah. huhu :-) bila dah hujung tahun ni, sibuk jugalah nak kemaskini banyak perkara, antaranya:
a) berkaitan dengan cukai pendapatan - resit buku, resit zakat dan macam2 resit @ penyata
b) fail2 yang menyimpan semua maklumat berkaitan loan, kwsp, insurans dan lain
c) review perbelanjaan bulanan untuk tahun 2010

bila bab financial ni, kena lah displin sikit. kalau pengurusan duit tak baik, bolehlah dapatkan khidmat nasihat dari AKPK. menjelang tahun baru 2011 ni jangan lupa siapkan financial budget 2011. insya'allah pengurusan kewangan akan lebih terkawal dan kita tahu aliran debit dan kredit kita sendiri :-)

tutup buku lama, buka buku baru. ingat, jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. lagi-lagi bila bab berkaitan duit ni. 

financial objective 2011: kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, patuh kepada rancangan perbelanjaan bulanan dan mulakan simpanan dalam bentuk fizikal. berusaha!

0 comment:

Powered by Blogger.