ambang tahun baru. imbasan 2010!

sebenarnya bagus juga ada belog ni bila tak ada diari. macam-macam kita boleh tulis dan note, at least bila dah hujung tahun boleh buat imbasan perkara-perkara yang menarik dan tak menarik 2010!

jan2010
bulan paling banyak update blog. 72 post cerita rapu. tak banyak benda menarik awal tahun ni. bila tengok post lama macam stress je time ai update blog. haha :-)

feb2010
bulan ni 1st time ai jadi cikgu tuisyen matematik.cikgu garang, okay?

mac2010
ai pergi interview pegawai zat makanan. tapi tak dapat pun :-p

april2010
officially menjadi pemandu kepada kereta sendiri. ai beli proton saga se putih. itu je yang mampu beli. hehe :-) bulan ni pun dapat interview call untuk post pegawai teknologi makanan. oh, kali pertama juga menggunakan aplikasi e-filing

may2010
ai pergi interview post pegawai teknologi makanan kat putrajaya

june2010
kali pertama dapat cek dari nuffnang ^_^

july2010
alhamdulillah, dapat post tetap as pegawai teknologi makanan, maksudnya officially hantar surat resign

august 2010
lapor diri as gomen servant. kali pertama pergi sambutan kemerdekaan time2 posa!

september2010
bulan paling sikit update blog- 9 post sahaja. ntah la busy dengan macam2 benda. pening!

oktober2010
ai join charity walk. world hunger relief program 2010 kat putrajaya. jalan kaki sejauh 5km!

november2010
bulan birthday dan terima cek claim dari lhdn :-)

disember2010
jaga booth maha2010, jumpa en mi kuning yang comel (tapi dah terputus jejak pulak) dan bergembira kerana PM bagi cuti khas sempena kemenangan team bola menang piala suzuki aff 2010. hehe :-)

tak banyak perkara major dalam hidup untuk tahun 2010 ni. apapun banyak benda baru yang dapat dipelajari dan amat berguna untuk masa-masa mendatang. semoga tahun 2011 akan lebih mencabar. yeah!

0 comment:

Powered by Blogger.