29122010, kisah kagum dan gembira

hari ini adalah hari bercuti. cuti-cuti hujung tahun. seronoknya balik kampung! yeehaa!!

banyak perkara manis hari ni, betul? 

1. jpj, bangi
setelah hampir beberapa bulan lesen hilang, baru dapat buat salinan hari ni. seawal 7.50pagi ai dah terpacak depan jpj bangi. hmm, rupanya jpj bangi dah bukak lebih awal dari apa yang ai jangka, 7.45pagi. wow! tak sangka urusan ganti lesen adalah sangat pantas. kurang dari 5 minit masa transaksi. hebat! perkara pertama buat ai gembira!

hari ni ai kali pertama buat penamaan untuk kwsp :-) alhamdulillah, proses amat cepat. tak perlu tunggu. hebat2! perkara kedua buat ai tersenyum :-)

yeay! balik kampung! gembira kuasa tiga!

gembira kerana dapat bawak pokok mulberi dari putrajaya ke sekinchan dengan jayanya. pokok sihat dan segar! seronok sangat sebab mak pun happy tengok ai bawak balik pokok tu, walaupun beliau dah ada koleksi pokok mulberi :-)  gembira kuasa 4!

5. harimau malaya vs garuda. menang! Piala Suzuki AFF 2010 nyata milik Malaysia!
ai bukanlah peminat bola sebelum ini. selepas ni tak tau la pulak. tapi ai teruja dengan perlawanan team Malaysia vs Indonesia. haish! mesti tonton! mesti support! memang terbukti Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia. tahniah buat semua player Harimau Malaya, kerana kesungguhan mereka kemenangan milik Malaysia. 

hebat! perkara yang amat menggembirakan, yang ai kagum kawan-kawan lain yang tak pernah tengok bola pun boleh layan bola bersungguh2! bravo! 

ai sangat gembira dan kagum. terima kasih kerana anda- petugas jpj, petugas kwsp, family dan the greatest Harimau Malaya, anda buat saya bangga dan kagum. terima kasih kerana buat ai tersenyum :-)

0 comment:

Powered by Blogger.