selamat tahun baru 2011, kalian!

cepat masa berlalu. banyak perkara yang masih belum tercapai? hmm, agak lah. hehe :-) apapun tahun baru datang lagi, 2011. selamat datang, dengan harapan!

bila dah 2011 ni, banyak perancangan berlegar-legar dalam kepala. pembukaan tahun ni bakal sibuk dengan persiapan untuk hari kahwin adik. ada juga perancangan-perancangan lain. insya'allah semua akan sedikit lega pertengahan tahun nanti.

life pasti akan berjalan seperti biasa. harap2 ada surprise untuk diri sendiri tahun ni. haha, apakah? kewangan agak ketat 1/2 tahun pertama, tapi insya'allah dengan adanya perancangan akan lebih terkawal. kerjaya baru nak bermula. semoga cabaran kerjaya akan dihadapi dengan tabah dan bersungguh-sungguh. kena kembalikan momentum kerja yang luar biasa. huhu ^_^! kesihatan semoga berada pada tahap yang baik supaya semua perancangan boleh berjalan lancar. keluarga, hmm insya'allah ada pertambahan ahli baru- bakal adik ipar:-)

overall, mengharapkan sinar lebih baik dalam tahun baru diiringi usaha dan doa. semoga kalian juga akan terus suksess dan bersemangat menghadapi hari mendatang. salam tahun baru!

post terakhir 2010. tahniah 361 post untuk tahun ini. hehe :-)

ambang tahun baru. imbasan 2010!

sebenarnya bagus juga ada belog ni bila tak ada diari. macam-macam kita boleh tulis dan note, at least bila dah hujung tahun boleh buat imbasan perkara-perkara yang menarik dan tak menarik 2010!

jan2010
bulan paling banyak update blog. 72 post cerita rapu. tak banyak benda menarik awal tahun ni. bila tengok post lama macam stress je time ai update blog. haha :-)

feb2010
bulan ni 1st time ai jadi cikgu tuisyen matematik.cikgu garang, okay?

mac2010
ai pergi interview pegawai zat makanan. tapi tak dapat pun :-p

april2010
officially menjadi pemandu kepada kereta sendiri. ai beli proton saga se putih. itu je yang mampu beli. hehe :-) bulan ni pun dapat interview call untuk post pegawai teknologi makanan. oh, kali pertama juga menggunakan aplikasi e-filing

may2010
ai pergi interview post pegawai teknologi makanan kat putrajaya

june2010
kali pertama dapat cek dari nuffnang ^_^

july2010
alhamdulillah, dapat post tetap as pegawai teknologi makanan, maksudnya officially hantar surat resign

august 2010
lapor diri as gomen servant. kali pertama pergi sambutan kemerdekaan time2 posa!

september2010
bulan paling sikit update blog- 9 post sahaja. ntah la busy dengan macam2 benda. pening!

oktober2010
ai join charity walk. world hunger relief program 2010 kat putrajaya. jalan kaki sejauh 5km!

november2010
bulan birthday dan terima cek claim dari lhdn :-)

disember2010
jaga booth maha2010, jumpa en mi kuning yang comel (tapi dah terputus jejak pulak) dan bergembira kerana PM bagi cuti khas sempena kemenangan team bola menang piala suzuki aff 2010. hehe :-)

tak banyak perkara major dalam hidup untuk tahun 2010 ni. apapun banyak benda baru yang dapat dipelajari dan amat berguna untuk masa-masa mendatang. semoga tahun 2011 akan lebih mencabar. yeah!

e-lejar adalah aplikasi baru LHDN yang berguna!


bila ingat cukai pendapatan, automatik ingat lhdn. hehe :-) dah hujung tahun kan, kena lah bersedia dengan maklumat2 yang berkaitan cukai. once sistem e-filing buka, cepat2 kasi update, jangan tunggu last minute!

tahun 2010 ai berjaya menggunakan aplikasi e-filing, memang mudah! dan yang paling penting dapat claim semula rm112.85 (pcb) yang dipotong dari lhdn. hehe :-) 

kali ni lhdn perkenalkan aplikasi baru iaitu e-lejar. aplikasi digunakan untuk kita monitor transaksi lejar cukai pendapatan mengikut tahun dan untuk kita mengetahui kedudukan terkini baki cukai. untuk akses sistem ni, gunakan password yang sama dengan aplikasi e-filing! 

terdapat 2 jenis akaun iaitu:
Akaun 1- adalah akaun cukai. Akaun ini memaparkan transaksi percukaian yang berlaku dan dikemaskini dalam lejar pembayar cukai mengikut tahun kalendar. Baki akhir dalam Akaun 1 ini adalah baki semasa pembayar cukai. Baki semasa ini menentukan sama ada pembayar cukai masih mempunyai amaun cukai tertunggak dengan LHDN


Akaun 2- adalah akaun bayaran ansuran cukai. Akaun ini menunjukkan transaksi bayaran ansuran cukai seperti bayaran PCB yang dibuat dan dikemaskini mengikut tahun kalendar. Baki dalam akaun 2 adalah jumlah bayaran ansuran yang masih belum boleh digunakan kerana taksiran bagi bayaran berkenaan masih belum ‘disifatkan’ atau dikemaskini


untuk ai, baki semasa cukai rm0 sebab dah terima bayaran balik dari lhdn. yang menariknya kat akaun 2 ada rm356 yang masih belum diisytiharkan, pcb masa kerja fast food dulu-dulu yang belum dikemaskini. plus ada lebih kurang rm76 untuk pcb 2010.

maka, kalau korang dah ada akaun ngan lhdn, mulalah akses kepada aplikasi e-lejar. kan bagus kalau dapat tengok transaksi lejar cukai pendapatan. yang belum kerja dan tak ada pendapatan tunggulah suatu masa nanti. hehe :-p

bila dah hujung tahun ni, operasi tutup buku pun bermula

bila hujung tahun ramai orang kata, tutup buku lama dan buka buku baru. fokus ai pastilah akan lebih kepada financial matters. haruslah kan, sebab banyak perkara yang bermula dan berakhir dengan adanya duit.

sepanjang tahun 2010, banyak tanggungan yang telah bertambah, antaranya:
a) loan hire purchase untuk Saga SE (April 2010)
b) asb loan (Nov 2010)

tapi banyak juga tanggungan yang masih berjalan seperti biasa
a) ptptn (Jan 2006)
b) insurans (April 2007)
c) asb loan (July 2007)

hmm, maka bila dah banyak tanggungan kenalah berbelanja secara berhemah. yang mana mampu je lah. huhu :-) bila dah hujung tahun ni, sibuk jugalah nak kemaskini banyak perkara, antaranya:
a) berkaitan dengan cukai pendapatan - resit buku, resit zakat dan macam2 resit @ penyata
b) fail2 yang menyimpan semua maklumat berkaitan loan, kwsp, insurans dan lain
c) review perbelanjaan bulanan untuk tahun 2010

bila bab financial ni, kena lah displin sikit. kalau pengurusan duit tak baik, bolehlah dapatkan khidmat nasihat dari AKPK. menjelang tahun baru 2011 ni jangan lupa siapkan financial budget 2011. insya'allah pengurusan kewangan akan lebih terkawal dan kita tahu aliran debit dan kredit kita sendiri :-)

tutup buku lama, buka buku baru. ingat, jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. lagi-lagi bila bab berkaitan duit ni. 

financial objective 2011: kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, patuh kepada rancangan perbelanjaan bulanan dan mulakan simpanan dalam bentuk fizikal. berusaha!

kagum kerana berjaya simpan slip gaji 5 tahun tanpa gagal. ini kira pencapaian tak?

diam tak diam, dah masuk tahun ke-6 ai kerja. hmm, sejarah kerjaya ai bermula pada 18/7/2005 dan masih lagi sebagai pekerja makan gaji sehingga hari ini (bila nak berubah title pekerja makan gaji nih?)

3 tahun pertama dalam sektor fast food, laluan kerjaya yang agak mudah tapi penuh cabaran mental dan fizikal. tapi memang menyeronokkan sebab hari-hari melalui cabaran yang berbeza. kerja kat outlet kan, hari-hari jumpa customer berbeza, kerja dengan mereka yang muda belia dan tekanan kerja yang boleh membuatkan orang jadi gila. hehe :-) apapun, 3 tahun ni adalah platform terbaik dalam hidup. kat sinilah ai belajar banyak benda termasuklah macam mana nak jadi manusia yang berguna, pekerja yang hebat,  menghargai kawan dan lawan.

2 tahun seterusnya dalam industri pemprosesan makanan. lebih hebat tekanan nya! belajar berdikari dan hidup susah. ex-boss cakap, ai ada 'dunia' sendiri bila kerja. haha :-) apapun semua masalah dan cabaran sentiasa mematangkan diri kita.

tahun semasa, alhamdulillah, dapat kerja kat gomen. aim nak masuk gomen sebelum umur 3 series berjaya dicapai. hehe :-) buat masa ni, cabaran masih samar-samar maklumlah baru keja 3 bulan. hopefully ai akan sentiasa memperbaiki mutu kerja dan lebih komited dalam 'dunia' kerjaya baru. look forward for challenges and workloads in 2011!

ok, habis intro :-p

berbalik kepada tajuk, ai tak sangka ai berjaya simpan slip gaji selama 5 tahun berkhidmat. wah! ingatkan dah tak berjaya dikesan. rupanya ada tersusun rapi. hmm, buat apa ai dok sibuk-sibuk cari slip gaji? ini semua angkara e-lejar lhdn yang bagitau ai ada rm356 lebihan cukai berbaki dan belum diisytiharkan. mungkin boleh claim semula rm356 ni? maka ai pun rajinkan diri trace bila pcb ni dibuat. kalau officer lhdn bagitau yang duit ni boleh claim cepat2 ai isytiharkan nanti. hahaha :-)

moral of the story, jangan buang slip gaji at least 7 tahun! pergh, nasib baik sekarang gomen dah tak guna slip2 gaji ni selamat ruang-ruang menyimpan :-p

hiasan semata-mata

kerana ngauman mu, kami semua berbangga!

dari seorang perdana menteri
hinggalah seorang dj- fafau

dan kami semua, rakyat Malaysia berbangga dengan kesungguhan anda, Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia! 


dan kegembiraan dikongsi bersama. terima kasih tidak terhingga!

29122010, kisah kagum dan gembira

hari ini adalah hari bercuti. cuti-cuti hujung tahun. seronoknya balik kampung! yeehaa!!

banyak perkara manis hari ni, betul? 

1. jpj, bangi
setelah hampir beberapa bulan lesen hilang, baru dapat buat salinan hari ni. seawal 7.50pagi ai dah terpacak depan jpj bangi. hmm, rupanya jpj bangi dah bukak lebih awal dari apa yang ai jangka, 7.45pagi. wow! tak sangka urusan ganti lesen adalah sangat pantas. kurang dari 5 minit masa transaksi. hebat! perkara pertama buat ai gembira!

hari ni ai kali pertama buat penamaan untuk kwsp :-) alhamdulillah, proses amat cepat. tak perlu tunggu. hebat2! perkara kedua buat ai tersenyum :-)

yeay! balik kampung! gembira kuasa tiga!

gembira kerana dapat bawak pokok mulberi dari putrajaya ke sekinchan dengan jayanya. pokok sihat dan segar! seronok sangat sebab mak pun happy tengok ai bawak balik pokok tu, walaupun beliau dah ada koleksi pokok mulberi :-)  gembira kuasa 4!

5. harimau malaya vs garuda. menang! Piala Suzuki AFF 2010 nyata milik Malaysia!
ai bukanlah peminat bola sebelum ini. selepas ni tak tau la pulak. tapi ai teruja dengan perlawanan team Malaysia vs Indonesia. haish! mesti tonton! mesti support! memang terbukti Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia. tahniah buat semua player Harimau Malaya, kerana kesungguhan mereka kemenangan milik Malaysia. 

hebat! perkara yang amat menggembirakan, yang ai kagum kawan-kawan lain yang tak pernah tengok bola pun boleh layan bola bersungguh2! bravo! 

ai sangat gembira dan kagum. terima kasih kerana anda- petugas jpj, petugas kwsp, family dan the greatest Harimau Malaya, anda buat saya bangga dan kagum. terima kasih kerana buat ai tersenyum :-)

feeling balik kampung, yeay!


seronok esok dah start cuti. yeay! tak sabar-sabar nak balik kampung @ sekinchan. hehe :-) 

selamat bercuti ye!

fazura congrats!


congratulations fazura :-) menang anugerah pelakon pembantu wanita terbaik-pisau cukur! yeay! 

rangka belanjawan 2011, perancangan kewangan

2011 adalah tahun ke-6 ai sebagai pekerja. jadi bila dah masuk tahun keenam ni, kena lah serius sikit, habis dah zaman berfoya-foya lagi-lagi bab financial. hehe :-)

2011, diramalkan akan mengalami financial yang agak kucar-kacir jika tidak diuruskan dengan betul. maklumlah, dengan macam-macam perancangan dan agenda mestilah melibatkan nilai RM yang banyak. haish!

sebagai inisiatif, ai dah siapkan belanjawan 2011 dan perancangan kewangan yang lebih terurus. inipun dah macam-macam pertimbangan dah buat, termasuklah agenda2 seperti adik nak kawin, adik nak masuk poli, raya, cuti-cuti malaysia, settlekan hutang2 dan satu projek khas. hmm~

kalau mengikut budget, setengah tahun pertama agak 'ketat' sedikit. kan bagus kalau ada suntikan modal. haha. berangan je lah ye :-)

apapun, ai berharap 2011 ni financial akan dapat diurus dengan baik dan berhemah. korang dah siap ke belanjawan 2011? ingat berbelanja mengikut kemampuan :-p

 

dividen asb penutup 2010: 8.75%


siapa yang bergembira dengan berita ini? wah, sakanlah nak pergi shopping sana-sini. maklumlah sales masih ligat lagi. hehe :-) 

ai pun ada dapat gak sikit. tapi dah ada perancangan nak buat bayar road tax kali pertama. hmm, terpaksalah lupakan niat untuk bergembira. uhuk!

apapun, alhamdulillah :-) rezeki hujung tahun!

dikesempatan ni ai nak wish birthday of my blog-SKK! happy 2nd year birthday :-) semoga ai akan masih terus menulis untuk tahun seterusnya!!

pokok mulberi ai yang menggoda

mari lihat pokok mulberi ai. satu pasu rm10, pakej dengan buah sekali. hehehe :-p


semoga pokok ai ni akan hidup dengan ceria, gembira dan segar!

mulberi, buah omputih kat tanah malaysia


hari ni ai, kak ani dan dayah s pi makan kat taman warisan pertanian, putrajaya. nama pun 'pertanian', maka banyaklah tanaman dan hasil tanaman ada kat sana.

jalan2 ai terserempak dengan pokok mulberi yang tengah berbuah ni. aish, tak tahu pulak buah malberi ni boleh hidup kat malaysia ni. sungguh ketinggalan. hehehe :-)

maka ai pun beli 2 pokok dengan harapan nak bawa balik kampung next week. tapi sekarang pokok yang ai beli ni tengah sibuk berbuah, ai pun dah sempat makan 8 biji. rasa memang sedap, manis2 masam :-p

kat malaysia ni, dah ramai orang tanam pokok mulberi ni, siap komersil lagi. pokok mulberi boleh tumbuh tinggi dan berbuah lebat dengan penjagaan yang betul.

apa lagi cuba lah tanam pokok mulberi ni, buat hiasan kat halaman rumah :-)

bercuti meredakan ketenangan

sebenarnya hidup dengan banyak kerja memang stress, tapi tanpa kerja lagi sangat stress. kadang-kadang macam kena tekanan mental. haish!

bila penstrukturan semula ni?

oh! tak sabar nak cuti-cuti balik kampung :-) refreshing myself sebelum ke tahun baru 2011!

sudahkah anda membuat penamaan di kwsp?


quote from kwsp website

"Berikutan kejayaan kempen penamaan yang dilancarkan tahun lalu, KWSP akan melancarkan siri kedua kempen media melalui radio dan akhbar mulai 13 Disember hingga 26 Disember 2010 bagi menggalakkan lebih ramai ahli membuat penamaan mereka. Setakat suku ketiga 2010, seramai 4.25 juta ahli KWSP telah membuat penamaan berbanding 3.29 juta ahli pada tempoh yang sama tahun lepas. “KWSP menyeru ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan mereka tetapi masih belum membuat penamaan agar berbuat demikian dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka dan dengan membuat penamaan akan memastikan simpanan ini dibayar dengan segera tanpa melalui proses yang sukar dan lama,” kata beliau. “Membuat penamaan merupakan perkara yang penting dan kegagalan berbuat demikian akan memberikan kesan mendalam terhadap kehidupan orang tersayang dan tanggungan mereka,” kata Nik Affendi. Menurut beliau, tanpa penamaan keluarga atau waris terdekat ahli yang meninggal dunia akan melalui proses yang sukar dan memakan masa lama untuk menuntut simpanan ahli. Ini melibatkan pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa yang berkenaan bagi menyokong permohonan mereka dan bayaran mungkin dikenakan oleh pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut. Bagaimanapun, proses ini perlu sebagai langkah mencegah penipuan dan untuk memastikan simpanan hari tua itu diberikan kepada mereka yang benar-benar berhak"

hmm, ai adalah antara orang yang tak buat-buat penamaan kwsp. tapi dah sampai seru ni rasa cam nak buat penamaan pulak. hah, korang pun kalau belum penamaan kwsp mari buat penamaan beramai2!

mr mama kata satu sudu gula sudah mencukupi!


wow arash mohamad@kempen kurang gula! good job mr mama!

roti kopi rangup diluar, ada filling butter pulak, sedap!


mula-mula ai memang tak hingin nak rasa roti ni. nampak macam tak sedap walaupun kawan-kawan dok makan berulang-ulang. tapi, tak kenal maka tak cinta, ai terus jatuh cinta pada gigitan pertama. auww~

apa yang ai paling suka dengan roti ni?

1. ada lapisan rangup kopi kat luar
2. ada rasa masin butter kat dalam
3. rasa manis doh roti
4. perfect taste!

kalau korang belum pernah rasa, belilah sebiji rm2 kat rotiboy :-) mesti korang akan suka!

eh cerita maha lagi (dah basi, hmm?)

sepanjang MAHA yang lepas ai telah duty 2 hari untuk jaga booth MOH. hmm, jaga booth adalah aktiviti yang menyeronokkan walaupun penat. hehe :-)

seronoknya, ai jumpa macam-macam orang dengan bisnes makanan masing2. dari mee kuning, kopi, burger dan banyak lagi. siapa kata enterprise kecil dan sederhana kat malaysia tak kompetetif? 

department ai tengah sibuk promosi SK1M, ini semua untuk kita juga sebagai pengguna. bukankah bagus kalau kita tahu makanan yang kita makan setiap hari selamat dari segi pembuatan dan pengendalian? sekarang ni memang dah banyak sistem pensijilan makanan seperti HACCP dan GMP tapi tak sure pengguna alert atau tidak, hmm?  tapi kadang2 kehendak2 dalam requirement susah nak dipatuhi oleh EKS, jadi alternatifnya ialah SK1M atau Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia :-)


ops, teknikal plak post kali ni. apapun ai enjoy jaga booth sambil jalan2. memang tabik spring dengan penganjuran MAHA 2010 yang cecah pengunjung hingga 2 juta. superb!

 photo kredit to adah@nikon

kelas tartlet dikajang,saya suka!

cerita ai pergi kelas tart ni adalah cerita lama, cerita early december. hehe :-) apa pun baru nak update. ai dan kawan2 telah menyerang kelas tart di kajang aka azimah cooking class @ kajang! dengan bayaran rm50, ai dapat resepi dan belajar buat 5 jenis tart dan yang paling penting sekali boleh tapau tart2 ni balik rumah. hehe :-)

sebelum ni ai memang ada buat fruit tart. tapi belajar dapat menambah ilmu kan? tart kesukaan pastilah blueberry cheese tart. sedap, sedap dan sedap. haish! kelas ni kelas hands on. tapi takde lah fully hands on, banyak tengok je lah sebab ramai yang nak cuba

apapun kelas tart dah berjaya attend, bila pulak nak test skill ni? hmm

tidak lagi menjadi parasit. tutup buku atau insaf

baiklah, sejak akhir2 ni ai dah update blog. bukan tak ada idea, tapi internet yang takde. adoi, sekarang encik x dah pindah rumah, maka tiada lagi internet tumpangan. tutup buku sebagai parasit wireless yang berjaya. haish!

hidup tidak indah begini!
hidup tidak gembira begini!

adoi. kena cari penyelesaian. boringlah kalau tak dapat update blog. apalagi update status kat facebook. sedih ai! 

broadband? hmm.. baiklah, akan dipertimbangkan :-)

risau pada tempatnya, harap-harap dijauhkan perkara tidak baik

hari ni ai baca paper berita harian dan terjumpa satu berita yang betul2 membuatkan jiwa rasa gundah gulana. sinopsis berita ialah, seorang encik kehilangan ic pada tahun 2003, dan pada tahun 2010 beliau telah diisytihar muflis kerana ada tunggakan pinjaman dan perbelanjaan yang tidak dilakukan sama sekali oleh encik itu. haish!

oleh kerana ai juga telah ditimpa malang kehilangan ic, maka ai automatik merasa amat risau. takutnya benda macam ni terjadi pada diri sendiri. harap-harap dijauhkan la bencana macam ni.

tapi hairan juga, tak kan la sistem perbankan or penjualan tak berhati-hati mengkaji latar belakang peminjam or pembeli. tak kan ada ic je semua lepas? plus kalau hilang ic dan kita replace ic baru, takkan ic lama tu tak obselete secara automatik? takkan tak boleh check dengan jabatan pendaftaran negara. adoi, ai pening dibuatnya!

harap-harap takde benda buruk berlaku. amin :-)


yogurt dan kesihatan usus yang semakin baik


ai bukan lah pemakan susu dan hasilan susu. tapi bila ai termakan yogurt ini pada suatu hari, terus ai like! hehe :-) terus makan sehingga hari ini. sangat yummy!

kesan yang ai perasan selepas mengamalkan makan yogurt setiap hari ialah kesihatan usus semakin baik! boleh buat diri tersenyum-senyum sepanjang hari. untuk yang tak suka susu dan hasilan susu tapi nak berjinak-jinak dengan makan yogurt, sila lah rasa yogurt jenama Nestle. ada banyak jenis perisa buah-buahan, tapi yang ai paling like ialah mixed berries, strawberry, kiwi dan mango. yang best nya ada cebisan buah dan rasa yogurt sangat creamy dan smooth. sedap woo~

harga jualan rm1.30/bekas (carrefour alamanda). this month onwards ai dah tambah budget untuk pembelian yogurt setiap hari equal to rm39. harap-harap kesihatan usus akan semakin baik. terima kasih kultur hidup!

antara pilihan yogurt Nestle. mana satu pilihan kalbu?

dapatkan maklumat mengenai kebaikan yogurt di website Nestle-yogurt!
Powered by Blogger.