usul kawan2 boleh buat brain damage!

sekarang kat ofis semua orang tengah sibuk dengan persiapan event. yang terlibat pun ramai, tapi kali ni ai tak terlibat pun secara lansung, mungkin belum cukup "matang". haha :-)

tapi hari ni berkesempatan juga nak tolong, kerja senang je, duduk dan call untuk confirm kehadiran. tapi yang challenge nye bila orang-orang yang kita anggap penting untuk event, ignore je jemputan kita. boleh lak cakap, "eh sorry lah, jauh sangat, i dah buang pun jemputan u". oh! whatever, ye~ bukan jauh pun setakat kat johor. naik air asia, makan nasi goreng sate tak habis lagi dah kena turun kapal terbang. iskh2, very typical thinking!

nasib baik lah ai well train dalam bab2 marketing ni, berkat ajaran uk dulu2, bab nak paksa rela orang datang memang perkara yang ai suka. hehe :-)

rindu masa-masa gerak kerja hari kerjaya dulu-dulu. ok, tiba-tiba nak emosi plak!

bila dah penat membebel kat telefon dengan orang yang tak dikenali, ai pun cuba melepaskan keluh kesah kepada 2 orang manusia ni. alih2 kena torture plak. haiyak! kenapalah tema perbualan mereka petang tadi, "lelaki ego, adakah itu pilihan anda?", dah macam tajuk forum rasanya. haha :-)

macam2 usul keluar, nak brain damage dibuatnya. siap ada calon-calon lagi tu, tak tahan dengar! nasib baik subjek tak perasan perbualan ni. kalau tak mesti annoying gila. apa-apa aje 2 orang manusia ni :-p

0 comment:

Powered by Blogger.