tak dapat derma darah, perlukah saya panik?

semalam ada hari inovasi kat MOF, ada kempen derma darah. maka ai dengan semangat yang berkobar2 nak pergi derma darah. menariknya ialah kawan ai, cik nonet yang jadi gadis kaunter derma darah. haha :-)

so, kena buat ujian saringan dulu. kena tau darah apa follow by darah kita cukup hemoglobin atau tak. kalau semuanya ok, lepas ujian saringan. part ni, ai memang takde masalah. mesti lepas punya!

next ialah tekanan darah, ai memang takde masalah tekanan darah, cuma bila sampai part key in data kat sistem, boleh tersangkut pulak. doktor kata, pusat darah negara block nama. tak boleh derma darah. ada masalah katanya? hmm, apa masalah eh? kali terakhir ai derma darah ialah 2005. hello? tak kan lah selepas 5 tahun ai baru tau ada masalah dengan darah ai? kalau ada penyakit, mesti da tahap kronik ni. huhu. takut plak?!

maka dengan perasaan kecewa, ai pun balik. tak dapat derma. nampaknya kena cari hari yang sesuai untuk cuti dan pergi pusat darah negara. harap-harap semuanya baik2 sahaja. insya'Allah~

5 comment:

.::WaNiE::. said...

uiksss pasal ape pulak

Syue Mustafa said...

You ader ambil apa-apa ubat kot. Btw, you kat bahagian aper di MOF?

Luna Fantasi said...

asi, opismate aku tangan masih lebam spi hari ni..jgn kuciwa k!

cikgu isza said...

kena cepat tahu maklumbalas ni..
apa2pun harapnya semua ok..

asilahkassim said...

wanie: tak sure, dia kata pdn block

syue: tak keja MOF, support event kawan2

net: tgn fiza kan. ala biasa la tu..

isza: ye..

thanks korang :-)

Powered by Blogger.