ada apa dengan yayasan selangor?


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan serta-merta hasrat baginda untuk menghadiri majlis makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor Isnin ini selepas mendapat tahu kos majlis di Asrama Tun Dr. Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu melebihi RM300,000. 

Jumlah itu bermakna kos menanggung jamuan 2,200 tetamu pada majlis itu ialah kira-kira RM136 seorang. Hasrat baginda untuk tidak menghadiri majlis itu dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud pada sidang akhbar di sini semalam. 

Menurut Ramli, baginda pada mulanya berkenan berangkat ke majlis tersebut atas dasar Yayasan Selangor adalah badan kebajikan kerajaan negeri yang bertanggungjawab memantapkan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan luar bandar. “Bagaimanapun, baginda terkejut dan amat dukacita apabila mendapat tahu kos untuk majlis makan tengah hari itu yang menelan belanja melebihi RM300,000 adalah satu bentuk pembaziran,” katanya.

*************************************************************** 

sebagai alumni YS atau lebih tepat alumni AYSK, memang terkejut dengan kejadian ni. bukan main lagi promo kat page group YS tentang sambutan 40 thn YS. tapi akhirnya majlis dibatalkan!

berita sibuk paparkan kos majlis bernilai 300K, hmm angka yang agak besar. tapi yang musykilnya kalau nak buat event mestilah dapat peruntukan dulu, dah diluluskan baru lah event boleh terlaksana. salah siapa ni?

kesian alumni-alumni YS, baru nak mulakan langkah pertama penubuhan alumni YS dah terbantut usaha. apapun YS tetap pernah menabur bakti kat hidup ai, tanpa YS siapa lah ai. terima kasih YS, jasamu tetap dikenang :-) 

nota kaki: AYSK- Asrama Yayasan Selangor Klang, YS- Yayasan Selangor

0 comment:

Powered by Blogger.