RESEPI: Peach Triffle

peach triffle- approx 8pcs (saiz bekas seperti dalam gambar)

Peach Triffle (20pcs of 4oz cup)

Bahan-Bahan

Lapisan 1 (bawah)
Kek Coklat (buat atau beli sendiri)

Lapisan 2
1L susu UHT 
4 sudu besar gula
4 sudu besar tepung custard

Lapisan 3
1 tin peach dalam tin (siap dipotong)

Lapisan 4 (atas)
1 kotak jelly (quick frozen perisa strawberry- ai guna jenama NONA)

Cara membuatnya

1. Potong kek coklat dan letakkan sebagai base dalam bekas 
2. Campurkan susu+gula+tepung custard dan panaskan diatas api perlahan. Kacau sehingga sebati. Apabila campuran mendidih (rolling boil), padamkan api
3. Tuang custard dalam setiap bekas secara sama rata. Biarkan custard sejuk dan mengeras
4. Keluarkan kepingan peach dari tin, toskan air gula. Potong kepingan peach jika perlu. Susun kepingan peach diatas custard
5. Untuk jelly: didihkan air- mengikut sukatan dibelakang kotak. Masukkan jelly dan kacau hingga sebati (3 min)
6. Tuang jelly ke dalam bekas secara sama rata. Biarkan jelly mengeras
7. Biarkan triffle pada suhu bilik sebelum triffle disejukkan dalam peti ais

Nota Kaki
Pastikan custard telah mengeras sebelum tuang jelly. kalau tidak custard akan bercampur dengan jelly dan korang tak akan nampak lapisan triffle yang berwarna-warni :-)

hmm, resepi mudah dan ringkas tapi sedap. sila cuba ya!

2 comment:

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

yummyyy!




btw..

visit n do folo me yeah!

http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~

asilahkassim said...

okie

Powered by Blogger.