encik hazwan kahwin, tema merah jambu. sweet okay!

credit photo: encik izul
  
semalam kami beramai-ramai telah serbu majlis kahwin encik hazwan dan puan lynn kat selayang. makanan memang lazat ditambah dengan keenakan puding karamel gula hangus. gandingan ideal!

perkahwinan encik hazwan dan puan lynn dengan tema merah jambu vs putih memang sweet. memang rahmat wedding mereka ni, hujan turun dengan lebatnya! sian pengantin bermain hujan. apa pun pengantin masih maintain dan mampu tersenyum. maklumlah bukan senang nak kawin dalam hujan. ehehe :-)

apa pun semoga wan dan lynn berbahagia sepanjang hayat, dimurahkan rezeki dan zuriat. congratulations to both of you!

0 comment:

Powered by Blogger.