cuti korban dan korban cuti

baiklah semua orang telah bercuti sakan. dah balik kampung. dah tengok pengorbanan lembu dan kambing. dah makan rendang. tak lupa juga dah pergi sale hujung tahun. fine!

ai? tak balik kampung. tak cuti raya. tak dapat makan rendang. dan yang paling haru tak dapat online kerana encik penaja balik kampung! tapi hari ni encik penaja dah muncul, i like betul lah!

duduk rumah sepanjang hari raya memang syahdu. lagi2 bila dengar takbir berulang-ulang. ada sedikit touching di situ. tapi hari pun dah berlalu. kehidupan dah pun kembali kepada norma yang asal. gembira juga kerana dapat makan rendang daging korban yang dibawa oleh housemate tadi!

last week adalah minggu yang sedikit kelam kabut. memandangkan next week adalah minggu orientasi untuk kawan2 sejawat yang datang dari jauh, ai and geng kena buat persediaan untuk mereka.macam2 hal ada, pening dibuatnya. apa pun gain new experience kan?! nasib baik ai pilih untuk tak cuti raya, kalau tak mesti lagi tunggang langgang hidup ai!

dan yang paling tak boleh tahan ialah part kena berlatih nyanyi lagu tema kkm, adoi! serve me right, dah kerja lama pun tak mau tau macam mana lagu tema kkm ni.ok, mari berlatih bersama-sama :-)

dari YouTube present Kami Sedia Membantu!

0 comment:

Powered by Blogger.