cinta antara milo panas dan croissant

pening hari ini, mungkin dek penangan penerangan mereka yang expert di bahagian Standard. memang berat dan tepu rasanya kepala ni. hehe :-) hmm, apa pun tak banyak perkara yang berlaku hari ini. tapi banyak info yang mahu masuk dalam kepala tapi tak dapat dicerna dengan baik. mentally not ready? whatever, itu semua alasan semata-mata :-p

apa lagi eh? petang tadi ai telah buat seorang kanak-kanak yang umurnya lebih kurang 3 tahun, menangis sekuat hati dalam kedai makan. ai baru je jegil kan mata, itu pun sebab tak tahan ngan perangai dia yang tak nak duduk diam dan terjerit2. haish, tinggi betul pitching budak kecik nih bila menangis! betul cakap mak, budak-budak yang tengok ai ni mesti nak menangis, macam lah tengok alien. eh, i kakak (or auntie) comel apa? *baik, saya perasan disitu*

hari yang tanpa dia yang boleh buat ai tersenyum sepanjang hari dan berperasaan kurang normal (ok, fine status fb ni memang tipu, tapi ramai plak mahu tanya siapa dia?) ada-ada sahaja mereka kaki gosip nih!

dah berapa hari miss aktiviti jalan kaki 8 round di tepi tasik. memanjang tak sempat! takpe saya akan cuba kemudian. ehehe :-) 

lagi? ai temui cinta baru, gandingan ideal yang ada chemistry untuk bersama. membuatkan perut tersenyum riang dan menyanyi lagu2 gembira :-)

 

cubalah cicah croissant dalam milo panas. memang kaw2 dan hilang semua perkara negatif dalam kepala. yeay!

2 comment:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
asyik jadi pembaca senyap je saya ni.
sedap ke croissant tu

asilahkassim said...

haha. sedap beli kat kedai
anyway thanks

Powered by Blogger.