buat secara konsisten, chaiyok!


hipotesis awal mengatakan: jika kita maintain 10,000 langkah setiap hari kita boleh maintain cergas dan sihat:-)

memandangkan BMI melebihi range ideal dan ai pula adalah orang yang malas jogging, jadi berjalan merupakan alternatif terbaik. seperti yang telah ai tulis dalam post sebelum ni berapa banyak korang melangkah setiap hari hmm, masih ingat yang kita disarankan untuk mencapai 10,000 langkah setiap hari? memang satu figure yang besar. lagi2 bila kita rasa dah penat berjalan ni, padahal baru je 100 langkah. frust betul!

sebenarnya bila bab berjalan ni, ai memang takde masalah. mungkin betul kata mak, ai ni mewarisi sikap arwah nenek yang suka sangat berjalan. kira dah training dari kecik2 lah. jadi bila terjumpa saranan 10 ribu langkah sehari macam teruja pula nak buat. kaji punya kaji, in average rupanya ai hanya berjalan 4500 langkah/sehari. patutlah, sihat kan. hehe :-)

maka ai terpaksa rajinkan diri untuk berjalan disekitar tasik p9 setiap hari. setakat hari ni, masih on-off lah. kadang2 nak jalan2, kadang2 malas. tapi apa yang menariknya, satu pusingan tasik p9, ai akan capai 670 langkah! so, dalam tempoh masa beriadah ai boleh capai 4020 hingga 5360 langkah! tapi kalau ikut kira-kira memang tak boleh capai lagi 10 ribu tu, tapi takpe kita akan adjust mana-mana yang patut :-p

tapi bila bab nak berjalan 6-8 round tanpa henti tu memang memerlukan konsentrasi dan semangat yang tinggi. so kena lah cari motivasi. ai punya motivasi adalah mereka yang sedap mata memandang. jadi apabila subjek ada kat depan, kita buat2 cam nak kejar dia, so boleh lah jalan laju sikit, tak macam pegi pasar. hehe :-)

apapun, lately rasa lebih segar dan gembira :-) maka marilah beramai-ramai sahut saranan 10,000 langkah setiap hari. berusahalah ye!

p/s: nak request hadiah birthday, pedometer yang stailo dan multifunction. hmm, ada sesiapa nak hadiahkan? haha

 omron pedometer: HJ-720ITC

0 comment:

Powered by Blogger.