ayat pedih tapi masih boleh diterima


bila baca berulang-ulang ayat ni, baru sedar yang ayat ni sedikit pedih, tapi masih boleh diterima dengan hati terbuka. ah!

tapi mampukah menghadapi kenyataan ini secara realiti? 

semalam masa ai tengok satu cerita (lupa mana satu?) seorang watak tu bagi tau- "mencari cinta adalah seperti menunggu bas, kalau satu bas dah penuh, tunggulah bas yang lain". maksudnya: kalau kita suka kat seseorang tapi beliau tak available atau dah ada yang punya, tak payah lah kita nak terkejar2 kan beliau, cari lah orang lain yang available dan sesuai dengan kita. hah, what say you? setuju ke tak?!

ai, tak tau la nak kata setuju ke tak? masalah ai sekarang ialah, semua bas dah penuh. bas mini, bas ekspress, bas nadi putra. haish, mana dia bas yang tak penuh ni? ai pun confius. hehe :-)

apa pun, ini ialah hidup dan perjalanan masih jauh. buat apa nak risau berlebihan. DIA dah aturkan yang terbaik untuk diri kita. bertenang dan bergembira lah!

3 comment:

.alie. said...

pedih nak terima tapi hakikat sentiasa menyakitkan...

sob3!

rossoneri said...

tapi,walaupun bas tu penuh,orang akan turun gak dari bas tuh.. xselama2nya akan penuh kan..

asilahkassim said...

alie: yup

rossoneri: hehehe, betul gak kan

Powered by Blogger.