aku bukan andalusia!


puisi dari cerekarama bertajuk Aku Bukan Andalusia karya Erma Fatima

Aku bukan Andalusia
Yang masyur pada namanya
Yang hebat pada sejarahnya
Yang indah pada kisahnya
Namun yang tinggal kini hanya sisa

Aku bukan Andalusia
Yang bisa dirobek kotanya
Yang rela diperkosa jiwanya
Yang diam menerima takdirnya
Dan akhirnya hancur dimamah usia

Aku mahu jadi bintang yang bersinar terang
Walau beribu batu jauhnya
Walau beribu tahun wujudnya
Walau ada beribu lagi bintang disisinya

Namun akulah bintang yang paling bertuah
Kerana sinarku, wujudku dan hidupku
Adalah dari cahaya hatimu

Terimalah aku selamanya
Kerana aku bukan Andalusia

5 comment:

mohammad said...

salam ziarah

rossoneri said...

oooo..mula2 pelik bila tgk tajuk cerekarama tuh..sbb andalusia tu kan nama tempat kat spain..skrg baru faham

asilahkassim said...

mohammad: salam

rossoneri: yup!

PeRmAtA bIrU said...

mohon keizinan kongsi sajak itu di blog saya k.. dh lama dah saya cari sajak tu..:)

asilahkassim said...

permata biru, dipersilakan

Powered by Blogger.