RESEPI: Peach Triffle

peach triffle- approx 8pcs (saiz bekas seperti dalam gambar)

Peach Triffle (20pcs of 4oz cup)

Bahan-Bahan

Lapisan 1 (bawah)
Kek Coklat (buat atau beli sendiri)

Lapisan 2
1L susu UHT 
4 sudu besar gula
4 sudu besar tepung custard

Lapisan 3
1 tin peach dalam tin (siap dipotong)

Lapisan 4 (atas)
1 kotak jelly (quick frozen perisa strawberry- ai guna jenama NONA)

Cara membuatnya

1. Potong kek coklat dan letakkan sebagai base dalam bekas 
2. Campurkan susu+gula+tepung custard dan panaskan diatas api perlahan. Kacau sehingga sebati. Apabila campuran mendidih (rolling boil), padamkan api
3. Tuang custard dalam setiap bekas secara sama rata. Biarkan custard sejuk dan mengeras
4. Keluarkan kepingan peach dari tin, toskan air gula. Potong kepingan peach jika perlu. Susun kepingan peach diatas custard
5. Untuk jelly: didihkan air- mengikut sukatan dibelakang kotak. Masukkan jelly dan kacau hingga sebati (3 min)
6. Tuang jelly ke dalam bekas secara sama rata. Biarkan jelly mengeras
7. Biarkan triffle pada suhu bilik sebelum triffle disejukkan dalam peti ais

Nota Kaki
Pastikan custard telah mengeras sebelum tuang jelly. kalau tidak custard akan bercampur dengan jelly dan korang tak akan nampak lapisan triffle yang berwarna-warni :-)

hmm, resepi mudah dan ringkas tapi sedap. sila cuba ya!

encik hazwan kahwin, tema merah jambu. sweet okay!

credit photo: encik izul
  
semalam kami beramai-ramai telah serbu majlis kahwin encik hazwan dan puan lynn kat selayang. makanan memang lazat ditambah dengan keenakan puding karamel gula hangus. gandingan ideal!

perkahwinan encik hazwan dan puan lynn dengan tema merah jambu vs putih memang sweet. memang rahmat wedding mereka ni, hujan turun dengan lebatnya! sian pengantin bermain hujan. apa pun pengantin masih maintain dan mampu tersenyum. maklumlah bukan senang nak kawin dalam hujan. ehehe :-)

apa pun semoga wan dan lynn berbahagia sepanjang hayat, dimurahkan rezeki dan zuriat. congratulations to both of you!

triffle sempena hari lahir :-)


dengan rajinnya ai telah buat 8 bekas peach triffle sempena hari lahir. dah lama tak buat, nasib baik masih kick, haha. kali ni menggunakan peach dalam tin, rasanya memang sedap :-p

ramai kawan-kawan yang suka, lain kali boleh buat lagi. resepi asal ai dah terlupa pemiliknya, apa pun resepi ni ni memang mudah, cepat dan ringkas!

korang suka makan triffle?

ada apa dengan dua puluh tujuh?

27 perkara dalam hidup- "A To Do List"

1. QA Exec (dah jadi tapi dah resign pun, hehe)
2. lesen memandu (lesen d je ada)
3. kereta (saga se putih)
4. arnab (nak bela tapi cam takde harapan je?)
5. financial freedom (belum tercapai)
6. nikon D300x (ntah bila akan tercapai)
7. pedometer (tak beli lagi)
8. keja gomen as PTM (alhamdulillah dah tercapai)
9. smartphone (hmm, tak tau bila?)
10. venice (melancong or honeymoon. haha)
11. akaun tabung haji(insya'Allah next year)
12. asb (done!)
13. insurans(done!)
14. pulau perhentian (dah pergi tapi nak pergi lagi)
15. diet (tak berjaya, ai kuat makan!)
16. rumah sendiri (hmmm....)
17. kawin (alamak?)
18. menang contest hadiah masyuk (bila ntah nye?)
19. BMI 22.0 (adoi)
20. kapal terbang (akhirnya dah dapat naik, haha)
21. belog glamer (jauh lagi perjalanan)
22. kereta kabel @ langkawi
23. hutang ptptn (bayar sikit2)
24. daki gunung (kinabalu?)
25. kedai bakeri (long term)
26. laptop (done!)
27. 14,000 langkah setiap hari (sedang berusaha)

alamak, banyak yang pula perkara hidup yang masih tertangguh! nampaknya kena berusaha lebih kuat dan tak boleh main2 lagi hehehe :-)


hmm, di kesempatan ini, ai nak wish diri sendiri "HAPPY BIRTHDAY". alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur, masih diberi peluang memperbaiki diri dan berbakti kepada ibu-bapa, keluarga, agama, bangsa serta negara!

yeah.. oh! i'm 27th on 27th Nov 2010!

jom serbu MAHA 2010!

MAHA 2010 adalah event agriculture yang patut korang masukkan dalam kalender. jangan tertinggal, hujung minggu ni je :-)

sedikit info mengenai MAHA 2010:

tarikh: 26/11/2010 - 5/12/2010
masa: 10am - 10pm
venue: MAEPS, Serdang
website: http://www.mahaexpo2010.com

oh ye, BKKM pun ada booth kat MAHA 2010. jadi kalau nak dapatkan maklumat mengenai sistem keselamatan dan kualiti makanan sila lah datang ke booth BKKM ye :-)

(klik untuk tumbesaran)

mari pergi beramai-ramai. oh ai dan anis akan ke MAHA 2010 hari sabtu ni. jumpa disana ok!

saya bersabar, kerana kamu kawan bukan lawan!

sejak akhir-akhir ni dibebani dengan masalah kawan. ntah lah nak marah tak boleh, tak marah rasa nak meletup. haish. kenapa lah ai geram sangat ni!

kan kamu kawan, kena buat macam ni?

bukan kita kawan baru separuh hari, dah makan tahun!

ai memang sangat sedih dan kecewa. tapi, kamu masih kawan bukan lawan, maka ai pilih untuk bersabar dan bertahan!

rayyan..... fantasi, buat aku tersenyum. jumpa di alamanda!


sudah lama ai ternanti-nanti kemunculan novel baru ramlee awang murshid! akhirnya penantian berakhir. jeng-jeng, ramlee awang murshid akan launch Rayyan Fantasi pada 4/12/2010 (sabtu)! lebih teruja beliau akan launch novel ni dekat MPH Alamanda dari jam 10.00am - 2.00pm!! eh, beliau pun ada kat sana okay!

haish tak sabar nak dapatkan Rayyan Fantasi! yeay!!

kerang dan hasilan kerang, masakan ala campak-campak


kerang adalah makanan laut yang sedap bila dibakar atau rebus. tapi harus di ingat makan secara berpada-pada, kerana kerang tinggi kolesterol dan sangat mudah terkena pencemaran laut. hehe :-)

last weekend, sempat ai rebus dan goreng kerang. haish, masak campak-campak siapa kata susah? asalkan boleh ditelan, kira layan je lah! 

saya terima cek dari lhdn, kamu pula?

dah lama tunggu2 cek ni, haish, walaupun nilai kecil tapi masih wang! hehe, jadi jangan malas2 update e-filing bila sampai waktunya. kalau kita tak sepatutnya kena bayar tax, tapi dah terbayar, lhdn akan pulangkan semula. yeay!




terima kasih lhdn, kerana dirimu begitu berharga :-)

ayat pedih tapi masih boleh diterima


bila baca berulang-ulang ayat ni, baru sedar yang ayat ni sedikit pedih, tapi masih boleh diterima dengan hati terbuka. ah!

tapi mampukah menghadapi kenyataan ini secara realiti? 

semalam masa ai tengok satu cerita (lupa mana satu?) seorang watak tu bagi tau- "mencari cinta adalah seperti menunggu bas, kalau satu bas dah penuh, tunggulah bas yang lain". maksudnya: kalau kita suka kat seseorang tapi beliau tak available atau dah ada yang punya, tak payah lah kita nak terkejar2 kan beliau, cari lah orang lain yang available dan sesuai dengan kita. hah, what say you? setuju ke tak?!

ai, tak tau la nak kata setuju ke tak? masalah ai sekarang ialah, semua bas dah penuh. bas mini, bas ekspress, bas nadi putra. haish, mana dia bas yang tak penuh ni? ai pun confius. hehe :-)

apa pun, ini ialah hidup dan perjalanan masih jauh. buat apa nak risau berlebihan. DIA dah aturkan yang terbaik untuk diri kita. bertenang dan bergembira lah!

cuti korban dan korban cuti

baiklah semua orang telah bercuti sakan. dah balik kampung. dah tengok pengorbanan lembu dan kambing. dah makan rendang. tak lupa juga dah pergi sale hujung tahun. fine!

ai? tak balik kampung. tak cuti raya. tak dapat makan rendang. dan yang paling haru tak dapat online kerana encik penaja balik kampung! tapi hari ni encik penaja dah muncul, i like betul lah!

duduk rumah sepanjang hari raya memang syahdu. lagi2 bila dengar takbir berulang-ulang. ada sedikit touching di situ. tapi hari pun dah berlalu. kehidupan dah pun kembali kepada norma yang asal. gembira juga kerana dapat makan rendang daging korban yang dibawa oleh housemate tadi!

last week adalah minggu yang sedikit kelam kabut. memandangkan next week adalah minggu orientasi untuk kawan2 sejawat yang datang dari jauh, ai and geng kena buat persediaan untuk mereka.macam2 hal ada, pening dibuatnya. apa pun gain new experience kan?! nasib baik ai pilih untuk tak cuti raya, kalau tak mesti lagi tunggang langgang hidup ai!

dan yang paling tak boleh tahan ialah part kena berlatih nyanyi lagu tema kkm, adoi! serve me right, dah kerja lama pun tak mau tau macam mana lagu tema kkm ni.ok, mari berlatih bersama-sama :-)

dari YouTube present Kami Sedia Membantu!

itulah sayang... by the ramlees


Lirik- Itulah Sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

aku bukan andalusia!


puisi dari cerekarama bertajuk Aku Bukan Andalusia karya Erma Fatima

Aku bukan Andalusia
Yang masyur pada namanya
Yang hebat pada sejarahnya
Yang indah pada kisahnya
Namun yang tinggal kini hanya sisa

Aku bukan Andalusia
Yang bisa dirobek kotanya
Yang rela diperkosa jiwanya
Yang diam menerima takdirnya
Dan akhirnya hancur dimamah usia

Aku mahu jadi bintang yang bersinar terang
Walau beribu batu jauhnya
Walau beribu tahun wujudnya
Walau ada beribu lagi bintang disisinya

Namun akulah bintang yang paling bertuah
Kerana sinarku, wujudku dan hidupku
Adalah dari cahaya hatimu

Terimalah aku selamanya
Kerana aku bukan Andalusia

mari jalan kaki bersama nestle!


ada sesiapa berminat? jom kita berjalan :-)




yeay!

ada apa dengan yayasan selangor?


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan serta-merta hasrat baginda untuk menghadiri majlis makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor Isnin ini selepas mendapat tahu kos majlis di Asrama Tun Dr. Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu melebihi RM300,000. 

Jumlah itu bermakna kos menanggung jamuan 2,200 tetamu pada majlis itu ialah kira-kira RM136 seorang. Hasrat baginda untuk tidak menghadiri majlis itu dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud pada sidang akhbar di sini semalam. 

Menurut Ramli, baginda pada mulanya berkenan berangkat ke majlis tersebut atas dasar Yayasan Selangor adalah badan kebajikan kerajaan negeri yang bertanggungjawab memantapkan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan luar bandar. “Bagaimanapun, baginda terkejut dan amat dukacita apabila mendapat tahu kos untuk majlis makan tengah hari itu yang menelan belanja melebihi RM300,000 adalah satu bentuk pembaziran,” katanya.

*************************************************************** 

sebagai alumni YS atau lebih tepat alumni AYSK, memang terkejut dengan kejadian ni. bukan main lagi promo kat page group YS tentang sambutan 40 thn YS. tapi akhirnya majlis dibatalkan!

berita sibuk paparkan kos majlis bernilai 300K, hmm angka yang agak besar. tapi yang musykilnya kalau nak buat event mestilah dapat peruntukan dulu, dah diluluskan baru lah event boleh terlaksana. salah siapa ni?

kesian alumni-alumni YS, baru nak mulakan langkah pertama penubuhan alumni YS dah terbantut usaha. apapun YS tetap pernah menabur bakti kat hidup ai, tanpa YS siapa lah ai. terima kasih YS, jasamu tetap dikenang :-) 

nota kaki: AYSK- Asrama Yayasan Selangor Klang, YS- Yayasan Selangor

sekitar majlis pelancaran SK1M

gambar dari facebook nazri. ahaha :-)

bos kkm dan bos bkkm sedang melancarkan SK1M. yeah!

berkesempatan jadi bidan terjun gadis pemberi air mineral kepada peserta. mak aihh, terkejar-kejar ai dibuatnya nak pastikan setiap peserta dapat air mineral :-) muahaha~

oh gadis semasa! sempat juga kami berposing dengan Nikon D5000 kepunyaan nazri. muka gembira sebab baru lepas makan. haruslah gembira kan!

overall, secara kasarnya, event ni berjalan dengan baik. tapi tak tahu la cerita dibalik tabir. ada keluh kesah ke. suka duka ke? ai, seronok je sebab dapat jumpa ex boss lhfc, mr cheah dan muka-muka auditor yang selalu datang audit lhfc, hmm~

banyak juga komen dan persoalan tentang skim ni. harap-harap banyak manufacturing, enterprise dan etc akan mengambil peluang ni untuk pastikan jaminan kualiti makanan dalam negara. yeah!!

untuk maklumat lanjut berkenaan skim keselamatan makanan 1 Malaysia sila layari laman web rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Malaysia

p/s: pagi ni dapat mesej dari suhaimi yang ustaz omar mf, koma. semoga Allah selamatkan beliau. insya'allah

cinta antara milo panas dan croissant

pening hari ini, mungkin dek penangan penerangan mereka yang expert di bahagian Standard. memang berat dan tepu rasanya kepala ni. hehe :-) hmm, apa pun tak banyak perkara yang berlaku hari ini. tapi banyak info yang mahu masuk dalam kepala tapi tak dapat dicerna dengan baik. mentally not ready? whatever, itu semua alasan semata-mata :-p

apa lagi eh? petang tadi ai telah buat seorang kanak-kanak yang umurnya lebih kurang 3 tahun, menangis sekuat hati dalam kedai makan. ai baru je jegil kan mata, itu pun sebab tak tahan ngan perangai dia yang tak nak duduk diam dan terjerit2. haish, tinggi betul pitching budak kecik nih bila menangis! betul cakap mak, budak-budak yang tengok ai ni mesti nak menangis, macam lah tengok alien. eh, i kakak (or auntie) comel apa? *baik, saya perasan disitu*

hari yang tanpa dia yang boleh buat ai tersenyum sepanjang hari dan berperasaan kurang normal (ok, fine status fb ni memang tipu, tapi ramai plak mahu tanya siapa dia?) ada-ada sahaja mereka kaki gosip nih!

dah berapa hari miss aktiviti jalan kaki 8 round di tepi tasik. memanjang tak sempat! takpe saya akan cuba kemudian. ehehe :-) 

lagi? ai temui cinta baru, gandingan ideal yang ada chemistry untuk bersama. membuatkan perut tersenyum riang dan menyanyi lagu2 gembira :-)

 

cubalah cicah croissant dalam milo panas. memang kaw2 dan hilang semua perkara negatif dalam kepala. yeay!

iklan- mari berjalan!


iklan ini adalah peringatan untuk diri supaya tidak mudah mengalah. yeah, chaiyok!!! 

oh! ini masih lagi berkaitan dengan entri ini 'buat secara konsisten' dan entri ini 'berapa banyak korang melangkah'!

jom kita berjalan!

ke tampin bersama rakan sebaya

hujung minggu di tampin, untuk pertama kali dalam hidup. yeah! buat job photog untuk sifu sempena majlis bertandang, ingatkan beliau main-main, rupanya serius. dapat merasa pakai Nikon D300, memang cara!

nasib baik is ada boleh support ai yang gelabah buat job pertama ni :-) harap-harap sifu berpuas hati dengan picture yang ai amik. amin~

hari yang sama dengan majlis bertandang, ai and is bergegas balik kl. naik tren ekspress sinaran. perjalanan lebih kurang 2 jam untuk sampai ke kl sentral. sementara menunggu tren kat stesen tampin, sempat gak kitaorang berposing sakan!

ini lah is :-)
ini lah ai dengan hasil lukisan pn nani
 ekspress sinaran@stesen keretapi tampin

weekend yang penat dan keranamu Nikon D300, tangan ai kiri kanan lenguh-lenguh dibuatnya. kamu memang berat!

gadis biasa atau gadis semasa? hmm


Lirik Gadis Semasa by Yuna

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau begitu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku

Buanglah-buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk dirimu

Kau mahukan gadis biasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu

Kau mahu perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata yang selama ini
Kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah -buanglah 
Buang curiga yang
Telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkanmu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Bukalah mata yang selama ini
Kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah -buanglah 
Buang curiga yang
Telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkanmu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk duniamu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk dunia
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu

nota kaki bulan november :-)


post ni sepatutnya publish 1/11/10, barulah welcome november kan, tapi asik draft mode je, lupa mahu publish :-) ai memang suka bila sampai bulan november ni. dah nak dekat hujung tahun, dah tentulah banyak kenduri kawen dan yang paling penting geng matrik chermai and geng ukm sambut birthday secara berderet-deret. haha. ai suka!

mine, pastilah sweet 27 on the 27th kan. wishlist adalah pedometer yang ai idam2 dalam post sebelum ni. hehe :-) siapa nak bagi present, serius ai sayang u. eww~ tapi rasanya on 27th ni dah banyak plan. maybe nak tengok natrah dan celebrate birthday ngan aysk frens! harap-harap takde perkara yang akan merosakkan plan. huhu!

apapun in Q, kena ingat birthday nonet (17), nana (22), eza (25), ira (26), reen, soon & fazek (28), shu & ram (30). happy brthday in advance, semoga segala impian akan tercapai, dimurahkan rezeki dan bahagia2 selalu :-)

frens remains dan sayang kamu :-p

usul kawan2 boleh buat brain damage!

sekarang kat ofis semua orang tengah sibuk dengan persiapan event. yang terlibat pun ramai, tapi kali ni ai tak terlibat pun secara lansung, mungkin belum cukup "matang". haha :-)

tapi hari ni berkesempatan juga nak tolong, kerja senang je, duduk dan call untuk confirm kehadiran. tapi yang challenge nye bila orang-orang yang kita anggap penting untuk event, ignore je jemputan kita. boleh lak cakap, "eh sorry lah, jauh sangat, i dah buang pun jemputan u". oh! whatever, ye~ bukan jauh pun setakat kat johor. naik air asia, makan nasi goreng sate tak habis lagi dah kena turun kapal terbang. iskh2, very typical thinking!

nasib baik lah ai well train dalam bab2 marketing ni, berkat ajaran uk dulu2, bab nak paksa rela orang datang memang perkara yang ai suka. hehe :-)

rindu masa-masa gerak kerja hari kerjaya dulu-dulu. ok, tiba-tiba nak emosi plak!

bila dah penat membebel kat telefon dengan orang yang tak dikenali, ai pun cuba melepaskan keluh kesah kepada 2 orang manusia ni. alih2 kena torture plak. haiyak! kenapalah tema perbualan mereka petang tadi, "lelaki ego, adakah itu pilihan anda?", dah macam tajuk forum rasanya. haha :-)

macam2 usul keluar, nak brain damage dibuatnya. siap ada calon-calon lagi tu, tak tahan dengar! nasib baik subjek tak perasan perbualan ni. kalau tak mesti annoying gila. apa-apa aje 2 orang manusia ni :-p

buat secara konsisten, chaiyok!


hipotesis awal mengatakan: jika kita maintain 10,000 langkah setiap hari kita boleh maintain cergas dan sihat:-)

memandangkan BMI melebihi range ideal dan ai pula adalah orang yang malas jogging, jadi berjalan merupakan alternatif terbaik. seperti yang telah ai tulis dalam post sebelum ni berapa banyak korang melangkah setiap hari hmm, masih ingat yang kita disarankan untuk mencapai 10,000 langkah setiap hari? memang satu figure yang besar. lagi2 bila kita rasa dah penat berjalan ni, padahal baru je 100 langkah. frust betul!

sebenarnya bila bab berjalan ni, ai memang takde masalah. mungkin betul kata mak, ai ni mewarisi sikap arwah nenek yang suka sangat berjalan. kira dah training dari kecik2 lah. jadi bila terjumpa saranan 10 ribu langkah sehari macam teruja pula nak buat. kaji punya kaji, in average rupanya ai hanya berjalan 4500 langkah/sehari. patutlah, sihat kan. hehe :-)

maka ai terpaksa rajinkan diri untuk berjalan disekitar tasik p9 setiap hari. setakat hari ni, masih on-off lah. kadang2 nak jalan2, kadang2 malas. tapi apa yang menariknya, satu pusingan tasik p9, ai akan capai 670 langkah! so, dalam tempoh masa beriadah ai boleh capai 4020 hingga 5360 langkah! tapi kalau ikut kira-kira memang tak boleh capai lagi 10 ribu tu, tapi takpe kita akan adjust mana-mana yang patut :-p

tapi bila bab nak berjalan 6-8 round tanpa henti tu memang memerlukan konsentrasi dan semangat yang tinggi. so kena lah cari motivasi. ai punya motivasi adalah mereka yang sedap mata memandang. jadi apabila subjek ada kat depan, kita buat2 cam nak kejar dia, so boleh lah jalan laju sikit, tak macam pegi pasar. hehe :-)

apapun, lately rasa lebih segar dan gembira :-) maka marilah beramai-ramai sahut saranan 10,000 langkah setiap hari. berusahalah ye!

p/s: nak request hadiah birthday, pedometer yang stailo dan multifunction. hmm, ada sesiapa nak hadiahkan? haha

 omron pedometer: HJ-720ITC

tak dapat derma darah, perlukah saya panik?

semalam ada hari inovasi kat MOF, ada kempen derma darah. maka ai dengan semangat yang berkobar2 nak pergi derma darah. menariknya ialah kawan ai, cik nonet yang jadi gadis kaunter derma darah. haha :-)

so, kena buat ujian saringan dulu. kena tau darah apa follow by darah kita cukup hemoglobin atau tak. kalau semuanya ok, lepas ujian saringan. part ni, ai memang takde masalah. mesti lepas punya!

next ialah tekanan darah, ai memang takde masalah tekanan darah, cuma bila sampai part key in data kat sistem, boleh tersangkut pulak. doktor kata, pusat darah negara block nama. tak boleh derma darah. ada masalah katanya? hmm, apa masalah eh? kali terakhir ai derma darah ialah 2005. hello? tak kan lah selepas 5 tahun ai baru tau ada masalah dengan darah ai? kalau ada penyakit, mesti da tahap kronik ni. huhu. takut plak?!

maka dengan perasaan kecewa, ai pun balik. tak dapat derma. nampaknya kena cari hari yang sesuai untuk cuti dan pergi pusat darah negara. harap-harap semuanya baik2 sahaja. insya'Allah~

jalan kaki amal sempena world hunger relief, 5km ok!

sempena world hunger relief 2010 pada hari sabtu lepas, ai dan adah berjaya berjalan sejauh 5km! yeay, tak sia-sia training sebelum ni. tak pancit lansung ditengah jalan. boleh berbangga sedikit di situ ye :-)

best part of this day ialah ai jumpa my ex boss kfc, sir azmi. haha, dia agak terkejut tengok ai kat putrajaya (or maybe tengok ai yang semakin gemuk.. hehe) tapi tak sempat nak borak2 dengan sir, sebab terlalu ramai orang dan bising!

apapun, rasa gembira dan penat! flat sepanjang hari ahad dek penangan walkathon. hehe :-)

kegilaan berbowling bersama rakan sebaya

bowling adalah aktiviti rasmi AYSK Clan 96-00, set je masa dan tempat, mesti plan menjadi. kali ni kat Times Square jam 10 malam. terima kasih kepada penganjur bersama anis dan nana :-)

terlupa nak cakap terima kasih kat encik driver, salleh a.k.a twin kerana drive ai, finaz dan erin dengan selamat. hehe :-) walaupun anda asik pressure ai semasa berbowling kerana skill longkang ai, tapi ai terpaksa bersabar. ehem..ehem..

aktiviti bowling habis 2.30 am, bersambung ngan makan-makan kat nasi lemak antarabangsa yang tak antarabangsa lansung! hmm, oooh, lagi terima kasih kat en driver, midy kerana drive ai and anis balik ke dato harun, sampai umah dalam kol 4.30am!

esoknya kol 9.00am dah kena bangun, sebab anis tak habis2 nak ajak tengok wayang - the takers! cerita best dan tak mengantuk. hehe :-)

apapun a great weekend with AYSK Clan :-) best friend forever eh?!

Powered by Blogger.