hari ni saya buat janji dengan adik, sila jangan lupa janji

ai ada seorang adik lelaki yang selalu mintak nak guna laptop ai yang dah umur 3 tahun ni. bukan tak mau bagi. tapi ini barang ada sentimental value nya sendiri, beli laptop dari usaha sendiri. hehe :-)

tapi ai kesian juga dengan beliau kerana dia belajar komputer, tapi takde laptop. setelah berulang-ulang kali dia kata "kak, nak pinjam laptop.." dan ai still tak mau bagi laptop ai ni, maka ai telah buat satu perjanjian tidak bertulis

"sekiranya beliau dapat pointer 3.7 ke atas tiga kali berturut2 (dah lepas 2 kali, tinggal sekali je) ai akan belikan dia laptop dan free, tapi sekiranya tak dapat 3.7 kali ni, ai belikan laptop tapi sila bayar semula" haha, aci tak?

ok lah kan? zamai ai, semua barang yang wishlist, semua kena beli sendiri. zaman adik2, main mintak je. habis saving ai. nasib baik adik2 eh. hmm!

so budget laptop adalah 2k, sahaja. so laptop yang ai propose mahu beli ialah Inspirion 14!


hitam itu menawan kan?


boleh tahan juga spesifikasi nya. sesuai la untuk student, hmm~

rasanya laptop ni amat sesuai dengan budget dan nampak menarik dari segi spesifikasi dan rupa. hehe. so bulan 11 ni beliau ada exam, dan sekiranya result dah keluar, ai akan beli laptop mengikut perjanjian. reminder kepada diri sendiri, sila jangan lupa janji nanti jadi orang munafik pula. 

dengan termeterai nya janji ni, ai terpaksa lupakan niat untuk beli hp baru, oh E72!


semoga adik akan berusaha! chaiyok!!

2 comment:

Kyuubi_85 said...

bgsnya kakak dia ni :)

asilahkassim said...

tak la bagus sangat
kena give n take

Powered by Blogger.