berapa banyak korang melangkah setiap hari?

sebenarnya ai tak pernah alert pun tentang berapa langkah/ hari ni. sehinggalah seorang kawan bercerita tentang kempen MOH tentang 10000 langkah setiap hari untuk kekal cergas. mak aii banyak nye kena melangkah setiap hari. larat ke, hmm?

maka ai dan kawan2 telah cuba mengira jumlah langkah yang kitaorang buat setiap hari. memang jauh tersasar dari target. average cuma 3000 hingga 5000 langkah sehari! hmm, patutlah "sihat". ehehe :-) korang tahu tak dengan berjalan secara konsisten 10000 langkah sehari (8km) boleh maintain cergas dan sihat?

ok, kalau nak kira langkah, boleh guna pedometer. ada banyak variasi dan jenis pedometer yang ada kat pasaran (cari kat kedai sports) contoh nya seperti dalam gambar kat bawah ni~


pedometer adalah alat yang direka khas untuk mengira langkah. so tak perlu lah terkumat-kamit kira step, kan? harga pedometer adalah serendah rm12 hinggalah rm150. ai pun baru nak masukkan pedometer dalam list barang yang perlu dibeli :-)

oh ye, kenapa 10000 langkah? dari beberapa website yang ai ada baca, saranan 10000 langkah ni adalah bersifat international. worldwide tahu yang kita kena melangkah at least 10000 langkah setiap hari untuk maintain sihat. ada study juga tentang perkara ni dan bersetuju dengan berjalan secara konsisten dapat memberi kesan positif kepada kesihatan. tapi jangan lah drastik sangat, kena capai slowly, supaya otot2 badan tak terkejut. kang jadi penyakit lain pula :-)

maka berusahalah untuk 10000 langkah setiap hari. banyakkan berjalan, menggunakan tangga, join walkathon dan sebagainya. mulakan sedikit2 sehingga konsisten :-) yeah! chaiyok!!!

oh, boleh lihat website jalan kaki disini :-)

0 comment:

Powered by Blogger.