a sifu, a fren kawen on 10.10.10. huhu :-)

bulan ni sangat ramai kawan-kawan yang kawen, termasuk lah kawan ai yang sorang ni. kerana beliau, abes balik keja jumaat tu, terus ai bergegas naik bas ke larkin. dah la 1st time naik bas dari stadium putra tu, macam-macam dugaan ada. perjalanan lebih 5 jam, dan sampai tepat 2am kat stesen bas larkin. hmm~

sampai2 dah kena wat keja, haiyak. ngantuk dibuatnya, nasib baik lah kawan. wedding beliau amatlah grand siap ada artis datang lagi. hehe :-)

apapun congratulation amat and nani. semoga bahagia selamanya :-)


beliau buat outdoor kat taman bunga jb. bukan main lagi posing. hehe, selalunya beliau dok arahkan orang posing, kali ni turn beliau pula. hehe :-)


dan sesi outdoor pastilah digamatkan oleh suara gadis-gadis yang memberi tekanan kepada encik photographer. hehe :-)



kami gembira, mereka pun gembira.. cuma encik photog saje yang tertekan. hehe. i like~

p/s: apapun pada 10.10.10, berlaku satu kejadian ngeri yang menggemparkan negara. masa ai on d way balik dari jb ke putrajaya pun melalui kawasan kemalangan tersebut. memang banyak serpihan kaca dan darah atas jalan raya. takziah diucapkan kepada keluarga yang terbabit. semoga roh mereka yang pergi bersemadi dengan tenang dan dicucuri rahmat hendaknya. Al-Fatihah

berapa banyak korang melangkah setiap hari?

sebenarnya ai tak pernah alert pun tentang berapa langkah/ hari ni. sehinggalah seorang kawan bercerita tentang kempen MOH tentang 10000 langkah setiap hari untuk kekal cergas. mak aii banyak nye kena melangkah setiap hari. larat ke, hmm?

maka ai dan kawan2 telah cuba mengira jumlah langkah yang kitaorang buat setiap hari. memang jauh tersasar dari target. average cuma 3000 hingga 5000 langkah sehari! hmm, patutlah "sihat". ehehe :-) korang tahu tak dengan berjalan secara konsisten 10000 langkah sehari (8km) boleh maintain cergas dan sihat?

ok, kalau nak kira langkah, boleh guna pedometer. ada banyak variasi dan jenis pedometer yang ada kat pasaran (cari kat kedai sports) contoh nya seperti dalam gambar kat bawah ni~


pedometer adalah alat yang direka khas untuk mengira langkah. so tak perlu lah terkumat-kamit kira step, kan? harga pedometer adalah serendah rm12 hinggalah rm150. ai pun baru nak masukkan pedometer dalam list barang yang perlu dibeli :-)

oh ye, kenapa 10000 langkah? dari beberapa website yang ai ada baca, saranan 10000 langkah ni adalah bersifat international. worldwide tahu yang kita kena melangkah at least 10000 langkah setiap hari untuk maintain sihat. ada study juga tentang perkara ni dan bersetuju dengan berjalan secara konsisten dapat memberi kesan positif kepada kesihatan. tapi jangan lah drastik sangat, kena capai slowly, supaya otot2 badan tak terkejut. kang jadi penyakit lain pula :-)

maka berusahalah untuk 10000 langkah setiap hari. banyakkan berjalan, menggunakan tangga, join walkathon dan sebagainya. mulakan sedikit2 sehingga konsisten :-) yeah! chaiyok!!!

oh, boleh lihat website jalan kaki disini :-)

saya seorang petani maya yang berjaya

seronok pula main game ni, release segala tekanan yang ada. ini semua angkara adah yang supply game, kan ai dah jadi addicted. hehe :-)

nampak gayanya, bulan ni pun tak banyak update. maklumlah encik x tak on wireless maka ai pun tak online lah. apa pun, life masih seperti biasa, masih dalam mood orientasi. huhu :-)

oh, this week ada attend satu exam - penilaian ISAC. ini untuk test pengetahuan asas tentang komputer. hmm, nasib baik ai baca gak nota-nota yang ada, kalau tak mau terkebil-kebil nak jawab. haha :-)apa pun yang penting lulus, maka boleh tersenyum disitu!

ok lah, mau bercucuk tanam semula! semoga sentiasa ceria dan tenang2 selalu :-)


saya sudah register, ini buktinya :-)



ok tak sabar nak pergi walkathon on 30/10/10. sungguh excited! ramai juga kawan2 yang nak join, mungkin sebab dekat je kan :-)

life update- hari-hari orientasi terasa sedikit boring. mungkin sebab semua orang busy and takde masa nak entertain. hmm~ tapi takpe, ai pun ada je kerja, buat apa nak susahkan orang yang tak sudi. hehe :-p 

ooh, ai belum update kisah dan tragedi 10.10.10 kan? belum ada masa dan mood, insya'allah kemudian~ ok, sampai bertemu lagi!

world hunger relief 2010. mari berjalan!


ok mari jalan bersama2. ai dah register, korang bila lagi? untuk maklumat lanjut sila lawati website hooha

hari basuh tangan sedunia? macam-macam ada!!


oh, rupanya ada Hari Basuh Tangan Sedunia pada setiap 15 Oktober, hmm, baru tahu, korang tahu tak?

basuh tangan adalah aktiviti yang sangat penting dalam penjagaan kebersihan diri dan hygiene. jangan ingat tapak tangan yang nampak bersih, tak ada kuman, ye? tapak tangan mempunyai banyak kuman merbahaya yang sentiasa bersedia untuk bertindak. awas ye!

pastikan basuh tangan sebelum makan, selepas menggunakan tandas, memegang benda2 kotor, selepas merokok dan banyak lagi.  ingat kebersihan diri tanggung jawab sendiri!

mari bersenam!amalkan gaya hidup sihat!!

(gambar hiasan)

lama dah tak jogging. bila start semula rasa lenguh satu badan. nasib baik ada geng, so masa jogging takde lah boring sangat. hehe :-)

nampaknya hari ni akan tidur dengan keadaan lenguh-lenguh badan. takpe, permulaan je camni. maklumlah urat2 yang dah lama 'tido' dah kena kejut. mestilah sakit seluruh badan, kan?

hah, korang dah start bersenam tak? amalkan gaya hidup sihat. mulalah bersenam hari ini! chaiyok!!

hari ni saya buat janji dengan adik, sila jangan lupa janji

ai ada seorang adik lelaki yang selalu mintak nak guna laptop ai yang dah umur 3 tahun ni. bukan tak mau bagi. tapi ini barang ada sentimental value nya sendiri, beli laptop dari usaha sendiri. hehe :-)

tapi ai kesian juga dengan beliau kerana dia belajar komputer, tapi takde laptop. setelah berulang-ulang kali dia kata "kak, nak pinjam laptop.." dan ai still tak mau bagi laptop ai ni, maka ai telah buat satu perjanjian tidak bertulis

"sekiranya beliau dapat pointer 3.7 ke atas tiga kali berturut2 (dah lepas 2 kali, tinggal sekali je) ai akan belikan dia laptop dan free, tapi sekiranya tak dapat 3.7 kali ni, ai belikan laptop tapi sila bayar semula" haha, aci tak?

ok lah kan? zamai ai, semua barang yang wishlist, semua kena beli sendiri. zaman adik2, main mintak je. habis saving ai. nasib baik adik2 eh. hmm!

so budget laptop adalah 2k, sahaja. so laptop yang ai propose mahu beli ialah Inspirion 14!


hitam itu menawan kan?


boleh tahan juga spesifikasi nya. sesuai la untuk student, hmm~

rasanya laptop ni amat sesuai dengan budget dan nampak menarik dari segi spesifikasi dan rupa. hehe. so bulan 11 ni beliau ada exam, dan sekiranya result dah keluar, ai akan beli laptop mengikut perjanjian. reminder kepada diri sendiri, sila jangan lupa janji nanti jadi orang munafik pula. 

dengan termeterai nya janji ni, ai terpaksa lupakan niat untuk beli hp baru, oh E72!


semoga adik akan berusaha! chaiyok!!

rasa tenang berada disini, kampungku



selamat datang ke sekinchan... "where fresh seafood serve"~

orang dah bagi diskaun, nak jual mahal lagi?

entri khas untuk peminjam tegar ptptn. masih ingat janji untuk turunkan caj pentadbiran dari 3% ke 1%? ye, masa itu telah sampai, tapi ada banyak benda kena buat ye kawan-kawan :-)

perkenalkan sistem pertukaran ni yang dinamakan sebagai "pembiayaan pendidikan ujrah"


berikut adalah proses nya:


tapi sebelum itu sila lihat jadual ni untuk tahu tarikh yang tepat untuk update database korang

hah, berita gembira tak ni?
Powered by Blogger.