sekadar coretan merapu, ada i kisah?

banyak benda dalam hidup, yang kita "plan" supaya menjadi sempurna tapi jarang2 nak menjadi. contohnya, masa habis zaman U, target nak kawin masa umur 27 tahun, sebab rasa2 umur masa tu dah ada kerja dan ready nak kawin. tapi bila umur dah 27 tahun, dah kerja tapi seru nak kawin tak sampai2. ditambah pula calon2 yang samar2. macam mana nak jawab tu? 

tapi bila orang asik tanya, pening betul. boleh tak ai plaster je mulut mereka tu? bukanlah tertekan sangat, tapi rimas. apa takde soalan lain kah?

mungkin ramai yang ada masalah yang sama, bagus juga kalau buat persatuan ni. hehe :-) teringat masa zaman matrix kat chermai dulu,geng2 ai telah tubuhkan satu group rahsia iaitu "ketapu" apa maksud dia dah lupa plak. tapi rules untuk masuk group ni ialah mestilah single. kalau ahli group sebelum ni single pastu couple, automatik akan disingkirkan dari group.

siap ada agm meeting dan makan-makan lagi, lihat gambar sebagai bukti :-p


tapi zaman yang manis tu pun dah berlalu. group "ketapu" pun dah dibubarkan memandangkan ramai ahli nya yang dah kawin kecualilah beberapa orang termasuk lah ai. sob.sob

apa pun hidup mesti terus. insya'allah setiap orang akan ada episod hidup yang baik :-) amin

p/s: tulis blog sambil layan lagu Maher Zain - Insya'allah :-) terubat jiwa~

0 comment:

Powered by Blogger.