dah lama saya tak update, siapa rindu? haha


takde siapa rindu? oh sungguh kasihan. hehehe :-p dah 21 hari ai tak update blog, bukan takde cerita, bukan takde mood tapi terputus hubungan. tak ada internet!

maka dengan itu ai dah terlepas hari2 yang sepatutnya penuh dengan cerita itu ini, ucapan sempena hari raya, dan update keadaan semasa. hmm?

sementara ada kesempatan ni, ai nak ucap SELAMAT HARI RAYA (walaupun dah lambat) mintak maaf kalau ada terkasar bahasa dan mengguris perasaan~

macam2 berlaku sejak akhir-akhir ni ye. yang tragis pastilah kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik dan tak kurang jugak kes gadis-gadis yang lari rumah ikut lelaki yang sah-sah nak menodai kesucian mereka. ah, dunia2, dah nak akhir zaman, macam2 yang berlaku. semoga Allah, sentiasa dan akan memelihara diri, keluarga, sahabat dan saudara Islamku, dari perkara yang bahaya, keji dan mungkar. Amin :-)

apa lagi eh? semepena dah sebulan menjadi warga Putrajaya, ai dah dapat sesuaikan diri dengan bilik kecil, tempat kerja dan suasana sekeliling. tapi kerja masih dalam mood orientasi, jadi banyak masa untuk pandang kiri-kanan lagi. hehehe :-)

oh sempena Hari Malaysia 16 Sept 2010, ai dan nani telah fly ke kelantan sempena perkahwinan redza dan fizan, pergi untuk kerja mengambil gambar ye kawan2. apa yang menarik berlaku pada tarikh ni, ai pertama kali naik flight, hahaha. memang gelabah gak bila berada 30 ribu kaki tinggi dari paras laut, tapi lama2 syok pula. apa yang tak menariknya berlaku pada tarikh ni, ai pertama kali hilang purse bersama kad/ic/lesen dan rm. sedih2. tapi benda nak jadi, redha je lah!

nasib baik ada nani yang baik hati support hidup ai kat kelantan :-) tapi kesian juga kat nani, sebab ayah dia tengah koma. atas dasar janji, dia datang jugak untuk kerja amik gambar kawin redza n fizan. kagum dengan dia. semoga ayah nani akan sembuh dan tengok nani naik pelamin 10.10.2010 ni.

apa lagi nak update ye? rasanya itu dulu lah, ye! take care korang :-)

2 comment:

UglyPooh said...

bnda paling tak best hilang purse sbb smua bnda pnting kt dalam. hehe..pernah merasanya. mmg leceh:-)

asilahkassim said...

ye, betul tu. sedih!

Powered by Blogger.