badak pink yang pemalu, ah comelnya!


serius badak pink ni nampak sangat comel. just make my day :-) ok, baca KOSMO Online untuk berita badak pink yang pemalu. hehe

pencapaian merosot, apa dah jadi ni?


adoi apa dah jadi dengan mood menulis blog ni? bulan Jan10 bukan main excited tulis blog, bila bulan Sept10, hilang daya kah nak menaip?

hmm, bukan begitu ye kawan2. memandangkan kehidupan baru saja bermula ditempat baru, banyak masa difokuskan untuk menstabilkan hidup dan beradaptasi dengan persekitaran. plus takde line internet, ni pun guna wireless encik x. hehe :-)

apapun Oct10 hampir datang! mesti bersemangat semula nak tulis blog. chaiyok!

eh, walaupun ai duduk diam2 tak update blog, nuffnang tetap bagi gaji. hehehe :-)

buffer earning

gaji semasa, ciput je, tapi syukran, siapa nak bagi free kan?

sekadar coretan merapu, ada i kisah?

banyak benda dalam hidup, yang kita "plan" supaya menjadi sempurna tapi jarang2 nak menjadi. contohnya, masa habis zaman U, target nak kawin masa umur 27 tahun, sebab rasa2 umur masa tu dah ada kerja dan ready nak kawin. tapi bila umur dah 27 tahun, dah kerja tapi seru nak kawin tak sampai2. ditambah pula calon2 yang samar2. macam mana nak jawab tu? 

tapi bila orang asik tanya, pening betul. boleh tak ai plaster je mulut mereka tu? bukanlah tertekan sangat, tapi rimas. apa takde soalan lain kah?

mungkin ramai yang ada masalah yang sama, bagus juga kalau buat persatuan ni. hehe :-) teringat masa zaman matrix kat chermai dulu,geng2 ai telah tubuhkan satu group rahsia iaitu "ketapu" apa maksud dia dah lupa plak. tapi rules untuk masuk group ni ialah mestilah single. kalau ahli group sebelum ni single pastu couple, automatik akan disingkirkan dari group.

siap ada agm meeting dan makan-makan lagi, lihat gambar sebagai bukti :-p


tapi zaman yang manis tu pun dah berlalu. group "ketapu" pun dah dibubarkan memandangkan ramai ahli nya yang dah kawin kecualilah beberapa orang termasuk lah ai. sob.sob

apa pun hidup mesti terus. insya'allah setiap orang akan ada episod hidup yang baik :-) amin

p/s: tulis blog sambil layan lagu Maher Zain - Insya'allah :-) terubat jiwa~

jatuh cinta kerana tersentuh jiwa. hmm~


by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

apa yang saya suka tentang pasar siti khadijah?

warna warni kehidupan

mata pencarian

kesungguhan ibu

penat lelah ayah

sebuah perjuangan hidup tanpa henti

orientasi oh orientasi!


masih dalam mood orientasi. kadang-kadang pening jugak bila cerita pasal orientasi ni. nak marah pun ada. hmm, nak salahkan siapa eh?

dua bulan sesi orientasi ni rasanya terlalu lama, orang baru pulak semakin ramai, schedule orientasi pun dah bertindih2. tak pasal-pasal kena sound dengan orang atas, cakap budak orientasi ni macam takde keja, mengacau je. sedih. tapi nak buat camne, bukan kita suka-suka nak mengacau, ni kan a part of kerja, di bayar gaji ni!

macam mana nak bagi sesi orientasi ni lebih menarik dan bermanfaat? fikir- fikir lah~

hari raya penuh warna warni, seronok nya!


beraya kat rumah izul selepas berpenat lelah (iye ke) di rumah redza. warna warni di aidilfitri. gembira!

credit picture to izul

saya tak pasti, tapi mereka yang kata. ada sesiapa nak pastikan kebenarannya?



jika benar tertib sungguh. tapi apa simboliknya? mohon perkongsian ilmu :-)

dah lama saya tak update, siapa rindu? haha


takde siapa rindu? oh sungguh kasihan. hehehe :-p dah 21 hari ai tak update blog, bukan takde cerita, bukan takde mood tapi terputus hubungan. tak ada internet!

maka dengan itu ai dah terlepas hari2 yang sepatutnya penuh dengan cerita itu ini, ucapan sempena hari raya, dan update keadaan semasa. hmm?

sementara ada kesempatan ni, ai nak ucap SELAMAT HARI RAYA (walaupun dah lambat) mintak maaf kalau ada terkasar bahasa dan mengguris perasaan~

macam2 berlaku sejak akhir-akhir ni ye. yang tragis pastilah kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik dan tak kurang jugak kes gadis-gadis yang lari rumah ikut lelaki yang sah-sah nak menodai kesucian mereka. ah, dunia2, dah nak akhir zaman, macam2 yang berlaku. semoga Allah, sentiasa dan akan memelihara diri, keluarga, sahabat dan saudara Islamku, dari perkara yang bahaya, keji dan mungkar. Amin :-)

apa lagi eh? semepena dah sebulan menjadi warga Putrajaya, ai dah dapat sesuaikan diri dengan bilik kecil, tempat kerja dan suasana sekeliling. tapi kerja masih dalam mood orientasi, jadi banyak masa untuk pandang kiri-kanan lagi. hehehe :-)

oh sempena Hari Malaysia 16 Sept 2010, ai dan nani telah fly ke kelantan sempena perkahwinan redza dan fizan, pergi untuk kerja mengambil gambar ye kawan2. apa yang menarik berlaku pada tarikh ni, ai pertama kali naik flight, hahaha. memang gelabah gak bila berada 30 ribu kaki tinggi dari paras laut, tapi lama2 syok pula. apa yang tak menariknya berlaku pada tarikh ni, ai pertama kali hilang purse bersama kad/ic/lesen dan rm. sedih2. tapi benda nak jadi, redha je lah!

nasib baik ada nani yang baik hati support hidup ai kat kelantan :-) tapi kesian juga kat nani, sebab ayah dia tengah koma. atas dasar janji, dia datang jugak untuk kerja amik gambar kawin redza n fizan. kagum dengan dia. semoga ayah nani akan sembuh dan tengok nani naik pelamin 10.10.2010 ni.

apa lagi nak update ye? rasanya itu dulu lah, ye! take care korang :-)
Powered by Blogger.