lama tak update, rindu pula :-)

alhamdulillah, hari2 puasa dapat dilalui dengan baik :-) sekarang hidup sangat hectic, walaupun hari untuk bekerja di kilang boleh dibilang dengan jari, kerja masih beratur panjang-panjang. meeting lah, audit lagi. hmm, banyak nak fikir dan struggle. boleh ke siapkan?

bos tak habis2 tanya, kenapa mahu resign. ada apa2 yang tak puas hati ke? penat nak jawab soalan ni, banyak yang terbuku tapi rasa macam tak patut nak luahkan. tak kan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga? tidak ada apa sebab yang major, peluang datang depan mata tak kan nak lepaskan? lagipun dalam hati kecil memang sentiasa berharap untuk dapat job tu, tengok kawan2 seangkatan masa matrik and U, masing2 dah ada life yang stabil, jealous plak :-p tapi take it positive, kalau mereka boleh berjaya, so do i. chaiyok!

sedih ke nak tinggalkan kilang? mestilah tak, sebab kilang dekat sangat dengan kampung halaman. bila2 boleh drop by untuk tanya khabar. tapi mungkin akan rindu masa2 kena mengadap customer yang macam-macam hal dan perangai. masa2 ketegangan mental dan masa-masa jatuh hingga hilang kepercayaan pada diri sendiri. oh, tidak dilupa sikap prejudis orang yang suka melabel tanpa usul periksa. hehe :-)

apa pun hidup mesti diteruskan. siapa kata tidak ada cabaran yang menunggu? mungkin lebih banyak dan besar risikonya? rasa berdebar-debar pula, harap-harap semuanya akan berjalan dengan baik. amin 

0 comment:

Powered by Blogger.