1 Malaysia, Menjana Transformasi!

selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53! tahniah warga malaysia, keranamu kita masih menjadi bangsa merdeka! alhamdulillah. syukur :-)

sempena merdeka, ai telah merajinkan diri untuk buat outdoor session :-)







sangat penat, tapi happening!

laporan iftar ramadhan aysk!

agenda reunion selepas 10 tahun habis form 5 kat aysk. macam2 perubahan, seperti yang telah ai angka. banyak juga muka2 baru yang dah bertahun2 tak jumpa, buat kemunculan kembali sempena ramadhan, ah sudah pasti dengan agenda menghantar kad kawin. hmm :-p eh, tapi seronok sangat!

credit photo: zammidi asri

bukan main lagi iftar kali ni, bersambung2 aktiviti. dari makan ke bowling ke makan lewat pagi. ngam - ngam jam 2.30am baru semua beringat nak balik. haish. macam2 topik keluar, memang kelakar, mana tak nya cerita zaman hingusan semua keluar. omg! what a bless day. terima kasih kepada maha pencipta kerana-NYA, persahabatan ini masih dan insya'Allah akan terus kekal. amin :-)

souvenir malam iftar ramadhan 280810

terima kasih kepada penganjur- anis untuk tempat, food dan environment yang kelassss. i like~

iftar ramadhan :-)

bila bulan posa datang, hari berjumpa kawan2 pun ada sekali. reunion setahun sekali. dari setahun ke setahun, macam2 perubahan ada. dari yang bujang ke dah kawin. dari yang dah kawin ke beranak pinak. tapi ada gak yang tak berubah2, dari bujang ke single. ahaha :-)

esok hari berbuka puasa bersama kawan2 aysk. wah dah 10 tahun kitaorang kawan. hmm, dari zaman comot ke zaman comel. hehe. kalau ikut kiraan ni iftar yang ke-4. alhamdulillah dari tahun ke tahun masih ada daya untuk menganjurkan iftar ramadhan ni.

hmm, apa yang akan terjadi esok ye? berapa ramai lagi kawan nak pass kad kawin tahun ni? berapa ramai pulak yang nak kenalkan suami/isteri dan anak2? huhu. adoi terasa diri begitu tertinggal dalam hal ni. nasib baik masih ada geng :-)

quick!

i'm officially at putrajaya. hmm, jadi warga wilayah pula lah ye :-) masa berjalan sangat pantas, banyak hal dan macam2 dugaan~

alhamdulillah walaupun tercampak kat tempat yang asing (ceh, asing ke?) rasanya boleh sesuaikan diri. namun sedikit kecewa kerana tak dapat online hari2. ini pun berharap pada wireless mr x. hehehe :-)

hari pertama masuk rumah aka bilik sewa, ok lah feel dia. takde lah rasa cam pelik2. housemate pun ok, adik2 (terasa tua ai). bilik, cukuplah untuk orang bujang. hehehe~

hari pertama kerja, dikejutkan dengan berita pemergian seorang lecturer masa kat ukm dulu: dr ayub. semoga roh beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman. amin. berbalik pada cerita hari pertama kerja, wah bukan main banyak form nak isi. pening-pening. nasib baik jumpa dayah. takde lah rasa cam alien kat presint 3 ni. keke. seat pun ok, nampak view istana kehakiman lagi. sempatlah kalau nak layan2 jiwa :-p

oh, sempat pula berbuka ngan cik net hari ni. penat betul dibuatnya! apapun welcome to putrajaya and new life. semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar :-)

p/s: buat masa ni ai stop kat dulu jualan detoxi: pad memandangkan pejabat pos pun tak tau kat mana. hehehe

saya perlukan bilik sewa dipresint 9, putrajaya. siapa tau ada bilik untuk disewa??


siapa tau ada bilik untuk disewa di presint 9, putrajaya yang available dan boleh masuk weekend ni, tolong inform ai k. betul2 urgent. last minute, ada plak orang nak cancel kan booking ai. bikin tension aje. huhuhu :-)

ciri-ciri bilik idaman: dihuni oleh kaum hawa (muslimah) dengan sewa rm150 - rm200

please email me: asilahkassim@gmail.com
kerjasama amat dihargai :-)

p/s: alhamdulillah dah dapat bilik sewa :-)

bukan penjual ubat kuat, jauh sekali ubat guna-guna :-p

kalau cerita pasal ubat ni, macam-macam versi ada. sebut je bahagian mana nak kuat, bahagian mana yang sakit, gerenti ada ubat berbiji-biji yang dihulurkan.

tapi, ada juga spesies orang yang memang takut nak makan ubat. tengok ubat pun rasa dah seriau. apalagi nak disuruh telan.  macam2 alasan, macam2 teknik. huh~

maka tak mustahil lah banyak kaedah rawatan alternatif yang muncul. baru-baru ni seorang kawan berkongsi ilmu tentang kaedah diagnosis penyakit melalui saraf tapak tangan. memang menarik! mana tidaknya, dari tapak tangan kita boleh diagnosis apa penyakit yang ada pada diri kita

tahukah, menurut kaedah perubatan cina, tapak tangan kita juga mewakili organ/ tubuh badan kita melalui titik2 tertentu?


cubalah google mesti banyak benda baru yang korang akan belajar :-)

lama tak update, rindu pula :-)

alhamdulillah, hari2 puasa dapat dilalui dengan baik :-) sekarang hidup sangat hectic, walaupun hari untuk bekerja di kilang boleh dibilang dengan jari, kerja masih beratur panjang-panjang. meeting lah, audit lagi. hmm, banyak nak fikir dan struggle. boleh ke siapkan?

bos tak habis2 tanya, kenapa mahu resign. ada apa2 yang tak puas hati ke? penat nak jawab soalan ni, banyak yang terbuku tapi rasa macam tak patut nak luahkan. tak kan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga? tidak ada apa sebab yang major, peluang datang depan mata tak kan nak lepaskan? lagipun dalam hati kecil memang sentiasa berharap untuk dapat job tu, tengok kawan2 seangkatan masa matrik and U, masing2 dah ada life yang stabil, jealous plak :-p tapi take it positive, kalau mereka boleh berjaya, so do i. chaiyok!

sedih ke nak tinggalkan kilang? mestilah tak, sebab kilang dekat sangat dengan kampung halaman. bila2 boleh drop by untuk tanya khabar. tapi mungkin akan rindu masa2 kena mengadap customer yang macam-macam hal dan perangai. masa2 ketegangan mental dan masa-masa jatuh hingga hilang kepercayaan pada diri sendiri. oh, tidak dilupa sikap prejudis orang yang suka melabel tanpa usul periksa. hehe :-)

apa pun hidup mesti diteruskan. siapa kata tidak ada cabaran yang menunggu? mungkin lebih banyak dan besar risikonya? rasa berdebar-debar pula, harap-harap semuanya akan berjalan dengan baik. amin 

salam ramadhan, sahabat


salam ramadhan, kawan2. semoga ramadhan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan rebutlah peluang untuk mendekati-NYA, Maha Pencipta :-)

kek dah licin, lupa amik gambar. kecewa dibuatnya!

cuba resepi kek coklat dari blog nanee aka mrs dayat. pergh memang lazat. tapi kali ni, sempat buat adunan kek coklat je, part cream tak sempat nak buat :-p

intai2 lah page nanee di Sugar 'n' Spice, kalau rajin cubalah sendiri resepi "death by chocolate cake" gerenti sedap. memang moist dan nyum2, ramai yang puji keenakan nya! terima kasih banyak2 nanee, kek ni memang marvelous!!

p/s: ai guna method kukus. kek memang lembut dan moist :-)

smoking zone untuk perokok tegar ditempat kerja


bukan senang nak educate perokok tegar untuk pilih tempat yang sesuai untuk merokok. buang masa dan air liur je cakap, tapi tak memberi kesan apa-apa pun. huhu~

oleh kerana dah tak tahan tengok puntung rokok bersepah sana sini dan risiko kepada open fire/ burning, maka management telah datang dengan idea ni - wujudkan smoking zone untuk perokok tegar dalam kawasan tempat kerja. hmm~

eh, bukan nak menggalakkan orang merokok, cuma wujudkan kawasan khas untuk merokok di dalam kawasan tempat kerja, supaya lebih terkawal dan senang nak intai siapa yang paling kerap merokok! hehehe :-)

pesanan penaja: merokok membahayakan kesihatan :-p

lapor diri, eh belum lagi lah :-)

hari ni sepatutnya lapor diri ditempat baru. hmm, nampaknya takde rezeki nak lapor diri hari ni. huhuhu~ semakin hari nak tinggalkan tempat kerja sekarang ni, makin banyak pulak cerita nya! audit tak habis2 hingga hari terakhir bekerja (oh, life with audit), lawatan sana sini dan pemantauan dari pihak authoriti negara jiran :-p

bak kata boss, no honeymoon mode eh?! hahaha :-p takpelah selagi khidmat masih diperlukan kita kerja je lah. lagi pun tinggal beberapa hari je lagi. maka bertahanlah~

kepada bakal bos tempat baru, ai akan lapor diri minggu ke-4 bulan ni :-) harap-harap semuanya akan baik-baik sahaja. amin

kekanda adinda, ost 8 bulan!


kekanda adinda OST 8bulan

Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..
Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera,
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
Tapi Kanda mahu cahaya mata,
Dinda belum bersedia,
Kanda dah beria ria,
Jadi yg mana satu?
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

Kanda kerja overtime, terlebih masa,
Itu yg Dinda harus berwaspada,
Ini smua demi masa depan keluarga,
Dengan Dinda atau sebaliknya?

Kanda kerja malam,
Dinda kerja siang,
Jadi bila nak bertemu?
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka, 

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
Bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan, 
Kanda polar kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
Komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Walau kita sering dgn cara masing2,
Kanda yg Perdana,
Dinda yg Utama,
Kanda sgalaNya
Dindalah Nyawa

Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama,
Bersama slamanya,
Bahagia slama- lamanya! 

p/s: jom follow citer ni- 8 bulan, ahad, 10.30mlm tv3~

muzik dan lirik?

way back into love atau cari jalan pulang untuk cinta? oh pelik betul bunyi terjemahan ini!


layan je lah ye :-p
Powered by Blogger.