emas dan emas lagi. haish ikan emas boleh lah beli!

sejak baca artikel kat kosmo tentang pelaburan emas ai mula mencari maklumat atau info2 yang boleh membantu. haish, bukan main dasyat orang2 yang buat pelaburan emas ni. kalau takde rm ribu-ribu, susah mahu cerita. hehe :-)

blog yang menarik untuk dibaca tentang pelaburan emas ialah jutawan emas.com.dengan gaya bahasa yang simple dan mudah difahami, blog ni memang layan. banyak info yang kita nak tahu ada kat sana :-p

kalau korang nak monitor harga emas semasa, lawat website kitco ni (tapi ai pun tak paham macam mana nak tengok, kekeke)

bukan semua orang faham kenapa ia perlu ada


ini adalah picture sebuah buku yang hanya segelintir orang je faham kenapa perlunya buku ni wujud. haish!

hmm, finally dapat cari buku ni untuk rujukan kilang and diri sendiri :-p

emas, lebih mahal disimpan lama

sebut je emas, bukan main gembira rasanya. lebih syok jika dapat free. ah, mimpi ngeri lah ye kalau orang nak bagi free (kecuali masa hantaran kawin, kan?)

baca artikel kosmo tentang pelaburan emas, membuatkan diri menjadi mata duitan. bagusnya kalau ada banyak rm boleh buat pelaburan emas. hehehe :-)

rupanya pelaburan emas kat malaysia dah ada pengurusan yang lebih sistematik. lebih selamat dan terjamin. memang mantap lah! harga emas pula selalunya naik, kadang2 ada jugak jatuh, tapi itu pun tak teruk sangat. nak buat pelaburan emas ni kena alert, maklumlah harga pasaran berubah2 dari masa ke semasa :-) jadi bila murah kena beli banyak2, bila mahal boleh jual, betul tak?

hmm, ada sesiapa pernah buat pelaburan emas? sila lah share :-)

can i handle a bad boss?

frankly tulis, ai tak mau keja bawah bad boss atau jadi bad boss. such annoying, haha. but this another quiz - can you handle a bad boss? betul2 buka mata. haish!

Can you handle a bad boss? You scored 40% correct! (teruknya markah!)

Your Bad-Boss Response: Conformist (haha, i know~)
When it comes to making wise choices at the office, you're still a bit hit-or-miss. Sometimes you fall back on the path of least resistance, whether it is gossiping with your colleagues about your unreasonable boss or simply assuming that things will never change and giving up. But it's obvious that deep down you know what to do, it's just a matter of keeping calm and following through. The next time you're faced with a dilemma, take a minute and think about how you're going to handle it.

(oh, so true!)

Other tips to follow to make working with any boss better: (adoi, ada idea pulak?)
a) Communicate: Any tense situation is going to be improved if you actually communicate your ideas and concerns in a non-threatening, non-accusatory manner. Even if you and your supervisor don't like one another, you can set the tone for a conversation by approaching her in a confident, businesslike way that focuses on the facts, not just your feelings. If she responds in an angry or unpleasant way, defuse the situation by acknowledging that the matter seems very important to her and that you'd really like to find a solution that everyone is happy with. Then try to ask specific questions to understand just what the problem is that she has with the situation.

komunikasi senang untuk ditulis, susah nak melaksanakan. lagi2 bila komunikasi satu hala. asik terima arahan je. mana boleh tahan, betul?

b) Understand the other side of the story: Your supervisor may have pressures and responsibilities you're unaware of. If you've been asked to do something you think is unreasonable or that doesn't agree with your priorities, ask your boss if she could explain the goals behind it so you can understand where your work fits in. By getting a picture of the department's or company's targets, you're likely to feel more part of the process and possibly develop ideas about how to achieve them.

kalau kita je undertand, tapi boss tak, macam mana? hmm~

c) Use a human touch: Whether you love them or hate them, bosses are people too. They have bad days, they worry about their personal lives. Don't assume that every bad mood or snappish remark is really about you. Also, by occasionally chatting about life outside work, you may build a better working relationship in the office

oh, this is very hard part

secara kesimpulannya, ai bukan orang yang sesuai untuk handle bad boss. hehe :-) dayah, please take note,ok?

jauhkan lah dari bad boss. amin :-p

kuiz kenali diri :-p

kadang2 seronok pula jawab kuiz2 untuk kenal siapa diri kita yang sebenar :-p okie, kali ni personality quiz!

menurut Susan Quilliam dalam bukunya bertajuk "What Makes People Tick?" personaliti manusia terbahagi kepada 5 kategori iaitu:

a) The Blamer
b) The Leveller
c) The Distractor
d) The Cool Cookie
e) The Placator



haha. good to know!

EQ (Emotional Intelligence) test- jom buat kuiz sambil makan cekodok pisang

bos selalu kata, "your IQ excellent but your EQ still need improvement". haish, ini semua gara-gara tidak kawal emosi dengan betul. haha

 
interestingly, petang ni me telah buat satu kuiz EQ di website ini - ada beberapa soalan perlu dijawab dengan jujur dan dapat score. ai punya score adalah: Average 75%. ok lah, takde la teruk sangat. hehe :-)

Your score indicates that you have an average EQ.

"People who typically score in this range are usually able to recognize and understand their feelings and to express them in an appropriate manner. They are fairly comfortable with who they are. In most circumstances they are not afraid to show love, empathy and compassion for other people. In general, they are comfortable with intimacy, and giving of themselves to other people

They are pretty good communicators. They are fairly in tune with themselves and those around them. They generally know how to say the right thing at the right moment. They are good friends and partners. They are normally able to show anger in appropriate ways. More often than not, they are able to stand up for themselves when necessary, but also are not afraid to cry if they are hurt. They are able to admit when they are wrong and take steps to correct their mistakes. They are rarely unable to say they are sorry

They are generally happy, well-rounded people. They accept challenges. They can stay motivated and focused in the face of setbacks. They are able to set goals for themselves and often achieve them. They are positive and optimistic about themselves, others around them, and their future.

However, just because people with an average EQ have a pretty good grasp on their emotions they still have plenty of room for emotional growth. They can continue to be introspective. They can continue to communicate with the people around them and continue to work on their goals. They can utilize what they have and continue to identify areas within themselves that need work

Remember that a person's emotional intelligence never stops growing. Because we are always evolving as people, EQ is something that must be nurtured. If it isn't cultivated, emotional intelligence will disappear"

panjang lebar penerangan dan rasa nak bersetuju pulak. hmm, nampaknya kena berlatih untuk tingkatkan EQ!

apa lagi pergi buat kuiz tu, mana tahu korang punya EQ 100%. hehehe :-)

serawa durian dan roti jala, bukankah ia gandingan ideal?

makanan untuk minum petang yang lazat dan disukai ramai. fotografi menjadikan makanan yang lazat nampak lebih menyelerakan. hmm~





jom lah join :-)

tak habis2 dengan mesin penghancur kertas?


alat penghancur kertas manual ai yang kecil dan comel tu memang best. tapi letih tangan dibuatnya. hehehe :-)

maka dengan itu, ai decide untuk dapatkan mesin penghancur kertas yang menggunakan tenaga elektrik. hehe. lebih pantas dan cepat!


hmm, kadang2 teknologi memang amat membantu, betulkan?

durian untuk pencinta durian. tak suka main jauh2


durian sangat sedap dimakan bagi mereka, penggemar tegar durian, seperti ai. ah, tapi ada juga orang yang tak suka makan durian. busuk katanya. haish rugi betul tak suka makan raja buah ni :-)

favorite makanan ai yang berasakan durian ialah serawa durian a.k.a kuah durian. sesuai dimakan bersama roti jala atau lempeng time minum petang bersama teh-o, pergh memang layan~

eh, korang suka tak? hmm, apa makanan favorite korang berasakan durian? 

kisah student praktikal dan jiwa kental

siapa pernah buat praktikal - preferably kat kilang makanan. hmm, challenge tak? hehehe :-) sebagai orang yang kerja kat kilang makanan, sudah menjadi tugasan ai untuk "take care" student yang buat praktikal - guide for learn & work process~

tahun ni memang meriah dengan student praktikal. habis satu datang satu. pergh, memang mental juga dibuatnya. hehehe :-) 

secara terbuka, ai memang nak tegur perangai2 student praktikal yang tak tau mengambil kesempatan a.k.a peluang belajar di tempat praktikal. which in my case, student praktikal yang baru ni betul2 buat ai rasa nak terminate beliau. haha :-p

sebagai student praktikal banyak do & don't yang korang kena amik tau! jangan main redah dan ikut suka hati korang je. well keja mesti ada rules dan yang paling penting jangan harap lah penyelia korang nak entertain korang selama 8 jam sehari. please lah ye. uhuk~

basic rules ialah - belajar untuk respect orang sekeliling, jangan suka mengular (curi tulang) and jangan pikir korang bagus - be humble and down to earth. jangan pikir sebab korang belajar tinggi, korang boleh pijak2 je orang lain. sungguh annoying!

belajar la sebanyak mana yang boleh, rajinkan mulut untuk bertanya dan jangan harap orang nak manja2 kan korang. berdikari lah sikit, real work life more challenging!

hmm? ai in process nak terminate student ni. dah la absent 3 hari without notice buat susah je. 

oh! whatever!?

either?

officially resign. life must go on!


hari ni ai hantar surat berhenti kerja. tiba2 berita ni tersebar macam goreng pisang panas. macam2 gosip, macam2 spekulasi. ah, macam artis separuh siap pula. hehehe :-)

si polan bertanya, "eh, kenapa tak ada ribut tiba2 je nak berenti?" hmm, apa eh jawapan terbaik? adoi, jujurnya memang tak ada jawapan yang paling sesuai. kadang2 penat jugak fikir, kenapa eh?

macam2 bos dah terjah. esok nak mengadap bos utama. seriau pun ada. selalunya bila orang yang nak niat nak berenti, selepas mengadap bos utama, memanjang tak jadi resign. pakai spell apa ntah beliau?

seorang kawan pula menigatkan, bila kita buat keputusan pastikan tak dipengaruhi oleh orang lain. keputusan kita, tanggung jawab kita :-)

oh! berdebar-debar pula~

nak sewa bilik, bukan nya susah nak cari. tapi banyak kritirea kena dipenuhi. haish!


tiada iklan bilik sewa kat sini harap maklum. hehe :-)

pening juga bila nak move into "new environment". selain dari urusan rasmi - isi borang yang macam2, perkara penting lain yang perlu difikirkan ialah tempat tinggal. lebih pening jika tiada relatives atau kaum kerabat. haish!

bila tinggal bujang, sewa bilik adalah solution yang menjimatkan. tapi nak sewa bilik dan tinggal serumah dengan orang yang tidak dikenali mungkin merisaukan. 

ai memang ada pengalaman tinggal kat hostel yang disediakan oleh company maka tidak ada masalah untuk tinggal serumah dengan sesiapa tapi kadang2 life orang bujang ni sangat tidak terurus. tapi yang lebih tidak disukai ialah rumah yang sepatutnya menjadi syurga (rumahku, syurgaku) selalu turn out jadi kapal karam. 

tidak ada manusia yang sempurna, itu betul. tapi "sempurna" kan bermula dari diri. apa gunanya cantik kat luar, tapi bila sampai part tempat tinggal, macam disaster, especially tempat tidur, dapur dan toilet. 

maka tak hairanlah ada orang yang post iklan mencari rakan serumah seperti diatas. so detail - sehingga perangai bakal rakan serumah pun perlu diambil kira. huhu~

hidup memang macam itu kan?

p/s: ada tak orang yang cari rakan serumah prefer rumah teres kat area putrajaya lebih bagus kalau dekat dengan kemudahan awam and kompleks kerajaan, roger ai k - asilahkassim@ gmail.com. thanks!

perkhabaran yang dinanti, akhirnya tiba. amin

lega dan gementar adalah gambaran perasaan semasa. hmm~ lega kerana tidak lagi perlu menunggu atau risau kalau2 nama tercicir. hehehe. manakala gementar kerana keseluruhan rutin hidup akan bertukar!

persekitaran. hidup. kerja. tekanan. aliran tunai. ah banyak lagi. sudah bersedia ke? hmm~

ya ALLAH permudahkan jalan yang daku pilih ini, mohon petunjuk, ketabahan hati, mental & fizikal~

oh! putrajaya :-)


marah ke?

marah merupakan ekspresi yang tidak sihat lebih2 lagi pada orang yang tak sepatutnya kita marah. apa nak buat, nasi pun dah jadi bubur. akibat geram, tekanan dan rasa tidak puas hati, rasa negatif itu terluah juga. sudah terbuku sekian lama, ah macam volkano gunung berapi pulak. haish~

maka bersiap sedia lah untuk terima warning letter dan mula mengarang surat tunjuk sebab. haha :-)


atau lebih baik mengarang surat untuk pergi? hmm~

macam-macam: periuk tukar beras jadi roti. saya mahu 1 (tapi mahal pula!)


sumber: KOSMO!

TOKYO - Syarikat pengeluar elektronik, Sanyo semalam melancarkan produk terbarunya iaitu 'periuk' yang boleh menukarkan beras menjadi roti. Mesin itu boleh mengisar satu cawan beras menjadi tepung kemudian diadunkan dengan air, gluten, ragi dan bahan lain untuk membakar sebuku roti selama empat jam. 

Nama yang diberikan untuk 'periuk' itu ialah GOPAN iaitu campuran perkataan gohan dalam bahasa Jepun bermaksud memasak nasi dan pan yang bermakna roti dalam bahasa Sepanyol. Periuk itu akan dijual pada harga antara AS$560 (RM1,793) hingga RM670 (RM2,146). - AFP

triffle, pemanis mulut untuk orang yang manis. hehe :-)

makanan pemanis mulut, buat diri lebih manis? hehehe :-)

1st trial untuk triffle. hmm, bahan yang mudah, step yang senang. rasa belum tau, sebab tengah sejukkan. hehe :-) resepi amik dari someone blog, kena cari semula and post kat sini. chill ya!

belajar sesuatu benda yang baru sangat menyeronokkan, terutama sekali yang berkaitan dengan makanan! betul tak?!

kiwi dan strawberi, gandingan ideal?


sedang dalam mood untuk cuba resepi triffle. ini kali pertama ai buat triffle ni, tak tau lah apa nak jadi sekejap lagi. jadi ke tak jadi? huhu~

p/s: sedang mengajar masih sempat nak publish entri singkat. hehe

wonder mana nak cari blueberry fresh kat malaysia ni?

hari ni sakan tengok you tube and sergah blog2 kaki masak dan mata terpaut pada keenakan trifle. nampak macam kacang putih je nak buat. hehehe :-)


sebenarnya tak pernah makan trifle ni. sedap ke? ntah ler, kena cuba dan makan baru boleh komen. so masukkan resepi dalam list mesti cuba. tengok lah bila-bila senang nanti ai cuba. hehe :-)

tapi mana nak cari fresh blueberries ni? hmm~


wonder dan wonder, ada orang tanam ke pokok ni kat malaysia, hiks?

video buat coklat, jumpa kat youtube :-p

selalu aje orang yang comel2 cari resepi buat coklat kat blog ai. tapi mesti hampa sebab mana ada resepi coklat kat sini. resepi buat kek or brownies ada lah. hehehe :-p

sedang ai tercari2 cara nak buat marble atas kek, terjumpa video ni. thumbs up untuk Philadelphia cheese!


korang rajin kan? sila cuba ya!

kitar semula kertas, untuk bumi dan ringgit malaysia? hehe


semenjak adanya mesin penghancur kertas (manual) ai ada hobi baru, dengan tema "kitar semula kertas, selamatkan bumi dan ringgit malaysia" hehe :-)

inspirasi kitar semula kertas adalah dari apek surat khabar lama dan makcik2 suri rumah sepenuh masa, tidak dilupakan kilang kitar semua - fikir dulu sebelum buang!

kertas-kertas terpakai atau surat khabar lama korang jual direct kat apek surat khabar lama atau kilang kitar semula, mereka akan bayar sen-sen sahaja. tapi kalau korang hancurkan, koyak kecil2 atau shredded harganya akan lebih tinggi mengikut kilogram (kg). tinggi bukan lah beratus2 ye kawan2, tinggi mungkin rm4.50/kg? 

dengan kos serendah rm0, korang boleh dapat untung sehingga rm4.50/kg. bukankah menarik? sikit-sikit, lama2 jadi bukit kawan!

jom, selamatkan bumi kita! kitar semula kertas terpakai :-) 

alat penghancur kertas manual, sakit tangan aii, tapi fun! ok?

akhirnya alat penghancur kertas sampai hari ini. hand paper shredder adalah sangat melenguhkan, tapi fun! tapi paper shredder jenis ni memang sesuai untuk home atau aktiviti paper shredding yang sikit2 :-)

from top

paper shredder in d house!

in action

yeay!

update 2/10/2013

nak dapatkan paper shredder sila ke website think in motion :-)

www.thinkinmotion.com

hampir-hampir berhenti disitu!



tahniah untuk 3 team yang berjaya ke sesi finale. korang memang best and awesome! good luck ya!!

p/s: go wakaka, go! chaiyok!!

macam mana nak bagitau boss yang kita tak suka perangai dia yang "bias"?

macam-macam agenda politik, kat mana-mana. sana sini orang nak jatuhkan. lebih hebat kalau penyokong kuat adalah boss. oh!


kenapa bos perlu "bias"? betul boss manusia biasa, tapi jangan lah menunjuk sangat. haish!

apabila bacaan tekanan darah adalah 130/93, saya sudah mula panik!


masa belajar sains zaman muda2, cikgu kata bacaan ideal untuk tekanan darah adalah 120/80, carta kat hospital mengenai tekanan darah ideal pula adalah 140/90 dan ke bawah. tapi result tekanan darah hari ni 130/93! ah normal atau slightly tinggi??

darah tinggi? hipertension?! pra- hipertension!

adoi, risau pula dengan blood pressure yang tinggi ni! jauhi stress mode. hidup sihat!

x-ray, kenapa perlu lelaki? ah!

pagi ni me pergi buat x-ray kat hospital, dah lama tak buat x-ray, dalam 5 tahun! erk~


korang tau lah bila nak buat x-ray ni semua baju-baju kena tanggal. kena pakai baju putih hospital. haish, tak best betul! lagi-lagi bila juru x-ray adalah lelaki! walaupun atas dasar kerja, tapi, keadaan tu cukup tak selesa. kenapa takde orang yang sensitif hal ni? kenapa? 

sedangkan komuter pun ada koc wanita. oh!

mesin penghancur kertas, idam yang elektrik dapat yang manual. nasib lah!

masa bulan 5 yang lepas, me ada tanam satu impian nak beli paper shredder machine. setelah mempertimbangkan faktor-faktor luar dan dalam, akhirnya me beli hand paper shredder je. haha :-) lebih baik ada dari takde kan? banyak dokumen sulit kena lupuskan ditangan sendiri. tak kan nak koyak satu-satu, lenguh lah tangan aii!

manual pun manual lah, janji ada :-p


nampaknya ada yang berminat dengan paper shredder ni. hehe. me beli online kat sini thinkinmotion, kedai kat kuching, sarawak. jauh kan? sekarang barang pun tak sampai lagi, sebab baru order :-p

update 2/10/2013

nak dapatkan paper shredder sila ke website think in motion :-)

www.thinkinmotion.com

dari mata turun ke hati. ouch!

selalu si comot ni menjadi inspirasi. u always make my day. nanti ai belanja makan ikan kembung ye :-p


what say you?

kucing putih dan bantal busuk. haha


si comot ini telah diculik semasa berumur beberapa bulan dari emaknya. pernah nekad melakukan beberapa kes cubaan melarikan diri dan melompat dari ketinggian 2 tingkat, tapi nyawa masih panjang. haha :-)

makanan kegemaran ikan kembung rebus fresh dan biskut kucing plastik hijau. hobi semasa waktu lapang ialah tidur. ada beberapa spot tidur yang syok (salah satu dalam gambar diatas) oh, perlu ada bantal busuk kotak2 hitam untuk tidur, hehe :-)

sangat pemalu kerana setiap kali orang datang, akan lari lintang pukang masuk dalam bilik dan keluar hanya selepas orang balik!

sangat kerek terhadap rakan2 sehaiwan dan kerap menjadi pembuli terlampau. ah, tapi selalu juga kena buli dengan kucing yang lebih macho

sekian~

masuk contest roti high 5 untuk menang apple ipad 16g?

hari-hari makan roti. hari-hari mengidam nak pakai gadget canggih macam apple ipad 16g. betul? kalau korang suka kan kombinasi roti dan apple ipad, sila sertai contest anjuran silver bird aka pengeluar roti high 5.

syarat penyertaan mudah dan soalan yang amat senang. untuk borang penyertaan boleh didapati di website silver bird aka pengeluar roti high 5!

sedikit mengenai contest dan hadiah2 nya:




berminat? sila join. contest start dari 1/7/10 hingga 31/8/10. semoga berjaya :-)

online dan facebook semasa kerja, jaga-jaga ada mata memerhati!


siapa suka online waktu keja hah? jaga-jaga sekarang sudah ada mata-mata gelap. ada gentle reminder bagai eh? suka ye korang online time-time keja ni :-p

wonder? kalau "head department" yang online and facebook time kerja, ada kena gentle reminder kah?

banyak perkara berlaku, tapi hidup tetap kena diteruskan!

buka buku baru hari ini. alhamdulillah, ada banyak perkara berlaku sejak akhir-akhir ni, hidup pun terasa seperti sudah banyak tekanan dan tanggung jawab sama ada yang rela, paksa atau paksa-rela :-p

hidup kena diteruskan, walaupun banyak rintangan kan, hmm~

p/s: iklan nantikan upcoming project SK2 (Sebuah Kisah Klasik)

Powered by Blogger.