siapa ada best friend, jom join contest MPH!


"mph organize a blogging competition from 1st June 2010 to 1st Aug 2010.  share a story of your best friend, how you are inspired and touch by the friendship. Let you story of your best friend change lives!"

ok, siapa nak join contest ni sila lah lawat website MPH Online. blog tentang best friend (english) dan menang hadiah kat bawah ni. semoga berjaya!

kawan2, tolong jawab survey poll boleh? yang kaler purple tu!


tolong jawab, boleh? thanks banyak-banyak :-p open poll dari 27/6/10 to 12/7/10!

oh! ini pula result untuk survey poll yang lepas~


terima kasih lagi sekali. korang memang best!!

sepetang di bagan nakhoda omar, air pasang!




kalau sebut bagan nakhoda omar, sabak bernam automatik korang kena ingat laut, mee udang, kelong dan kijing. ah masih ingat dengan gerakan mencari kijing satu masa dahulu? bagaimana pula dengan keenakan kijing?

hari ni air pasang. dapat bau air laut dan angin sepoi-sepoi bahasa :-) excellent!

operasi utama adalah mee udang dan lai chee kang. tapi tak sempat nak capture mee udang dan lai chee kang sebab dah lapar dan haus. maybe next time?

ok enjoy picture- an evening at bno~

name card buat sendiri, template sedia ada. senang haish!

semalam me ada tulis entri tentang buat sendiri business card. nak tahu bagaimana hasilnya? pic atas adalah front of card, yang bawah adalah back of card.


amacam smart tak? tengah pikir nak print atau tak? hehehe. korang pun boleh cuba :-) lawati website ni - Business Card Star

p/s: coming soon project!

bisnes dan bisnes card, order atau print sendiri? hmm

kalau korang nak design bisnes card sendiri, jangan risau, tak perlu susah2 nak design, semuanya dah tersedia tinggal tukar maklumat je. senang, mudah dan kemas! korang boleh design bisnes card kat website ni: Business Card Star. oleh kerana me dah dapat design card yang simple dan menarik, me pun syor kan kat korang untuk buat sendiri bisnes card!

boleh cuba sendiri k! ada banyak template dan amat mudah2 digunakan~


p/s: coming soon project!

apabila saudara rizman mengomen blog saya.. hmm?


oh. kena terjah? phew~ anyway terima kasih saudara rizman, sudi menjengah dan komen blog yang tak seberapa ni :-p komen anda amat dihargai. sebagai encik QA, mestilah saudara rizman ni cerewet dan teliti orangnya. huhu~

jom intai-intai, apa yang beliau komen eh?


nampak gayanya, saudara rizman ni suka tukar nama blog ai. dari Sebuah Kisah Klasik, menjadi Sebuah Cinta Klasik dan Sebuah Karya Klasik. hmm, apa kes ni? tu la komen lagi blog awal pagi, kan dah tak nampak beza. hehe :-)

mari kita respon soalan dan komen2 beliau:
1. kenapa Sebuah Kisah Klasik? nama blog ni inspirasi dari lagu sheila on 7- Sebuah Kisah Klasik


tujuan blog ni pun memang untuk hal-hal peribadi yang tidak ekstrem. yup macam catatan untuk masa depan. hehe :-)

2. takde lah personal sangat. umum sebenarnya. tulis blog ni memang jadi terapi diri bila stress :-p

3. bahasa jiwa bangsa! erk?

4. yup, kalau banyak colour pening and nampak tak mature :-p kena ikut umur lah~

5. followers? oh tak ramai lagi. jom follow~

terima kasih saudara rizman. eh korang boleh terjah blog beliau pula ye? Catatan Rizman!

korang dah buat medical check-up ke tahun ni?


hari ni ai buat lawatan sambil belajar di hospital tanjung karang. setelah hampir 10 tahun, akhirnya ai berjaya menjejakkan kaki ke hospital ni. huhu. oh tidak ada sesiapa yang mahu di lawati atau sakit, tapi mahu buat medical check up!

dah lama tak buat medical check up. lama sangat! apa la status organ2 dalaman badan ai ni? sihat kah lagi? kadang2 bila kita sihat memang lalai nak periksa keadaan diri sendiri, tapi bila dah sakit, baru lah terhegeh2 nak pergi check itu ini. adoi!

risau dengan tahap kesihatan. semoga semuanya baik-baik sahaja :-) oh, kalau toksin dalam badan, ai tak perlu risau, sebab ada pelekat toksin. haha :-)

nampaknya kena tunggu 5th july, untuk buat medial check up. set appoinment dulu ye. oh hospital nanti kita jumpa lagi!

p/s: tengah berkira-kira mahu anjurkan contest. agak2 ada yang mahu join ke? hmm~

dalam hati korang ada taman? daku juga!

selalu kita dengar orang kata, "harap muka je pecah rumah, tapi dalam hati ada taman". haha, ayat ni boleh buat diri tersenyum geli-geli. hmm, taman? hati korang ada taman ke? 

oleh kerana hati korang ada taman, me pun sibuk2 nak wujudkan taman jugak!

taman bunga? hmm, buat masa ni taman bunga memang tak ada. takde feel geli2 jauh sekali mood bunga2. ah~ maka 0%


taman permainan? oh mesti lah ada, lebih2, hidup kena ceria and enjoy! baru lah feel! maka 30%


taman perumahan? haish, memang me suka berhibernasi kat rumah. well, rumahku syurgaku~ maka 60%!


me pun ada taman rama-rama dalam hati - 5%! kenapa? rama-rama hidup freely dan bebas ke mana2. takde limitation dalam hidup!


last but not least, taman buaya 5%. hehe, ini tak mau describe. ngap!


maka sah lah dalam hati aii memang 100% ada taman: taman bunga 0%, taman permainan 30%, taman perumahan 60%, taman rama-rama 5% dan tak dilupakan taman buaya 5% :-p

what say u? so korang ada taman dalam hati tak?!

oii kucing pun nak selesa pilih bmw tuh!


sumber berita: KOSMO!

COLCHESTER, England - Misteri bunyi pelik muncul setiap kali enjin sebuah kereta BMW dihidupkan oleh pemiliknya, Paul Smith akhirnya dapat diselesaikan oleh seorang mekanik, lapor sebuah akhbar semalam.

Bunyi ganjil tersebut muncul di depan bonet kereta yang berkuasa tinggi itu tetapi pemiliknya gagal mencari dari arah mana suara tersebut datang selepas dia membuka bonet keretanya.

Akibat kebingungan, pemilik kereta itu memandunya ke sebuah pusat servis dan mengadu kepada seorang mekanik di pusat perkhidmatan Cooper, BMW di sini mengenai bunyi ganjil tersebut.

Selepas membuka bonet kereta, mereka terkejut apabila melihat terdapat anak kucing betina berada dalam keadaan ketakutan di palang sokongan di dalam ruang enjin.

"Saya rasa kucing itu masuk ke ruang enjin itu dari bawah kereta," kata Smith.
Anak kucing itu dikeluarkan manakala kakitangan pusat servis itu memberi anak kucing itu susu.

Menurut Smith, dia berharap pemilik anak kucing itu akan dapat ditemui. - Agensi

banyak nak diisi, jangan buat salah. ini future :-p


hari ini audit ISO. penat mental tapi hati sedikit lega bila sudah terima surat ini. haish banyak pula benda nak isi dan kena hati-hati. thanks dayah kerana sudi jawab semua soalan. hehe :-)

sunyi sepi sebab parents hantar adik ke politeknik dan mengambil peluang untuk bercinta kat tambun. sampai hati mak pak tinggalkan aii sorang2 kat umah ni!

oh jauh betul si comot putih aii pergi berjalan. take care :-p

another 2 month (or more?). worth to be patient!

gambar hiasan: akan dibawa atau tidak?

it's another 2 month (or more)! oh, lega kerana ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. kena buat time frame ni, supaya semua yang ingin dilaksanakan menjadi kenyataan. tak mau cakap kosong, habuk pun tak ada. hmm?

leader always walk the talk. chaiyok!

dari siput babi ke siput babi. ah


survival untuk hidup. ada yang dewasa ada yang bayi. untuk kesinambungan keturunan. ahaha~


kalau korang ada peluang, cuba hayati life sebagai siput babi. uhuhu~ me pun ada peluang ni pagi tadi, time boring menunggu bas yang lambat tiba. ironinya hidup siput babi sangat perlahan seperti tiada apa masalah apa lagi gangguan dalam hidup. segala - galanya nampak tenang dan bersahaja :-p

oh, siput babi. terima kasih untuk satu pelajaran hari ini - bertenang untuk menghadapi cabaran yang mendatang :-)

rokok sebatang , nescafe satu tin. jom layan bola


sebatang rokok
satu tin nescafe
jom layan bola @ FIFA world cup
4 tahun sekali jer~

oh, me bukan peminat bola
apa lagi bermain bola sepak :-p

rata-rata sekarang orang cerita.. bola, bola, bola
siapa menang eh? ah?! draw? huhu
makan - bola
tidur - bola
minum - ?

kawan-kawan pun bukan main hebat
macam penganalisis bola sepak
tanya satu patah jawab sepuluh patah
kalau pasal keja, menggeletar pulak kepala lutut nak jawab. hmm~

tidur pulak memanjang tak cukup
menguap tak ingat dunia
habis jatuh merudum mood kerja
oh! bola sepak dan sepak bola

p/s: mood merapu merepek. sekian~

ada 5 huruf dan apabila bergabung membuatkan jiwa kacau!

mood begitu "flat". tidak sedih dan tidak gembira. jiwa kacau? YA. memang jiwa sangat kacau dek penangan 5 huruf ni:


ye, yang pasti bukan gabungan 5 huruf ini C.I.N.T.A - walaupun boleh membuatkan jiwa kacau, tapi jiwa juga boleh jadi berbunga-bunga kerana nya. ah~


bukan juga dek kerana S.E.D.I.H


tapi kerana A.U.D.I.T, oh pening, jiwa kacau dan boring. tak faham kenapa banyak sangat orang nak datang audit. boleh de-motivated aii dibuatnya!

shooh, audit. make my life peace oh bukan rest in peace ya :-p

steam brownies vs bake brownies - mana lebih yummy?


projek last week yang tak sempat-sempat nak update. huh. life is so hectic! apa pun, ni 1st trial brownies kukus. berbeza dari brownies bake, rasa brownies kukus lebih sedap dan lembut

resepi pun ramai dah yang mintak. ehehe, tapi this recipe own by kak wan from her's blog. kerana picture brownies yang nampak so yummy and the new method introduce, maka me memang tak teragak2 nak cuba!

tapi sebagai orang baru dalam dunia mengukus brownies, memang terasa ragu-ragu, betul ke boleh jadi brownies dengan kukus je? tapi setelah hasilnya ditelan,memang tak ada kompromi, sedap ok?

sila cuba :-) dan jangan ragu2 tentang hasilnya~

p/s: will find time to post d recipe here!

lambat seperti siput babi. adakah siput yang bersalah?

picture kredit google!

blog seperti hilang aura. lembab seperti siput babi ah. hidup semakin kelam - kabut dek penangan keystone! adoi, audit dan audit lagi. kenapa lah kena lalui perkara ni berulang-ulang?

demotivated. ramai orang label perkataan ni kepada diri. ye ke? sebetulnya keadaan memang memaksa diri menjadi begitu tidak positif. ah segala-gala hendak cepat, macam lah robot yang buat keja!

talk is so cheap. bosan dengan keadaan ini. tunggu masa untuk say goodbye. oh! lambat seperti siput babi. ah~

i'm speechless, disaat berduka ada yang bisa buat diri tersenyum

tahniah!


menunggu perutusan rasmi :-) syukur kepada Pencipta kerana rezeki dihari pertama bulan Rejab ini~

oh. wakaka, mari bergelek dan bergelak bersama. ah, ah, ah!

siapa layan showdown 2010. ah~ syok kan? siapa crew yang paling korang suka? me? oh, pastilah WAKAKA! chaiyok guys!


sangat suka dengan persembahan wakaka untuk theme- street flava. sweet dan menyetuh perasaan. ah siapa kata b-boys tak jiwang? hehehe :-)

flower.. flower.. eh ixora lah!

alam semulajadi selalu membuatkan diri menjadi teruja. warna-warna alam seperti melengkapi antara satu sama lain. indah ciptaan tuhan~

 

kalau tak bercinta boleh ke tulis nota cinta yang mantap?

cinta adalah sesuatu yang bersifat universal. oh, ada apa dengan cinta ye? kalau korang perasan coffee mate ada buat contest, tulis nota cinta. ah senang je kan? eh, walaupun tak bercinta dan takde feel cinta geli-geli, mesti boleh tulis nota cinta ni. huhu~
contest ni mudah aje. tengok video (episod bersiri), kemudian jawab kuiz, tulis nota cinta dan invite kawan2 untuk join. oh kalau menang boleh pergi Bali atau menang rm100 hadiah dari nestle. oh seramai 22 orang yang paling geli-geli dengan nota cinta (~aww) akan dipilih.

mula mengarang nota cinta ya, 30 patah perkataan sahaja!

kisah bahulu, perempuan yang tidak sopan dan sifat sabar seorang perempuan. oh!

minggu ni, makcik ai nak kahwin kan anak teruna dia. maka mak ai nak bagi bahulu, fresh made from sekinchan. oh, korang tahu tak, kat sekinchan ada kedai bahulu fresh made - kedai Masri? selain dari bahulu ada banyak kerepek yang korang boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan. hmm, sila layan video ni kalau nak tahu tentang kedai bahulu Masri :-)


maka ai beli 200 ekor "ikan" and 6 bahulu gulung. huhu~



semasa ai nak buat pembayaran, datanglah seorang perempuan tidak sopan ni. antara dialog perempuan tidak sopan dan owner& cashier~

perempuan tidak sopan: saya nak bahulu panas
owner: emm, bahulu ni masih panas lagi (sambil menghulurkan bahulu kepada perempuan tidak sopan)
perempuan tidak sopan: eh tak faham ke? saya nak yang panas (meninggikan suara dan pergi)

perempuan tidak sopan ni bukan nya nak beli 100 gulung, bahulu ok. nak beli satu je tapi eksyen tahap annoying. nasib baik cashier and owner buat tak layan je dengan sikap perempuan tu. ai pulak yang rasa macam nak sound sikap tak berbudi bahasa perempuan ni. muka je lawa, tapi mulut tahap nak kena cili. huh~

tahniah kepada sifat sabar owner and cashier. walaupun nampak air muka diaorang berubah dek perangai tidak sopan perempuan tadi, diaorang masih "cool" dan mampu tersenyum. mungkin dah biasa agaknya. 

apa-pun kalau nak makan bahulu fresh sila lah dapatkan di kedai Masri @ Sekinchan~

nuffnang, cek dan dot dot dot


yeay. ini 1st payment dari nuffnang. eh figure tak gempak pun, bawah rm100 je. tapi ok gak la. keghairahan mahu cash out mengatasi segala-galanya pada masa itu:-)

sekarang mood berblog pun jatuh merudum. haha. emosi tak stabil, keja banyak, hidup sangat ketat dan hectic! haiyak~ really need time to rest.. takpe selepas audit selesai, life akan kembali normal :-)

chill ya, sayang kamu. ah~
Powered by Blogger.