roti kulat sebelum tarikh luput. makan, buang atau buat aduan kepada pengeluar?

roti makanan yang mudah dan sihat. lebih-lebih lagi roti yang gebu-gebu dan ada inti yang pelbagai. sebut saja apa rasa yang korang mahu, tepuk dada tanya poket, semua ada kat kedai. sila ambil dan bayar. hehe :-) 

makan roti kulat bukanlah satu sajian yang enak dipagi hari. dah rezeki hari ni nak buat macam mana? tapi roti ni tak sepatutnya berkulat hari ni, tarikh label kat pembungkus - guna sebelum 15/05/10. sepatutnya roti masih dalam keadaan baik,ok!

sebelum tarikh luput, roti dah berkulat. nak makan? nak buang? nak buat aduan kepada pengeluar? oh, nak buang rugi, nak makan takut sakit perut, nak buat aduan kepada pengeluar... eh perlu ke?

ok, mari buat aduan kepada pengeluar. jangan risau e-mail sahaja. maklumat e-mail kebiasaanya ada pada pembungkus. hmm, ada yang tertanya-tanya, kenapa perlu buat aduan? 


ramai orang fikir, kalau buat aduan boleh dapat ganti rugi. eh, tak semestinya, ok? kan ada baiknya sebagai pengguna, kita ambil peluang ini untuk berkomunikasi dengan pengeluar, tanya apa yang kita nak tahu.  kenapa makanan mudah rosak, adakah pengendalian makanan kita dalam keadaan bersih atau pengeluar menggunakan ramuan yang rendah kualiti?

jangan takut untuk buat aduan, tapi pastikan aduan berasas. jangan main hentam tapi bukti tak ada. jadilah pengguna bijak, bantulah pengeluar untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi :-)

p/s: taip post ni sambil tengok game malaysia-china. walaupun banyak game dah kalah, tapi team malaysia tetap berjuang hingga titisan terakhir

12 comment:

Wawa Takizawa said...

mmg ptt wat aduan.. tu kn hak pengguna kan kan.. kalo kte xwat aduan bile lg dorg nk improve lg kualiti roti tu..

Jijahh @ f.k said...

buat la aduan ... lagipun dia leh buat penambahbaikan ... hehee mana tau leh dapat roti free nanti ... ahaks ..

mysara said...

mmg patut wy aduan..
hak pengguna...sekurang2 nyer dorg akan improve servis after dis...

asilahkassim said...

wawa, jijahh, mysara

yup, dah buat
skarang tgh tunggu reply

hehe :-)

.::WaNiE::. said...

bagus la kita report.

sebelah office wani kilang roti

pekerjanye sume bangla

turun kerja muka tak mandi aja sebab asrama tingkat atas

so kalau tengok jenama tu mmg xbeli

asilahkassim said...

oh. area mana tu?

susahnya kilang mmg bnyk bergantung ngan foreigner, tak dapat dinafikan

cikgu isza said...

mungkin roti tu terdedah dengan air dan udara kot..

asilahkassim said...

isza, roti ni dlm bungkusan
tapi mungkin storage lah

FeeQ said...

kan bagus kalau dapat ganti rugi XD

se7en said...

um..
roti buatan m'sia gune yis kualiti rendah kot..
thats y cepat bkulat..
nk sedap buat sndiri jek..
selamat pun selamat..

asilahkassim said...

feeq: susah sket, coz sy pun keja kilang makanan n handle complaint. unless kalau orang tu dpt buktikan

se7en: adoi tak rajin buat roti sendiri. haha

zonetiax said...

salam semua...saya ingin tahu dimana saya boleh dapat bekalan roti bun yg telah tamat tempoh...berapa harga untuk 1 pek??

Powered by Blogger.