nuffnang keyword analysis - apa yang kamu faham tentang HACCP?


hmm, menarik juga bila terbaca keyword analisis nuffnang petang ini. "apa yang kamu faham tentang HACCP?" eh, apa pulak HACCP ni, pernah dengar tapi tak pernah amik peduli?

ok, apa itu HACCP? ia adalah singkatan kepada Hazard Analysis Critical Control Point atau Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal. sistem HACCP ini berperanan untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal bahaya yang signifikan kepada keselamatan makanan. oh, dalam bahasa mudahnya - memastikan makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan dan tak menyebabkan bahaya (sakit atau keracunan)

sistem HACCP boleh diaplikasi secara menyeluruh dalam rantaian makanan, bermula dari penternak@peladang ke pengilang ke perkidmatan makanan untuk memastikan keselamatan makanan :-)

HACCP bukanlah stand alone system. ia bergantung kepada komitmen pihak pengurusan sesebuah syarikat dan juga sistem sokongan yang kukuh (pre requisite program) seperti GMP (Good Manufacturing Practice), GHP (Good Hygiene Practice) dan beberapa Code Practice yang lain~

rajah sistem keselamatan makanan

setiap sistem yang dijalankan, mestilah mempunyai benefit, betul? jadi apa faedah HACCP ni?
a) dengan adanya HACCP, kesedaran terhadap keselamatan makanan akan meningkat. jadi sebagai pengguna kena lah tahu apa yang kita makan, jangan bila dah sakit baru nak menyesal :-p
b) dapat meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan makanan- dengan adanya logo HACCP pada produk makanan, kita yakin produk yang kita akan makan selamat dan dihasilkan dengan kualiti yang tinggi
c) HACCP diiktiraf antarabangsa - produk negara kita setanding kualitinya dengan produk luar
d) dan banyak lagi :-)

di malaysia, pihak berkuasa yang bertanggung jawab mengeluarkan sijil HACCP adalah dibawah kementerian:
b) Ministry Of Agriculture (MOA) - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)

beberapa rujukan boleh diguna pakai dalam perlaksanaan sistem HACCP, antaranya:
a) Malaysia Standard - MS1480: 2007 (HACCP)
b) Malaysia Standard - MS1514: 2009 (GMP)
c) Akta Makanan 1883 dan Peraturan Makanan 1985

ok, habis kuliah petang ni, hehe :-) panjang lebar pula. so, sebagai pengguna pilihlah makanan yang selamat untuk dimakan. perhatikan logo HACCP diproduk makanan yang korang beli, untuk mendapat jaminan makanan yang selamat dan berkualiti :-)

logo HACCP yang dikeluarkan oleh MOH

logo VHM oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar - Poultry & Dairy products

0 comment:

Powered by Blogger.