oh bangau dan analisis punca masalah?

hari ini adalah hari pertama training - "managing continual improvement for HACCP". untuk korang yang tak pernah dengar perkataan HACCP, ia membawa maksud "hazard analysis critical control point" atau dalam bahasa mudahnya sistem yang di praktik oleh kebanyakan kilang makanan dengan tujuan menjamin keselamatan makanan yang dihasilkan. hah, ada faham?

satu perkara yang menarik yang me belajar hari ini adalah hubung kait lagu bangau oh bangau dengan analisis punca masalah. mari kita layan lagu zaman kanak-kanak ini~


kalau kita nak selesaikan satu masalah, kita kena cari punca masalah tersebut, betul? merujuk kepada lagu bangau oh bangau, kita dapat tahu, subjek yang bermasalah adalah bangau. manakala punca masalah adalah ular. kalau korang menghayati bait-bait lagu kanak-kanak ni, setiap peringkat masalah mempunyai punca-punca yang tersendiri, tapi punca utama atau root cause kepada masalah ini ialah ular. ada sesiapa nak bantah? hehehe~

jadi moral of the story, jika korang terlibat dalam satu masalah, jangan lekas putus asa mencari jalan penyelesaian. cuba cari punca utama masalah tersebut dan fikirkan cara untuk mengatasi punca masalah. baru lah semuanya akan tenang-tenang sahaja. 

ok, setakat ini pelajaran kita hari ini :-)

3 comment:

asmaria said...

assalamualaikum, apa sahaja masalah yang datang haruslah tabah.

kongsi tips rumah tangga, tipa tentang anak, doa untuk anak, nama Islam dll di: http://edarannama.blogspot.com

.::WaNiE::. said...

oo

ini adalah entry yang simple tapi bagus

lagi2 sy kene buat ohsas

benda yang terjadi mesti ada punca

goodd

asilahkassim said...

asmaria: salam, terima kasih :-)

wanie: aku syok sgt training 2 hari ni, bnyk benda baru belajar :-) sharing is caring

ohsas tu apa? ada kaitan ngan osha ke?

Powered by Blogger.