kalau ada saga baru boleh cerita. nak menang duit ribu-ribu? ah~


sempena 25 tahun sambutan proton saga, proton telah menganjurkan contest ambil gambar dan menang duit :-) eh, kalau ada saga baru boleh cerita, ok? jadi marilah kita berposing sakan dengan saga old version atau new version dengan gaya yang paling superb!


contest berlansung dari 24 mei 2010 hingga 18 june 2010. contest senang je ni, maka jangan lepaskan peluang, nak menang duit ribu-ribu ni (amin~)

oh, korang mesti nak tahu, hadiah nye kan..kan? tadaa~


teruja tak? kalau teruja, cepat2 ambil gambar. maksimum penyertaan adalah 5 keping gambar, yang di submit secara online atau offline :-)

oh! mahu maklumat lanjut lawati website ini~

lasagne, mudah+cepat+sedap. oh lupakan niat untuk diet :-p


lasagne. 1st trial. hoho. buat sendiri memang lebih sedap :-p boleh tabur cheese dan lasagna keping2 dengan banyak. terima kasih kepada tukang sponsor mozarella cheese~

jika nak berdiet makanan ni memang tak sesuai nak dimakan. oh, tapi makan sekali sekala tak apa. jangan makan sehingga lupa dunia sudahlah :-)

resepi lasagna ambil dari internet. kredit kepada google untuk resepi yang mudah dan lazat ni~ jangan risau, orang yang tak reti masak macam aii pun boleh buat, ini kan pulak korang yang lebih terror. 

ok, sila layan picture diatas :-) mahu resepi? me akan post kemudian. lalalala~

mari membuat temu janji dan minum susu percuma :-)


mari minum susu bersama-sama, hari esok. mari bertemu janji ya kawan2~

lagenda budak setan, adaptasi novel, lebih berkesan kah?


semasa zaman muda belia, novel ni memang hot. siapa tak baca lagenda budak setan mesti mereka antara orang yang tak mengikuti perkembangan novel (pada masa itu). tapi kalau tanya sekarang, satu jalan cerita apa tah watak memang serius dah lupa. tak ingat lansung. huhu~

tiba2 keluar pula filem ni. sama ke feel dia macam kita baca novel, eh? layan je lah :-)

sengaja atau kebetulan? hanya DIA yang tahu hati mereka.

manusia memang kreatif dalam mencipta, tapi hebat juga mencari kekurangan penciptaan. patutlah begitu sensasi sepatu ni, rupanya ada udang sebalik batu. oh, lebih banyak pula perkara yang "luar biasa" akhir zaman ni!


sengaja atau kebetulan, hanya DIA yang tahu~

berani klik, sendiri tanggung okay! lebih baik jangan!!!

ini adalah blog bro mazidul. siapa tak kenal kan?


sebelum ni, tak pernah pun terjah blog bro mazidul ni, hari ni rajin pula, itu pun selepas noi minta tips nak buat header blog cam kat blog bro mazidul ni~ uhuk!

in summary, bro mazidul memang dedicated dengan "perkongsian hitam putih kehidupan". memang thumb up! banyak cerita panas, suam dan sejuk.. hehe :-)


kalau baca tajuk je korang mesti dah tau cerita apa kan.. tapi let me correct ya. Ita adalah lelaki - so ini adalah kegiatan sonsang. huhu. paham2 je lah ek~ lately kalau korang perasan, banyak rush dah dibuat kat rumah-rumah kegiatan sonsang ni. tak percaya, baca berita kosmo ni! 

berbalik kepada post bro mazidul ni, dia ada bagi link blog Ita ni. kalau berani and cukup umur korang klik lah. tapi sila jangan muntah hijau. memang tak bermoral punya blog. buat malu je. hah, jangan nak scroll lama-lama, buat tambah dosa je! 

geli betul. apsal orang yang terlibat dalam kegiatan ni muka market baik eh? adakah semua nya macam ni. eiii~

"ya Allah lindungi hamba-hamba mu yang lemah dan lalai"

seperti patah satu jari kanan, tapi hidup kena diteruskan!

akhirnya terjawab konflik yang sekian lama berlegar-legar dalam kepala. sah dia sudah resign. orang kuat yang selalu support masa susah atau senang. for a better future, for a better life.. tak ada siapa yang boleh atau akan halang. just go, for your own good :-)


but my life will be totally upside down. either i'll burden people or i'll make people feel so annoying. haiyak.. how to go through this tough moment? benci betul dengan audit ni!! lagi-lagi audit yang akan datang, tekanan tinggi dibuatnya! even semua orang kata, it's okay, we'll share the tense.. haha, so funny, lol!

yup, hidup mesti terus kan? just follow the flow~

seperti ingin beli paper shredder machine. oh!

rasa seperti nak beli machine ni. ah. patut beli atau tidak? nak buat apa? mestilah shredder kertas kan? oh, mata duitan betul aii ni $$~

ok, masuk dalam list pertimbangan - barang yang perlu atau tidak perlu dibeli :-)

kenyataan pahit yang sukar ditelan. huhu :-)

bagus ada reminder untuk diri sendiri. huhu~ apakah ideal weight 49.5kg? iskh.. dah jauh sangat angka tu ditinggalkan, camne nak patah balik?

hah, kalau korang nak kira ideal weight sila guna formula facebook ni:

y = tinggi (dalam cm)

ideal weight = (y -100) - [10% X (y - 100)]

macam mana ek? nak turun kan berat sekarang ke ideal weight seperti cabaran mendaki gunung. haha :-) sukar mahu direalisasikan~

patutkah berfikir secara serius nak turunkan berat ni. lalalala~

nuffnang keyword analysis - apa yang kamu faham tentang HACCP?


hmm, menarik juga bila terbaca keyword analisis nuffnang petang ini. "apa yang kamu faham tentang HACCP?" eh, apa pulak HACCP ni, pernah dengar tapi tak pernah amik peduli?

ok, apa itu HACCP? ia adalah singkatan kepada Hazard Analysis Critical Control Point atau Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal. sistem HACCP ini berperanan untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal bahaya yang signifikan kepada keselamatan makanan. oh, dalam bahasa mudahnya - memastikan makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan dan tak menyebabkan bahaya (sakit atau keracunan)

sistem HACCP boleh diaplikasi secara menyeluruh dalam rantaian makanan, bermula dari penternak@peladang ke pengilang ke perkidmatan makanan untuk memastikan keselamatan makanan :-)

HACCP bukanlah stand alone system. ia bergantung kepada komitmen pihak pengurusan sesebuah syarikat dan juga sistem sokongan yang kukuh (pre requisite program) seperti GMP (Good Manufacturing Practice), GHP (Good Hygiene Practice) dan beberapa Code Practice yang lain~

rajah sistem keselamatan makanan

setiap sistem yang dijalankan, mestilah mempunyai benefit, betul? jadi apa faedah HACCP ni?
a) dengan adanya HACCP, kesedaran terhadap keselamatan makanan akan meningkat. jadi sebagai pengguna kena lah tahu apa yang kita makan, jangan bila dah sakit baru nak menyesal :-p
b) dapat meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan makanan- dengan adanya logo HACCP pada produk makanan, kita yakin produk yang kita akan makan selamat dan dihasilkan dengan kualiti yang tinggi
c) HACCP diiktiraf antarabangsa - produk negara kita setanding kualitinya dengan produk luar
d) dan banyak lagi :-)

di malaysia, pihak berkuasa yang bertanggung jawab mengeluarkan sijil HACCP adalah dibawah kementerian:
b) Ministry Of Agriculture (MOA) - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)

beberapa rujukan boleh diguna pakai dalam perlaksanaan sistem HACCP, antaranya:
a) Malaysia Standard - MS1480: 2007 (HACCP)
b) Malaysia Standard - MS1514: 2009 (GMP)
c) Akta Makanan 1883 dan Peraturan Makanan 1985

ok, habis kuliah petang ni, hehe :-) panjang lebar pula. so, sebagai pengguna pilihlah makanan yang selamat untuk dimakan. perhatikan logo HACCP diproduk makanan yang korang beli, untuk mendapat jaminan makanan yang selamat dan berkualiti :-)

logo HACCP yang dikeluarkan oleh MOH

logo VHM oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar - Poultry & Dairy products

hujung minggu, hari untuk menghilangkan ketegangan mental

bila sampai je hari sabtu, adrenalin merembes dengan hebatnya. ah, gembira hari minggu sudah menjelma. yeay! hari minggu adalah hari untuk menghilangkan ketegangan mental setelah bekerja selama 6 hari seminggu. ah~

blog pun seperti nyawa-nyawa ikan. sekejap ada story, sekejap hilang tanpa khabar berita. haish. idea sudah tenggelam timbul. kenapa ntah? mungkin keletihan mental. dush!

apa plan untuk hari esok, eh? 
a) mahu bangun awal, jalan-jalan ditepi sawah padi?
b) makan roti canai kat kedai pakcik halim?
c) pergi pasar, shopping ikan fresh!
d) bangun lambat. haha~

apa pun, kita enjoy!!


p/s: my bff -eza dah selamat bersalin semalam ikut tingkap :-) seronok dapat dengar suara dia hari ni. oh, baby boy yang debab 3.7kg. hari lahir adalah jumaat. jam 7.25pm. tahniah to both eza and jamal~ selamat menjadi ibu  dan bapa yang baik :-)

audit adalah perkara yang membuat jiwa jadi tidak tenang!



oh, sudah tiada ayat untuk terangkan perasaan tidak keruan ini. huh~

tanggung jawab kita, ingat-mengingatkan antara satu sama lain!

lebih hangat dari biasa


KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden. Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama. Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu. Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit

----------------------------------------------------------------------------------
eh, lu fikirlah sendiri ok! pasangan dia pun salah, bukan ustazah tu je. manusia sentiasa lalai, mari ingat-mengingatkan antara satu sama lain. tiada siapa yang sempurna. belajar dari kekhilafan sendiri dan mereka disekeliling kita!

rendang mentarang, membuka selera. kamu mahu?


jika semalam kita ada sesi photo shoot bersama mentarang segar-bugar, hari ni pula sesi photo shoot mentarang yang dah jadi rendang. hehe :-)

terima kasih emak, kerana masak rendang ni. oh, rasanya memang lazat. me pun baru 1st time makan rendang mentarang, agaknya kalau time raya masak rendang ni mesti layan~

eh, kamu mahu?

hari ice breaking warga 1983 di dataran laman budaya. meriah sey!

hari ice breaking untuk warga 1983-edisi selangor, hari untuk berkenal-kenal, jumpa secara live dan merancang agenda. bertempat di dataran laman budaya, shah alam pada jam 8.00pm

hmm, berjumpa kawan-kawan baru, semua rakan sebaya. memang syok!


trimas, organizer :-)

apakah itu mentarang?sila buat pilihan jawapan anda.

mentarang adalah sejenis makanan laut. sedap di makan selepas rebus atau lebih enak lagi buat rendang. sejenis haiwan bercengkerang, tapi saiznya lebih giant dari species haiwan bercengkerang yang lain

kali ini, sesi photo shoot bersama mentarang. masih hidup, segar bugar. mungkin sedang menikmati saat-saat akhir hidup sebelum dibuat lauk dinner nanti. hehehe :-) 


oh, mentarang bakar pun sedap juga!!

roti kulat sebelum tarikh luput. makan, buang atau buat aduan kepada pengeluar?

roti makanan yang mudah dan sihat. lebih-lebih lagi roti yang gebu-gebu dan ada inti yang pelbagai. sebut saja apa rasa yang korang mahu, tepuk dada tanya poket, semua ada kat kedai. sila ambil dan bayar. hehe :-) 

makan roti kulat bukanlah satu sajian yang enak dipagi hari. dah rezeki hari ni nak buat macam mana? tapi roti ni tak sepatutnya berkulat hari ni, tarikh label kat pembungkus - guna sebelum 15/05/10. sepatutnya roti masih dalam keadaan baik,ok!

sebelum tarikh luput, roti dah berkulat. nak makan? nak buang? nak buat aduan kepada pengeluar? oh, nak buang rugi, nak makan takut sakit perut, nak buat aduan kepada pengeluar... eh perlu ke?

ok, mari buat aduan kepada pengeluar. jangan risau e-mail sahaja. maklumat e-mail kebiasaanya ada pada pembungkus. hmm, ada yang tertanya-tanya, kenapa perlu buat aduan? 


ramai orang fikir, kalau buat aduan boleh dapat ganti rugi. eh, tak semestinya, ok? kan ada baiknya sebagai pengguna, kita ambil peluang ini untuk berkomunikasi dengan pengeluar, tanya apa yang kita nak tahu.  kenapa makanan mudah rosak, adakah pengendalian makanan kita dalam keadaan bersih atau pengeluar menggunakan ramuan yang rendah kualiti?

jangan takut untuk buat aduan, tapi pastikan aduan berasas. jangan main hentam tapi bukti tak ada. jadilah pengguna bijak, bantulah pengeluar untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi :-)

p/s: taip post ni sambil tengok game malaysia-china. walaupun banyak game dah kalah, tapi team malaysia tetap berjuang hingga titisan terakhir

kucing comot dan sudoku. keletihan dan tidur nyenyak?


haish, semakin kekeringan idea menulis disini, padahal idea selalu mencurah-curah sampai tak larat jari jemari nak taip. hmm~ apa kes ni?

tapi fotografi selalu membuatkan diri mahu tersenyum. ah, lihat sahaja si comot ni pose ala-ala letih buat sudoku, tapi sebenarnya menumpang tidur je :-) selalu aje lebih-lebih si comot ni. huh, menci aii~ 

oh!

memperkenalkan sudoku kepada student tuisyen, oh pening!

siapa kata memperkenalkan sudoku kepada murid 11 tahun adalah perkara yang mudah? oh, banyak hal dibuatnya. penat nak menerangkan, berbelit2 lidah dibuatnya. paling tak tahan anak murid kata, "teacher saya rasa nak muntah la tengok nombor2 dan kotak2 ni". hehehe~


nak dijadikan cerita, seorang kawan menulis di dinding facebook, "asie, awat ko ajar anak murid ko buat sudoku. aku pun pening nak buat, ini kan budak sekolah rendah" hmm, takde niat nak buat penderaan mental terhadap kanak2, ok? sudoku, adalah latihan minda yang baik. jadi lebih awal kita perkenalkan kepada kanak-kanak, maka lebih tajamlah minda mereka :-) tak rugi, malahan banyak membantu terutama dalam pelajaran matematik~

introduce sudoku kepada kanak-kanak, haruslah bermula dengan sudoku mudah 4 x 4


kemudian sudoku mudah 6 x 6


korang pun boleh cuba. memang senangkan? kalau nak cuba lagi, jom sergah website ni. boleh print sudoku puzzle , buat latihan hari-hari :-) tajam minda korang~

oh, student memang pening bila mula diperkenalkan dengan sudoku, dan dia surrender nak buat sudoku lagi2 sudoku 6x6, macam-macam alasan bagi. bila dah tunjuk satu persatu langkah dan dia dah faham, sibuk pula tanya, "teacher, dah takde puzzle sudoku lagi ke?" cis, eksyen pulak, mentang-mentang dah complete semua~

apa-pun, teknologi internet banyak membantu. taip je perkataan "sudoku" hah, banyak sudoku printable version keluar. apa lagi print and bagi student, biar dia buat latihan sudoku sampai pengsan :-)

enjoy sudoku, enjoy life~

butang-butang crocs yang hampir comel


hari ini pertama kali me jejakkan kaki ke pasar karat @ stadium shah alam. amazingly banyak sangat gerai dari makanan, baju, barang-barang karat, pokok dan lain-lain. lenguh kaki dibuatnya meronda seluruh pasar karat ni. haha :-) 

sempat juga me beli button crocs yang comel-comel ni. haha~

malaysia boleh! pastikan gondol piala thomas 2010!!


jika 18 tahun lepas, Malaysia berjaya menjuarai Piala Thomas 1992 yang berlansung di Stadium Negara, semoga kejayaan akan berulang semula pada tahun ini, 2010. semoga kontijen negara akan suksess dan sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi. Malaysia Boleh!!!

opss, jangan buat-buat tak tahu pula, Piala Thomas 2010 berlansung di Stadium Putra Bukit Jalil, dari 9 hingga 16 Mei 2010. kalau tak berkesempatan menyokong di stadium putra, marilah menyokong di depan tv sahaja. hehe :-)

majulah sukan untuk negara~

kumpulan marhaban, syair siti fatimah


alunan merdu puan-puan kumpulan marhaban, membuatkan majlis cukur jambul, berjalan dengan lebih tenang. respect dengan puan-puan ni, kerana komited mendendangkan syair siti fatimah dengan lancar dan lama! hehehe :-)

capture remarks: fokus kitab, "bokeh" sekeliling~

pepatah mengatakan, merah itu saga :-)

perbelanjaan di titik kritikal - tersepit antara perlu atau tidak perlu. eh, tapi sudah ada dalam simpanan, maka tidak perlu pening-pening lagi. hehehe~



me adalah fan kepada back pack bag. jadi beg camera jenis ini lebih senang dan kemas. lihat sahaja kekotak2 yang fleksibel itu. suka betul aii~ lagipun beg ini untuk masa depan juga. one fine day, jika mahu tambah lens ke, flash ke.. berguna beg2 yang besar ni, tak perlu beli beg baru :-)

beg ini beli di lowyat, dengan bantuan nani the photographer~

oh bangau dan analisis punca masalah?

hari ini adalah hari pertama training - "managing continual improvement for HACCP". untuk korang yang tak pernah dengar perkataan HACCP, ia membawa maksud "hazard analysis critical control point" atau dalam bahasa mudahnya sistem yang di praktik oleh kebanyakan kilang makanan dengan tujuan menjamin keselamatan makanan yang dihasilkan. hah, ada faham?

satu perkara yang menarik yang me belajar hari ini adalah hubung kait lagu bangau oh bangau dengan analisis punca masalah. mari kita layan lagu zaman kanak-kanak ini~


kalau kita nak selesaikan satu masalah, kita kena cari punca masalah tersebut, betul? merujuk kepada lagu bangau oh bangau, kita dapat tahu, subjek yang bermasalah adalah bangau. manakala punca masalah adalah ular. kalau korang menghayati bait-bait lagu kanak-kanak ni, setiap peringkat masalah mempunyai punca-punca yang tersendiri, tapi punca utama atau root cause kepada masalah ini ialah ular. ada sesiapa nak bantah? hehehe~

jadi moral of the story, jika korang terlibat dalam satu masalah, jangan lekas putus asa mencari jalan penyelesaian. cuba cari punca utama masalah tersebut dan fikirkan cara untuk mengatasi punca masalah. baru lah semuanya akan tenang-tenang sahaja. 

ok, setakat ini pelajaran kita hari ini :-)

bayi, cukur jambul dan fotografi, semuanya indah!

last weekend me follow nani untuk cover event cukur jambul at ipoh. bayi dan kanak-kanak sangat comel dan suci. lihat sahaja wajah mereka :-)




ini adalah 2nd time, me follow nani untuk event photog. memang syok dan penat~ oh, this week terima berita gembira, kerana redza (kawan sekolah) amik pakej fotografi-haiyan creative untuk event kahwin dia and wife this coming september 10. yeay!

twisties mesti mahu... in action at bukit bintang

jalan2 di bukit bintang pada hari sabtu yang lepas. telinga menangkap bunyi bising lagu "twisties mesti mahu", oh ada kumpulan pancaragam merah dan remaja2 yang melonjak2 kegembiraan mengikut rentak lagu. mungkin mahu buat iklan tv agaknya?

memang happening bukit bintang masa tu. dah la dapat twisties free~
mereka yang dapat twisties free

kumpulan pancaragam merah

selamat hari pekerja, kalau kamu kena kerja hari ini, gigih ya!!


selamat hari pekerja, rakyat malaysia! jika kamu bekerja pada hari ini, gigih dan berusahalah!! semoga kejayaan demi kejayaan kita akan capai dalam masa mendatang. amin~

yang ke-300, selalunya bertambah istimewa :-)


hai, sis! terima kasih kamu yang ke-300! 


                   http://beautifoollaifofmine.blogspot.com/

p/s: adakah korang yang ke 100 & 200?
Powered by Blogger.