semuanya mudah dihujung jari. oh, e filing!

bila cerita pasal e-filing ni, iskh memang bunyinya kurang syok, sebab kena bayar cukai dan kena keluar duit, betul? tapi bila kesedaran dah sampai, dan mula mahu ambil tahu pasal cukai pendapatan, rasa bersalah pun ada kalau saja-saja nak buat tak tahu. oh!

sebenarnya bukan tak nak isi awal2 e-filing ni, tapi ada banyak halangan, antaranya:
a) tak cukup pengetahuan pasal cukai pendapatan or e-filing
b) tak ada kesedaran or rasa tak perlu, haha :-)
c) orang sekeliling pun tak bayar cukai pendapatan
d) takut kena bayar cukai ribu-ribu (padahal tak layak pun)
e) banyak cerita negatif pasal cukai pendapatan ni
f) urusan permohonan buka fail dan lain-lain merumitkan dan menyusahkan!

so itu adalah antara alasan-alasan yang menyebabkan urusan mahu isi e-filing asik tergendala. ah, tapi persepsi berubah sama sekali bila me cuba rajinkan diri untuk buat e-filing. itu pun terpengaruh dek rakan sekerja yang happy sebab boleh refund PCB yang dah dibayar dan tarikh tutup untuk e-filing pada 30/4/10.

boleh dikatakan urusan mendaftar untuk buka e-filing sangat2 mudah. hanya isi borang dan upload IC. selepas 2 hari boleh check status kita, sama ada dah ada file dengan LHDN atau tidak. me memang "bertuah" sebab tak tahu yang diri sendiri dah ada fail dengan LHDN sejak 2005 lagi, company lama yang registerkan. so, urusan menjadi lebih-lebih mudah. walaupun banyak kekeliruan masa isi borang e-BE, tapi semuanya berjaya di atasi :-)

maka, untuk kali pertama dalam hidup, me berjaya guna e-filing. hehe, dan yang lebih menggembirakan, me sebenarnya tak layak pun kena potong cukai. maka PCB yang dah dibayar sebelum ni akan di refund semula ke dalam akaun sendiri. ah, syok betul!


hah, korang dah buka e-filing tak? dah nak dateline ni. jangan mengelat, ok? hehe :-)

0 comment:

Powered by Blogger.