my dream destination

kalau orang lain nak melancong luar negara, oh me belum lagi sampai ke tahap tu. memandangkan budget pun ala-ala manja, not now. jadi my dream destination pastilah ada dalam malaysia sahaja. cuti-cuti malaysia.. :-) hmm, mahu pergi mana?? jom kita ke sabah. oh, sabah bah~


me mahu ke pulau sipadan, sabah. ah, panorama pulau sipadan di tengah lautan, air nya yang biru, hidupan laut yang warna-warni, bisa buat hati tergoda. oh! ada apa dengan pulau sipadan eh? seperti memanggil2 untuk ke sana! banyak dokumentari pasal pulau sipadan ni. semuanya indah-indah. seperti tidak tercemar sedikit pun! oh, sipadan mahu kah dikau menunggu kedatangan ku?

 

sebelum ni me dah banyak kali jejak kaki ke pulau2 dalam semenanjung seperti pulau redang dan pulau perhentian. memang tak dinafikan air laut kat dua2 pulau ni masih segar dan biru. kalau menyelam pun (oh, ayat seperti  pro pula) nampak ikan warna-warni, nampak juga kaki-kaki member yang menyelam sama. tapi seperti tidak puas. ye, mahu ke pulau sipadan. me mahu! (eh, ada sesiapa mahu sponsor?) hehehe~ tapi kena pandai menyelam atau skuba baru syok kalau nak pergi pulau sipadan kan? hmm.. camne ni? tak pandai skuba atau jalan2 dalam air. takde lesen pulak tu. huhu~

 

apa-pun hasrat untuk ke pulau sipadan sudah tertanam. tinggal mencari masa yang sesuai, budget yang mantap dan teman tapi mesra (eh?). jadi mulai sekarang, bolehlah bayangkan air laut yang biru, bayangkan angin sepoi2 bahasa dan jejaka-jejaka mat salih yang berjemur di pesisir pantai. oh, patut ke bayangkan shark yang ada bawah laut tu? hehehe~

siapa mahu join sila angkat tangan. eh, budget sendiri-sendiri ok. hehe :-) maklumlah bukan senang bah, mahu naik kapal terbang ke sabah. nak tunggu orang sponsor, ntah bila agaknya?

eh korang layan tak project alpha, bukan main syok lagi blogger2 kita ni cuti-cuti malaysia. bila pulak turn kita ni? anyway, enjoy video2 kat bawah ni ok? sementara tak dapat nak pergi terbang sekali dengan mereka, kita angan-angan dulu lah ye~ layan!





Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

4 comment:

norinaomar said...

Asie, aku dh reserved sipadan ni as aku punya honeymoon destinantion..huhuu

asilahkassim said...

ala-ala sweet nye ko noi. hehe

.::WaNiE::. said...

wawawa orang pun nak gi siniii

asilahkassim said...

yeay, sama!

Powered by Blogger.