jatuh kenapa tidak mahu bangun dan berlari?


dalam hidup, banyak perkara yang kita susah2 merancang, tapi kerap kali jumpa jalan kegagalan. mereka yang bijak pandai pernah berkata, "kita mampu merancang, tapi DIA yang menentukan". benar kan?

hidup jadi begitu kelam-kabut sekarang, dari pelbagai sudut dan dimensi. jiwa kacau dan rasa begitu tertekan. bukan mudah menyedapkan hati perasaan orang lain. apa lagi nak sedapkan hati sendiri?

bila keadaan macam ni, semangat mula menjauh. yang ada cuma, buah fikiran berbaur negatif, rasa kecewa dan putus asa, begitu juga ceria yang semakin pudar. kadang2 rasa berlari jauh adalah perkara terbaik. tapi lari dari masalah bukankah serupa dengan pengecut?

hari ini diri sendiri terjatuh, tapi kenapa tidak mahu bangun dan berlari? 

5 comment:

Mr Rulez said...

slalu mmerlukan masa utk bgn kembali..kdg2 mmerlukan teman2 utk myokong..;)

Nadya ©™ said...

Setuju dengan Mr Rulez..Ambik masa untuk bangun tu..Kalau terlalu kelam kabut mungkin akan jatuh sekali lagi

rossoneri said...

susah nak bangun sendiri..kene motivasikan diri sendiri betul2..mintak pentujuk dariNya.. mmg take time lah..esp bila kita sorg2...perit jugak..

.::WaNiE::. said...

jatuh, bangun dan sambung.. jangan lari laju2 nanti jatuh balik :)

asilahkassim said...

mr rulez: betul, kawan2 yg boleh menyokong penting!

nadya: oh, betul juga :-)

rossoneri: thanks awak!

wanie: baek!!

Powered by Blogger.