happy hour - 1 jam untuk borong beg diskaun 80%

semalam hari shopping- bapa belanja. ah, indah-indah, rasa seperti kanak2 belasan tahun yang amik barang kat supermarket tanpa kira ringgit yang keluar. jangan tanya kenapa bapa begitu baik hati, mahu sponsor kami-kami berbelanja~

shopping kat giant, bersambung ke jusco bukit tinggi. huish, besar betul jusco bukit tinggi ni. letih nak round!

sedang berjalan-jalan cuci mata, terdengar seorang lelaki terjerit2.. "80% sale untuk beg CA, satu jam- happy hour, mari-mari-mari". oh, beg? sedang me intai-intai, tiba2 bapa kata.. "amik lah tapi sorang satu je". oh, peluang ni walaupun me bukanlah "bag type", tapi free punya pasal. amik je lah, kan? bapa bayar :-)

hasil2 80% sale~




kalau korang tanya harga asal, hmm tak mungkin aii nak beli. maklumlah, jaga budget :-) tapi oleh kerana sale 80% dan yang paling penting bapa bayar, maka dengan senang hati, pilih-bayar-bawa balik :-)

p/s: bapa bayar rm105 untuk 3 beg ni, ok lah tu. kalau ikut harga asal rm200/bag. tak de maknanya kalau nak beli saja-saje. kui3~

2 comment:

cikgu isza said...

wahhh.. seronok tu.. abah dulu nak bagi ape2 mesti syaratnyer periksa no 1 2 3 atau result bagus..

nak satu leh? :)

asilahkassim said...

aah masa muda2 dulu kan

sakang ni bila dah ada duit sendiri

malu plak nak pow bapa macam2

hehe :-)

Powered by Blogger.