eh ini kurang enak didengar, ok?


sumber: KOSMO!

KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000
----------------------------------------------------------------------------------
oh, berita ini tidak enak untuk didengar! bukankah begitu? what say u? emm, pasti ada pro dan kontra sesuatu perkara berlaku. tapi mahal tuh! so, jangan langgar peraturan jalan raya! anda mampu mengubahnya~

5 comment:

Jue said...

tolong la... ktorg bknnye cop duit.. huhu..

izan salleh said...

pokai la macam ni...

asilahkassim said...

jue n izan: tau takpe..

Wan Faizal Shafi said...

baiknya->org2 jpj boleh la berangan nk dapat bonus lebih sikit hujung tahun ni..

baiknya lagi->mungkin org akan fikir dua kali nak langgar peraturan

buruknya->yg kayap makin kayap

buruknya lagi->ada kemungkinan semakin ramai org langgar peraturan...

asilahkassim said...

adoi faizal

pening-pening~

Powered by Blogger.