banyak perkara bermula dari satu langkah yang kecil (tapak kaki gergasi ). oh!

hari ini hari terakhir bulan april 10. cepat betul masa meninggalkan kita. oh! banyak perkara yang telah kita lalui dan terlepas jauh meninggalkan kita , ah, rencana hidup~ (hmm, kenapa intro begitu skema ini?)


entri kali ni me nak buat summary bulanan, tentang perkara-perkara pertama kali berlaku dalam hidup, sepanjang bernafas dibumi tuhan ni :-)

setelah bertahun-tahun menanam cita-cita untuk drive kereta sendiri, finally me berjaya own sebiji kereta malaysia, si comot putih (saga SE putih). oh, betul-betul dengan usaha sendiri hehe  :-) setakat ini, bapa masih sangat prihatin dan jaga si comot seperti bapa yang mengeluarkan ringgit malaysia. oh, tuan punya mestilah ambil kesempatan. hehe :-)  

me beli d40 dari seorang kawan photographer. basic camera yang sangat ringan dan mudah digunakan. setakat ni belum mahir pun guna. ini pastilah dslr pertama yang me ada, hopefully, one fine day me akan ada dslr yang lebih "power". hik3. well, capturing moment is always a good therapy~

join komuniti ni, biasalah macam-macam ada. tapi yang menariknya dengan warga 1983, banyak rakan sebaya yang kita jumpa. pertama kali gak dilantik jadi ajk untuk komuniti maya ni. haha :-) layan je lah

me dah kerja selama 5 tahun, tapi ni kali pertama me buat e-filing. huhu. nasib baik semua urusan jadi amat-amat mudah sebab online je. me dah  sedia ada file dengan lhdn, maka urusan jadi lebih senang dan cepat. oh, barulah feel seperti rakyat malaysia yang bagus. hehe :-) opss, lebih seronok kerana cukai yang dah dipotong secara berjadual boleh di refund semula. i like~

ini bukan cerita best sebab kena keluar duit. tapi kerana nak pakai kereta kena lah bayar. tapi pertama kali bayar duit kereta, feel dia lain macam sikit, sedih sebab expenses bulanan banyak kena cut. apa pun layan je lah. 

itu lah antara benda-benda kali pertama yang me lalui dalam hidup sepanjang bulan ni. ada lagi yang minor-minor, tapi pastilah tidak begitu mengujakan! harap2 ada banyak lagi perkara baru yang akan dipelajari pada masa akan datang~

end of this post. last untuk april 2010 :-)

0 comment:

Powered by Blogger.