banyak perkara bermula dari satu langkah yang kecil (tapak kaki gergasi ). oh!

hari ini hari terakhir bulan april 10. cepat betul masa meninggalkan kita. oh! banyak perkara yang telah kita lalui dan terlepas jauh meninggalkan kita , ah, rencana hidup~ (hmm, kenapa intro begitu skema ini?)


entri kali ni me nak buat summary bulanan, tentang perkara-perkara pertama kali berlaku dalam hidup, sepanjang bernafas dibumi tuhan ni :-)

setelah bertahun-tahun menanam cita-cita untuk drive kereta sendiri, finally me berjaya own sebiji kereta malaysia, si comot putih (saga SE putih). oh, betul-betul dengan usaha sendiri hehe  :-) setakat ini, bapa masih sangat prihatin dan jaga si comot seperti bapa yang mengeluarkan ringgit malaysia. oh, tuan punya mestilah ambil kesempatan. hehe :-)  

me beli d40 dari seorang kawan photographer. basic camera yang sangat ringan dan mudah digunakan. setakat ni belum mahir pun guna. ini pastilah dslr pertama yang me ada, hopefully, one fine day me akan ada dslr yang lebih "power". hik3. well, capturing moment is always a good therapy~

join komuniti ni, biasalah macam-macam ada. tapi yang menariknya dengan warga 1983, banyak rakan sebaya yang kita jumpa. pertama kali gak dilantik jadi ajk untuk komuniti maya ni. haha :-) layan je lah

me dah kerja selama 5 tahun, tapi ni kali pertama me buat e-filing. huhu. nasib baik semua urusan jadi amat-amat mudah sebab online je. me dah  sedia ada file dengan lhdn, maka urusan jadi lebih senang dan cepat. oh, barulah feel seperti rakyat malaysia yang bagus. hehe :-) opss, lebih seronok kerana cukai yang dah dipotong secara berjadual boleh di refund semula. i like~

ini bukan cerita best sebab kena keluar duit. tapi kerana nak pakai kereta kena lah bayar. tapi pertama kali bayar duit kereta, feel dia lain macam sikit, sedih sebab expenses bulanan banyak kena cut. apa pun layan je lah. 

itu lah antara benda-benda kali pertama yang me lalui dalam hidup sepanjang bulan ni. ada lagi yang minor-minor, tapi pastilah tidak begitu mengujakan! harap2 ada banyak lagi perkara baru yang akan dipelajari pada masa akan datang~

end of this post. last untuk april 2010 :-)

semuanya mudah dihujung jari. oh, e filing!

bila cerita pasal e-filing ni, iskh memang bunyinya kurang syok, sebab kena bayar cukai dan kena keluar duit, betul? tapi bila kesedaran dah sampai, dan mula mahu ambil tahu pasal cukai pendapatan, rasa bersalah pun ada kalau saja-saja nak buat tak tahu. oh!

sebenarnya bukan tak nak isi awal2 e-filing ni, tapi ada banyak halangan, antaranya:
a) tak cukup pengetahuan pasal cukai pendapatan or e-filing
b) tak ada kesedaran or rasa tak perlu, haha :-)
c) orang sekeliling pun tak bayar cukai pendapatan
d) takut kena bayar cukai ribu-ribu (padahal tak layak pun)
e) banyak cerita negatif pasal cukai pendapatan ni
f) urusan permohonan buka fail dan lain-lain merumitkan dan menyusahkan!

so itu adalah antara alasan-alasan yang menyebabkan urusan mahu isi e-filing asik tergendala. ah, tapi persepsi berubah sama sekali bila me cuba rajinkan diri untuk buat e-filing. itu pun terpengaruh dek rakan sekerja yang happy sebab boleh refund PCB yang dah dibayar dan tarikh tutup untuk e-filing pada 30/4/10.

boleh dikatakan urusan mendaftar untuk buka e-filing sangat2 mudah. hanya isi borang dan upload IC. selepas 2 hari boleh check status kita, sama ada dah ada file dengan LHDN atau tidak. me memang "bertuah" sebab tak tahu yang diri sendiri dah ada fail dengan LHDN sejak 2005 lagi, company lama yang registerkan. so, urusan menjadi lebih-lebih mudah. walaupun banyak kekeliruan masa isi borang e-BE, tapi semuanya berjaya di atasi :-)

maka, untuk kali pertama dalam hidup, me berjaya guna e-filing. hehe, dan yang lebih menggembirakan, me sebenarnya tak layak pun kena potong cukai. maka PCB yang dah dibayar sebelum ni akan di refund semula ke dalam akaun sendiri. ah, syok betul!


hah, korang dah buka e-filing tak? dah nak dateline ni. jangan mengelat, ok? hehe :-)

peringatan, sila bayar duit kereta mulai bulan ini. sekian!


oh, sudah hampir-hampir mahu sebulan si putih comot ni park bawah umah. dan bulan ni bulan pertama me kena pikir tentang bayar duit kereta. huh~ kena susun ketat2 budget mulai saat ini. sepanjang si putih comot ni ada, bapa yang tuang minyak. huhu~ lepas ni jangan harap lah :-)

skill memandu masih gagap-gagap manja, tapi setakat ke bagan tengkorak, yakin lepas. haha :-) tapi kelajuan masih ikut kelajuan amatur. kut had laju ye, kawan-kawan~

ok, pandu cermat jiwa selamat. hargai nyawa anda. jaga jarak anda. ingatlah orang yang tersayang. jika tidak anda, siapa lagi yang mampu mengubahnya?

happy hour - 1 jam untuk borong beg diskaun 80%

semalam hari shopping- bapa belanja. ah, indah-indah, rasa seperti kanak2 belasan tahun yang amik barang kat supermarket tanpa kira ringgit yang keluar. jangan tanya kenapa bapa begitu baik hati, mahu sponsor kami-kami berbelanja~

shopping kat giant, bersambung ke jusco bukit tinggi. huish, besar betul jusco bukit tinggi ni. letih nak round!

sedang berjalan-jalan cuci mata, terdengar seorang lelaki terjerit2.. "80% sale untuk beg CA, satu jam- happy hour, mari-mari-mari". oh, beg? sedang me intai-intai, tiba2 bapa kata.. "amik lah tapi sorang satu je". oh, peluang ni walaupun me bukanlah "bag type", tapi free punya pasal. amik je lah, kan? bapa bayar :-)

hasil2 80% sale~




kalau korang tanya harga asal, hmm tak mungkin aii nak beli. maklumlah, jaga budget :-) tapi oleh kerana sale 80% dan yang paling penting bapa bayar, maka dengan senang hati, pilih-bayar-bawa balik :-)

p/s: bapa bayar rm105 untuk 3 beg ni, ok lah tu. kalau ikut harga asal rm200/bag. tak de maknanya kalau nak beli saja-saje. kui3~

my dream destination

kalau orang lain nak melancong luar negara, oh me belum lagi sampai ke tahap tu. memandangkan budget pun ala-ala manja, not now. jadi my dream destination pastilah ada dalam malaysia sahaja. cuti-cuti malaysia.. :-) hmm, mahu pergi mana?? jom kita ke sabah. oh, sabah bah~


me mahu ke pulau sipadan, sabah. ah, panorama pulau sipadan di tengah lautan, air nya yang biru, hidupan laut yang warna-warni, bisa buat hati tergoda. oh! ada apa dengan pulau sipadan eh? seperti memanggil2 untuk ke sana! banyak dokumentari pasal pulau sipadan ni. semuanya indah-indah. seperti tidak tercemar sedikit pun! oh, sipadan mahu kah dikau menunggu kedatangan ku?

 

sebelum ni me dah banyak kali jejak kaki ke pulau2 dalam semenanjung seperti pulau redang dan pulau perhentian. memang tak dinafikan air laut kat dua2 pulau ni masih segar dan biru. kalau menyelam pun (oh, ayat seperti  pro pula) nampak ikan warna-warni, nampak juga kaki-kaki member yang menyelam sama. tapi seperti tidak puas. ye, mahu ke pulau sipadan. me mahu! (eh, ada sesiapa mahu sponsor?) hehehe~ tapi kena pandai menyelam atau skuba baru syok kalau nak pergi pulau sipadan kan? hmm.. camne ni? tak pandai skuba atau jalan2 dalam air. takde lesen pulak tu. huhu~

 

apa-pun hasrat untuk ke pulau sipadan sudah tertanam. tinggal mencari masa yang sesuai, budget yang mantap dan teman tapi mesra (eh?). jadi mulai sekarang, bolehlah bayangkan air laut yang biru, bayangkan angin sepoi2 bahasa dan jejaka-jejaka mat salih yang berjemur di pesisir pantai. oh, patut ke bayangkan shark yang ada bawah laut tu? hehehe~

siapa mahu join sila angkat tangan. eh, budget sendiri-sendiri ok. hehe :-) maklumlah bukan senang bah, mahu naik kapal terbang ke sabah. nak tunggu orang sponsor, ntah bila agaknya?

eh korang layan tak project alpha, bukan main syok lagi blogger2 kita ni cuti-cuti malaysia. bila pulak turn kita ni? anyway, enjoy video2 kat bawah ni ok? sementara tak dapat nak pergi terbang sekali dengan mereka, kita angan-angan dulu lah ye~ layan!





Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

oh siapa made in 1983, nak jumpa rakan sebaya seluruh malaysia?


attention untuk mereka yang lahir tahun 1983, jom join komuniti Warga 1983 @ facebook! mahu jumpa rakan sebaya? jangan malu-malu nak join, ok? oh, jangan risau, walaupun ramai yang dah kawin, ramai juga yang masih single. ah~

apa yang best sangat dengan mereka yang made in 1983? hmm, hanya mereka dan keluarga mereka je yang tau :-)

ok, kalau korang nak tau, batch 1983 ni, selalu jadi "batch eksperimen" terutama dalam kementerian pendidikan :-) kira ala-ala apprentice lah! antaranya:
a) masa time kitaorang upsr- diperkenalkan matematik upsr kertas 2
b) spm - sijil terbuka (dah tak ada pangkat2)
c) matrikulasi - mula dipendekkan kepada 1 thn 
d) zaman U - banyak course dipendekkan dari 4 tahun ke 3 tahun

lain-lain sejarah yang menarik 1983
a) proton ditubuhkan pada 7 mei 1983
b) akta makanan 1983
c) dan lain-lain

kalau orang yang lahir 80-an ni mesti sinonim dengan cerita ultraman, gaban, flashman. oh, tidak dilupa hikayat sang kancil dengan monyet~


ok, jadi mereka yang sebaya, mari join komuniti Warga 1983 @ facebook. kasi gempak, ok?

sepuluh cucuk sate, makan free, memang sedap!


oh, sedapnya makan free. hehe :-) terima kasih kepada tukang sponsor aka ayah untuk cucuk-cucuk sate. specially made in sekinchan. mahu cuba? bisa melenyapkan perasaan yang tidak enak hari ini. wah!

p/s: terasa mood "menghidupkan blog" sangat suram akhir-akhir ni. mungkin sebab tekanan kerja dan hal-hal yang banyak menggangu fikiran. ah. mahu kembalikan mood ceria :-)

surat biru atau kursus haccp?

susahnya bila kena buat pilihan, kenapa mesti hari yang sama. bosan!


ada kursus HACCP next week on 5th may 10. bagus kursus ni untuk kemajuan diri dan kerja. yang penting free company sponsor. hehe :-)

malangnya, tarikh kursus ni bertindih dengan hari surat biru. ah. dah cuba call untuk tukar tarikh. tapi tak dilayan dengan baik oleh pegawai bertugas. servis ntah apa-apa. tak ada courtesy lansung! fine mentang-mentang lah not your business, tak kan boleh tutup peluang orang begitu sahaja? benci dengan perangai orang yang tak faham apa itu "customer service". cit poorah!!!

terlambat, tapi mahu wish juga. selamat hari bumi!


selamat hari bumi
sudah berapa tahun ya?
berapa lama lagi akan bertahan?

bersama-sama kita menghargai bumi. sayangi bumi kita. jangan buang sampah merata-rata. guna recycle bag semasa shopping. jimat air. jimat elektrik. jimat itu-ini. ah~ selamat hari bumi :-) 22 april 2010!

oh, yang biru itu datang lagi. another call?

oh, petang usai balik kerja, me didatangi surat biru. oh, another call.. alhamdulillah :-) let's do the preparation and start asking kawan2 yang otai macam dayah (hehe, sori selalu kacau ko!)

hmm, where should start?


hopefully this round, will run smoothly. amin :-)

eh ini kurang enak didengar, ok?


sumber: KOSMO!

KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000
----------------------------------------------------------------------------------
oh, berita ini tidak enak untuk didengar! bukankah begitu? what say u? emm, pasti ada pro dan kontra sesuatu perkara berlaku. tapi mahal tuh! so, jangan langgar peraturan jalan raya! anda mampu mengubahnya~

shh, uncle is busy cooking!


boleh ke recognize uncle yang sedang memasak ni? hehe :-)

photography, membuatkan orang yang buta seni menjadi pencinta seni. dengan satu capture, pelbagai ekspresi dapat di luahkan. bagus untuk terapi jiwa kacau. ah~


ini adalah antara koleksi2 harta dengan label "kfc", oh-limited edition. hehe :-) semua benda ni me kumpul, masa zaman muda belia, waktu itu me masih berkhidmat bekerja dengan kfc-finger licking good~


korang ada? hehe~

kijing-lebih dekat, lebih yummy. ah!

nampaknya ramai yang belum kenal apa itu kijing. mari kita close up, si kijing~


kijing termasuk dalam kumpulan lala, mentarang, retak seribu dan lain-lain. ah, semua tak pernah dengar? hmm, jom datang sekinchan. hehe :-) walaupun ada sesetengah orang melabel, haiwan bercengkerang untuk orang tak berada atau bahasa kasar tidak standard, tak kisah lah ye. janji layan. rezeki tuhan, untuk dinikmati :-)

oh, rasanya memang sedap hingga menjilat jari. kredit kepada adik yang rajin memasak~


mahu cuba?

ada apa dengan kijing? lazat kah?

sepetang di bagan nakhoda omar, membuatkan diri seperti kembali ke alam kanak-kanak. ah mengorek pasir pantai demi mendapatkan "kijing". ah lazatnya, segar dari ladang pasir pantai~


betapa indah nya zaman semasa comot dulu-dulu. oh! tak sabar nak makan kijing goreng berlada, kamu mahu?

emak, happy birthday!


hari ini birthday emak. selamat hari lahir emak! semoga Allah panjangkan usia, dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik. amin~

saya prihatin, anda bagaimana?



bila dengar lagu ni, terasa begitu menyayat hati, ah. kenapa mereka mahu jadi begitu kejam, kenapa? tak kasihan kah pada bayi2 yang tak bersalah? "ya Allah, jauhkan diri, keluarga, kawan2 dari gejala tidak bermoral ini"

saya dan blog skk, menyokong kempen Kami Prihatin, anda bagaimana?

oh! kebayarobics bikin saya mahu dancing!

bila kerja membuatkan diri menjadi stress tahap infiniti, maka perlulah kita meregangkan otot2 supaya tidak terlalu kejang. ahaha~

sepetang discover aktiviti sihat melalu youtube. ah, cari video "macam mana mahu berpoco-poco", hmm, bukan main ligat lagi mereka di youtube ber poco-poco sehingga tak dapat nak catch up step dia. huhu~

maka, beralih arah kepada kebayarobics. ah, apa tu?


maklumat kebayarobics ada di disini. mahu tahu lebih lanjut lawati website mereka, ya?

apa-pun, me memang layan, akak2 n makcik2 ni berkebayarobics. wah, maintain ligat gitu :-) step nya nampak macam mudah, tapi bila dah laju, susah jugak nak catch up. hehehe :-) siapa kata kalau berkebaya tidak boleh bersenam. ah, no more excuse,ok?

teringin pula mahu belajar kebayarobics ni, ada tak sesiapa mahu ajar? hehe~ 

pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara!

 






mereka yang sangat comel, menjadikan capture-capture begitu indah. ye, sangat indah :-) kakak (eh, ke auntie?) doakan semoga kalian berjaya pada masa mendatang!

oh kahwin! mahu pakej fotografi yang menarik-tertarik?

ah, suka bila sebut hal kahwin. haha~ mahu bikin sensasi kawan-kawan :-) kalau ingat hal kahwin ni, automatik kena ingat gambar! jadi korang mesti perlukan photographer dan pakej fotografi yang mantap. betul?

oh, apa kata intai-intai pakej fotografi yang me mahu promosi kali ini?

(klik untuk tumbesaran)

photographer ini adalah my bff. me memang adore hasil kerja dia (oh, harap-harap beliau tak baca statement ini). masih ingat trip ke melaka untuk wedding shoot, itu hasil dari ajakan beliau, thanks again nani!

jadi seperti apa yang ada dalam poster, budget fotografi mesti ada supaya introduction kepada alam perkahwinan akan jadi sesuatu yang indah untuk dikenang. kalau boleh berhabis itu-ini, tak salah rasanya adakan budget khas untuk posing sakan masa hari kahwin. maka, jika kamu perlukan magic touch dan most memorable capture sila lah sms nombor yang tertera atau comment aje dipost ni. me akan assist korang untuk maklumat lanjut :-)

oh, capture yang indah, akan menjadi sebuah kisah klasik, untuk masa depan :-) mari lawati flickr haiyan creative untuk sentuhan magis beliau :-)

p/s: post ini untuk tatapan noi juga. hehe!

jatuh kenapa tidak mahu bangun dan berlari?


dalam hidup, banyak perkara yang kita susah2 merancang, tapi kerap kali jumpa jalan kegagalan. mereka yang bijak pandai pernah berkata, "kita mampu merancang, tapi DIA yang menentukan". benar kan?

hidup jadi begitu kelam-kabut sekarang, dari pelbagai sudut dan dimensi. jiwa kacau dan rasa begitu tertekan. bukan mudah menyedapkan hati perasaan orang lain. apa lagi nak sedapkan hati sendiri?

bila keadaan macam ni, semangat mula menjauh. yang ada cuma, buah fikiran berbaur negatif, rasa kecewa dan putus asa, begitu juga ceria yang semakin pudar. kadang2 rasa berlari jauh adalah perkara terbaik. tapi lari dari masalah bukankah serupa dengan pengecut?

hari ini diri sendiri terjatuh, tapi kenapa tidak mahu bangun dan berlari? 

I-city, malam bersama cahaya warna-warni!


pertama kali menjejakkan kaki ke i-city balik dari melaka for wedding photo shoot. oh, malam itu sangat penat dan kekenyangan, tak sempat nak explore seluruh i-city. kecewa. maybe next time bila ada masa. kawan2 selalu kata, oh i-city sangat meriah di waktu malam! need to admit, memang sangat cantik. sekeliling penuh dengan cahaya yang colourful!

note: the only capture at i-city yang menjadi. hehe :-) yang lain semua goyang dangdut. hehehe~

senja nan merah. oh!

senja itu, mengusik, mampu membuat diri tersedar, betapa khilafnya diri, sehingga lalai mensyukuri nikmat nya~



view: sunset at restoran nelayan, pelabuhan klang, selangor :-) capture with d40!

seperti jatuh cinta lagi :-)

fotografi, membuatkan perasaan teruja seperti jatuh cinta sekali lagi :-) thanks nani, untuk tunjuk-ajar dan bagi experience "melihat suatu wedding event dari mata seorang photographer". ah!




no strings attached!


oh, tiada strings maksudnya hidup tanpa tali dan wayar2. hmm, mari mula berfikir.. adakah hidup tanpa strings attached lebih membahagiakan?

a) hospital
oh tanpa wayar-wayar, nyawa pasti tiada. maka, wayar amat penting. bukan kah begitu? hmm, maka jangan sesekali biarkan doktor atau makcik pencuci cabut wayar2 yang berselirat pada pesakit, anda mampu mengubahnya!

b) telefon rumah
talian tetap membuatkan kita dengan rela hati memakai telefon dengan wayar. ah, tapi dengan kecanggihan teknologi terkini, telefon berwayar makin dilupakan, benar? rata-rata setiap orang ada telefon tanpa wayar a.k.a handphone. lebih mudah dan membahagiakan :-)


c) meja kerja aka meja komputer
ah, tak sanggup rasanya nak mengemas atau meleraikan wayar-wayar yang berselirat kat meja komputer. betul2 rasa macam nak kerat semua wayar2 yang menggangu mood kerja. iskh! alangkah bagusnya, kalau semua wayar2 ni boleh dilupuskan?


d) internet
bosan dengan dial up? atau dengan kabel2 yang semak-samun macam picture atas ni? jika kamu mahu berinternet tanpa risaukan keadaan sekeliling, marilah beralih kepada p1wimax. guarantee, no strings attached! semuanya ditanggung beres, boleh berinternet dengan aman damai, tanpa kompromi~


oh, maka hidup tanpa wayar adalah sesuatu perkara yang menggembirakan. huhu.. lebih indah jika sambungan internet tanpa wayar dapat di aplikasi di semua tempat :-) mudah juga untuk tonton top blogger untuk project alpha season2!

last but not least! Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 an MAS~

weekday stressful, weekend bombastic!

hari-hari bekerja minggu ini, sangat menjengkelkan. ah! audit sehingga ke hujung minggu. ditambah dengan sikap mereka-mereka yang tidak supportive. hmm, mahu jalan keluar yang lurus. oh!

tapi, weekend ini sangat best! pertama kali join nani cik photog dan is untuk cover wedding event, kali nie di lubok china, melaka. memang penat dan lenguh sendi2 tapi untuk sebuah pengalaman, apa-apa pun, layan~

thanks isfarizan aka is sebab drive pergi balik dari shah alam ke melaka. hehe, dah lah kamu drive kereta manual, banyak lak jem yang kena harung. hehe :-) lain kali boleh drive lagi~

oh, d40 yang ditunggu2 dah berada dalam tangan, thanks nani bagi super diskaun. merasa gak nak pegang dslr, siap bagi tunjuk ajar lagi. huhu~ oh! nani adalah kawan merangkap main photographer untuk wedding event kat melaka. is pula jadi assistant photographer. me jadi tukang sibuk sebab baru nak belajar, nak pegang camera pun terkial2 dan confius bila ingat iso, aperture and shutter. dush!

pstt ini iklan~ jika mahu khidmat nani@haiyancreative sebagai cik photographer untuk cover wedding/ engagement/ cukur jambul/ atau apa sahaja event yang memerlukan khidmat photographer, sila comment di post ini, me akan direct soalan korang kepada nani. mahu lihat sentuhan beliau, lawati flickr.haiyancreative! 

ok, harapan diri sendiri untuk week yang mendatang, semoga semua  kekusutan dan suasana kelam kabut akan dilalui dengan tenang dan aman bahagia :-) ah! 

selamat jalan, week yang separuh sengal dan separuh membahagiakan!

oh 345kg? jawapan daku tersasar sedikit, kamu?


seperti yang korang sedia maklum pada 3 april 2010 lepas,  pengiraan berat karektor mister potato+guni kentang telah berlansung. ah, dah tahu jawapannya? hmm, jika korang teka dengan tepat 345kg, bolehlah bertepuk tangan sekarang, tahniah, korang telah hampir kepada jongkong emas. tapi kepada sesiapa yang kiraan telah tersasar, walaupun sedikit (seperti diri sendiri) jangan kecewa, lain masa cuba lagi. hehe :-)

i'm officially a driver for my own car. haha :-)

finally.. setelah bertahun2, dapat juga title driver kepada kereta sendiri. azam first quarter 2010 tercapai dengan jayanya. tahniah kepada diri sendiri~

walaupun ramai orang berkira-kira mahu drive kereta luar negara, me mahu drive kereta malaysia. kenapa? tepuk dada tanya duit poket lah. hehe :-) kereta yang menjadi pilihan kalbu, saga se white. ah! 


kenapa putih? kan senang kotor? hmm, kalau korang nak tau saga se ni ada 2 variant colour iaitu: merah atau putih. oleh kerana merah warna bomba garang, maka me tidak terdorong untuk pilih si merah (plus harga dia up rm500) maka putih lah pilihan muktamad. tanpa kompromi~

perasaan kali pertama drive kereta sendiri, lebih kepada menggelabah, tak tentu hala, haruslah ye, kerana kali terakhir pegang stereng pun masa amik test jpj. bertuah ada instructor ayah yang sudi ajar. haha :-) harap2 beliau bersabar dengan perasaan gementar ini. 

p/s: amik keta 040410 at kuala selangor, waktu post ini ditulis, pula ibu bapa sedang melaram dengan kereta baru. what to say?

need a new environment, desperately!

bila sebut pasal new environment, apa yang korang akan fikir? adakah korang bercita- cita mahu....

(a) pindah rumah/ tempat tinggal


(b) tukar kerja


(c) tukar kereta

me? oh, i'm desperately need new working environment. lalalala :-) not to say workplace are terrible but me betul2 mahu lari! bukan lari dari tekanan kerja, tapi mahu lari dari orang2 yang tak kenal perkataan "timbang rasa" atau "toleransi". kadang2 orang ni tak pandai mentafsir. bila kita jadi baik (atau berpura-pura baik) senang2 je orang pijak kepala kita, macam kita ni tak ada perasaan, masalah, tekanan dan lain-lain. apakah hanya orang tertentu dalam dunia ni yang boleh ada perasaan negatif, masalah dan tekanan? haish.. benci dengan golongan ini, mulut baik, hati keji. ah!

mulakan berdoa supaya ada sinar menanti dihadapan, jika orang tak pandai nak hargai kewujudan kita dan selalu memperkotak-katik kerja kita, kenapa mesti mahu lama menunggu? baiklah, langkah akan diteruskan, saat itu pasti akan tiba. oh!
Powered by Blogger.