teknologi makanan tanpa sempadan

tajuk post seperti mahu membuat kuliah teknologi makanan yang sarat dengan bahasa yang rumit dan ntah apa-apa. hmm, jika kamu adalah student sains makanan atau teknologi makanan dimana-mana institusi pengajian tinggi, kamu mungkin akan faham apa yang me akan bebelkan dalam post ini. jika kamu tidak termasuk dalam kategori ini, kamu mungkin akan blur, tapi membaca kan menambah ilmu? sharing is always caring, kawan!

teknologi makanan tanpa sempadan. seperti mana handphone mengalami transformasi, begitu juga dengan teknologi makanan. hari ini me mahu share tentang transformasi yang mungkin akan berlaku pada masa depan (eh, ke dah berlaku? haha)

pernahkah korang shopping ayam segar di pasaraya besar seperti Tesco, Giant, Jusco and etc? pernah? bagus? jenama apa pilihan korang dan kenapa? oh, macam nak buat survey terbuka pula :-)

kritirea pemilihan ayam segar meliputi pelbagai aspek termasuklah packaging, rupa ayam, bau dan jumlah excess liquid yang ada dalam pembungkusan. betulkah? jika menyebut tentang "kualiti", setiap orang master bab ni. huhu~

masalah yang selalu timbul pada ayam segar dalam pek ialah excess liquid  (lebihan cecair)! macam mana nak selesaikan? hmm, teknologi makanan telah mengsyorkan penggunaan absorber kepada ayam dalam pek!


bagaimana absorber berfungsi? pelekat yang rupanya seperti "kinohimitsu" ini memainkan peranan sebagai penyerap excess liquid pada ayam dalam pek. absorber akan membebaskan CO2, yang mana proses ini akan melambatkan pertumbuhan bakteria dan memanjangkan jangka hayat ayam segar dalam pek.

however, teori ini masih dalam experiment, dan belum dapat dibuktikan sepenuhnya. me akan update result experiment in next-next post, itupun kalau ada sesiapa yang berminat ingin tahu~

tapi me ada soalan yang berlegar2 dalam kepala. sekiranya manufacturer, meningkatkan inovasi kepada produk, contohnya dengan penambahan absorber kepada ayam segar, adakah pengguna (seperti korang) akan lebih alert dan beli, atau korang akan bersikap tak ambil tahu dan cari produk yang murah je? boleh jawab?

p/s: post panjang lebar. huhu

4 comment:

jaya jr said...

bela aya msendiri suda..haha

Arra JaSmY said...

jarang beli ayam dalam pek.Sbb macam was2 jer.Ntah dah berapa bulan ayam tuh duk kat dalam tuh.bek cari yg fresh baru laps smbelih.:)

yantie said...

teknologi memang membantu..tapi kalau kat malaysia ni masih mudah lagi nak cari ayam segar..pasar borong pun banyak..;p tapi tu satu alternatif yg bagus jugak..ade pembeli yang suka membeli barang basah dan kering dalam satu tmpt spt tesco, giant, c4..ini pengguna sasaran..

asilahkassim said...

ayam segar dalam pek mempunyai jangka hayat yang panjang sekurang2 nya 5-6 hari. kualiti ayam segar konsisten selagi ayam ni dikawal pada suhu serendah 4 deg C

yup, berhati2 beli ayam di pasar ye. seboleh2 nya pasrikan sepasang mata kita sendiri yang tengok proses sembelihan. kalau tak mungkin meragukan

nak lebih segar, bela ayam sendiri, sembelih sendiri. hehe

Powered by Blogger.