seni fotografi... eh, exploitasi juga ni!

 
gambar ihsan pakcik google
 

SYDNEY - Seramai 5,200 orang terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel pada waktu pagi yang sejuk pada sesi rakaman gambar beramai-ramai di Sydney Opera House di sini semalam.

Peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bentuk badan dan saiz itu berkumpul di tangga bangunan tersebut menjelang subuh. Gambar mereka dirakamkan jurugambar terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Spencer Tunick. Tunick kemudiannya mengarahkan mereka untuk mengangkat tangan, berbaring dan berpelukan. Tunick terkenal kerana minatnya merakamkan gambar bogel secara beramai-ramai untuk tujuan seni.

"Saya ingat hanya orang tua dan golongan yang suka berbogel sahaja yang datang tetapi semua orang berada di sini," kata seorang pelajar berusia 19 tahun, Art Rush yang turut berbogel. - AFP

****************************************************************
eh siapa pula jurugambar terkenal Spenser Tunick ni? ada konsep pulak tu! merakam gambar bogel untuk tujuan seni. yek?! ada gak orang macam ni. huh~ dan yang peliknya ada orang ramai yang support aktiviti seni ini. harap2 photographer kat malaysia ni tak ada konsep pelik2 ni.. 


p/s: sila lihat sekali imbas je. huhu~ tak faham kenapa orang secara rela menyokong aktiviti yang macam tak siuman, eh yang pelik ni. dah akhir zaman ni. iskh2~

6 comment:

cikgu isza said...

manusia yang si katakan semakin bertamadun rupa-rupanya semakin mundur :(

permataputih said...

uish..tinggi seni dye 2..
x bole cmpare ngn org kt malaysia ne..

asilahkassim said...

isza: betul tu.

permataputih: tinggi lah sgt. muntah hijau tgk picture2 "seni" tu

ariyon176 said...

errkkk...seni lucah...berpasir ler mata nih...

asilahkassim said...

hahaha
pasir pun pasir lah

fazz said...

ishkk..gile betul!
seriyes dah akhir zaman. takut la ye..

Powered by Blogger.