kalau nak belajar matematik, jom main game!

dah lama me nak post tentang tuisyen class and update student progress. closing of this week, me dah ada 13 kali class with student. hmm, tuisyen is something interesting business that people should explore. tapi kena ada sabar dan minat. people can make money with tuisyen, tapi kena serius lah~

oleh kerana, student yang me ajar adalah anak kawan ditempat kerja, hari2 me tanya kepada mak nya.. "kak, ada notice tak perubahan pada anak since pergi tuisyen class ni?" maklumlah, sebagai in-experience cikgu tuisyen, bagus jugak untuk dapat feedback, sekurang2 nya takde lah syok sendiri, kan? alhamdulillah, feedback positive. maklumlah matematik bukan favourite subjek kebanyakan orang, untuk jadikan student suka pada matematik bukan perkara yang mudah, walaupun hanya kira-kira matematik sekolah rendah!

hmm, student progress. secara kasarnya, student ada minat pada matematik, cuma susah nak catch up, lagi2 bila nak suruh hafal sifir and buat operasi bahagi/darab. macam2 alasan dia bagi. kadang2 pening jugak dibuatnya! dalam kelas ke 9, student ada bagitau mak dia.. "sebenarnya ibu, dah tak larat lagi belajar matematik, macam dah penuh je otak ni" haha, sabar je lah. dalam week tu, memang me tekan student untuk hafal sifir. siap beli buku 555, salinkan sifir and suruh dia hafal hari2! kesian, hehe :-)

interesting part ialah, me belajar sesuatu, iaitu style mengajar perlu bertukar. me jalan2 di blog cikgu isza dan jumpa satu cara yang menarik iaitu "game". starting from class 10 ke 13, me mengajar berselang seli dengan bagi student main game. eh, ini bukan game suka2 tau, game ni berunsur matematik, memang best. me pun layan gak game ni. apa yang menariknya, minat student kepada matematik meningkat dan dia siap request nak pergi class hari2 dari maknya. haha~ well, kanak2 dan game mana boleh dipisahkan?

hmm, kalau korang ada adik2 yang baru nak kenal operasi matematik dan belajar tentang matematik, ajarlah diaorang main game matematik ni. memang menarik dan berkesan~

learning is always fun, and mathematics is super-duper fun! 





ok, selamat belajar dan bermain game!

3 comment:

cikgu isza said...

salam,
memang ada kebaikannya di situ. Kalau nak-anak sendiri punkan, dr mengadap game yang x tah ape2.. suruh deme main game ni.. dapat ilmu gak. Semoga kita berjaya mendidik anak-anak didik kita untuk cemerlang matematik.

:)

syarifah radiah ibrahim said...

math yang best gilaa~~
;)

asilahkassim said...

betul tu cikgu isza

syarufah, yup besta

Powered by Blogger.