hah, kan dah di haramkan!

kepada semua pengguna, berhati2 lah..

 

sumber berita: KOSMO! MAIS haramkan logo halal swasta

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam membuat keputusan mengharamkan penggunaan sijil halal keluaran enam buah syarikat swasta di negeri ini berkuat kuasa serta-merta. Kesemua syarikat itu yang selama ini mengeluarkan sijil halal kepada kira-kira 100 pengusaha restoran dan makanan di negeri ini dilarang menerima permohonan baru untuk mendapatkan sijil tersebut. 

Keenam-enam syarikat terbabit ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, bagi pengusaha premis pula, mereka diarahkan supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit sebaliknya perlu segera membuat permohonan semula dengan pihaknya atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

Katanya, tindakan tegas itu diambil ekoran terdapat pelbagai logo halal keluaran syarikat swasta yang tidak diiktiraf telah dikesan berada di pasaran menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat Islam

****************************************************************
akhirnya ada tindakan dari pihak berkuasa. ini semua untuk mengelakkan kekeliruan timbul dikalangan pengguna juga. hmm, selepas ni pengguna kena lebih berhati2 dan alert, perhatikan logo halal yang betul barulah proceed untuk makan, beli makanan atau menggunakan produk yang menggunakan perlabelan halal!

8 comment:

cikgu isza said...

akhirnya... lega mendengar berita sebegini...

rossoneri said...

betul, sangat mengelirukan..

redplasticbag said...

mudah la sikit lepas ni

asilahkassim said...

betul tu lepas ni tengok label halal yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN baru boleh beli/makan

Mr.Z said...

ok la tu, lepas ni x la keliru kan.. :)

asilahkassim said...

ye mr z

manusia biasa said...

bagus

asilahkassim said...

bagus jugak

Powered by Blogger.