mahu cybershot percuma, sila tulis karangan!


siapa mahu cybershot TX7, secara percuma, sila lah rajinkan diri menulis karangan dengan jumlah perkataan tidak boleh kurang dari 300. oh, senang sahaja kan. tapi ini contest seluruh asia, kalau bertuah dapat lah sebijik kamera yang nampaknya sungguh hebat bergaya. kalau tak bertuah, anggap sahajalah, practice menulis karangan in english. huhu~


lihat nampak bergaya dan comel kan kamera ini. oh, idaman! (jika diberi percuma), hehe :-)

contest ini berlansung dari 15/2/2010 hingga 15/4/2010. masih bersisa beberapa hari untuk hantar entri. tak salah jika mencuba, oh! risaukan english yang tunggang terbalik? hentam sajalah, yang penting cuba :-) maklumat hadiah serta term and conditions ada disini, sila baca kalau rajin!


itu entri diri sendiri. capture malam yang gelap. haha :-) baca lebih banyak entri disini. jangan gusar tentang ayat yang berterabur atau cerita yang tak menarik, biarlah judge yang tentukan. jangan lupa cuba, ok?


abaikan muka yang berminyak+tidak segar itu.  cerita mencandat sotong tahun lepas. syoknya moment itu, walaupun, sotong yang dapat dicandat kecik je. haha. tapi sangat happy, sebab takde orang lain yang berjaya candat sotong malam itu :-)  mengidam mahu kembali ke perairan Pulau Perhentian, bila lah agaknya ye?

sebagai manusia, aku sayang padamu- sunan

siapa baca "tetralogi" Bagaikan Puteri by Ramlee Awang Murshid, mesti ayat ini tidak asing lagi "sebagai manusia, aku sayang padamu". Sunan, watak ciptaan RAM, yang betul2 membuat ramai orang terkesan, termasuklah kawan2 terdekat. ah, kalaulah Sunan ada, mesti menjadi rebutan. huhu~


hari ni, me dah mulakan pembacaan cinta sufi. diramalkan akan habis menjelang malam ni. hehe :-) trimas kepada anis kerana sudi belikan cinta sufi di pesta buku tempoh hari. siap autograph lagi~


nampak nya kehidupan dah kembali ke normal. ah, masa untuk aktifkan kembali blog ini. yeay!

pemakanan vs makanan, mana pilihan kalbu?

rasanya ramai yang kat luar sana berada dalam bidang makanan. betul? tak kiralah kedai makan, restoran, kilang makanan dan mereka yang bekerja di sektor awam atau swasta. bidang makanan menjanjikan peluang kerjaya yang banyak dan konsisten sepanjang masa. jika kamu masih belajar dan masih samar2 tentang course apa yang patut diambil apabila nak melanjutkan pelajaran, pilihlah bidang makanan. mesti tidak akan menyesal. huhu~


p/s: sedang berdebar. mahu menerokai peluang baru. jika ada harapan, berjaya, jika tidak, cuba lagi. caiyok!

sedang ingin berdebar!

nervous. bimbang. saspens. haish, semua benda jadi tak kena! oh, hari itu makin hampir. dup-dap..

harap2 semua akan berjalan dengan lancar, lidah tidak kelu, dan jantung tidak berdegup dengan kadar yang luar biasa~

nota kepada diri sendiri: caiyok! 

tinggal beberapa hari lagi, sudah sms penyertaan?

nampaknya contest mister potato mahu bagi jongkong emas, sudah mahu melabuhkan tirainya. kamu sudah sms penyertaan? jika belum, sila submit walaupun satu. yup, tuah ayam nampak dikaki, tuah kamu siapa yang tahu?


memang saspen nak tahu keputusan. ramai yang sertai, peluang untuk menang juga agak tipis? takpe, rezeki masing2 kan? hmm, tapi apa yang lebih penting, me nak tahu, adakah jawapan yang di sms betul? matematik oh matematik!


dan rasanya ramai yang perasan dengan iklan ini. lihat, ada official weighing ceremony karektor mister potato & geng di Tropicana City Mall Concourse (somewhere kat damansara, maybe?) pada 3 april 2010. harap2 mereka ni tak tambah berat badan, huhu~ kalau tak salah kiraan kita. hehe :-)

ok, kalau kamu dah hantar entri, walaupun satu, mula berdoa sekarang, mana tahu jongkong emas akan jadi milik kamu? good luck, everyone!! 

ini rezeki namanya.. syukran!

korang perasan tak, bulan ini banyak advertiser yang aktif kan? maka blog kita-kita pun meriah dengan buffer earning. ini rezeki namanya. syukran!

tapi me agak busy lately, yup sekurang2 nya sehingga hari rabu depan.. perlukan konsentrasi untuk hari penting. apapun terima kasih gengblogger+nuffnang+advertiser! selalu buat daku tersenyum :-)

the capsicum project, oh lazatnya!

idea ini bermula apabila ada banyak limpahan mozarella cheese- free of charge. so, it's pizza time. yeay!

 the capsicum

aksesori

timbunan mozarella cheese

untuk dimakan, bukan untuk dilihat

resepi ini adalah dari blog mat gebu-dapur tanpa sempadan. sila cuba :-)

opss.. the capsicum project, mahu join?


apa yang lebih menyeronokkan apabila peti sejuk di dapur (bukan nama sebenar) dilimpahi mozarella cheese? ah, percuma saja kamu supplier cheese, memeriahkan hidup kami yang gebu dan super gebu dengan mozarella cheese. banyak resepi lazat melintasi minda dan membuatkan perut mahu bernyanyi2. oh, lazatnya!

esok akan ada "project capsicum..", mahu tahu apa? sila tunggu hari esok.. semua nya kena dapat green light dari perancang utama.. ah, kena tunggu line clear, itu sudah pasti!

oh, mozarella cheese, buat daku tersenyum!

p/s: sila nantikan post esok. yup, update "the capsicum project"

rm20 untuk saya? terima kasih ye :-)

yeay. hari petang yang buat diri sendiri mahu tersenyum lebar :-) oh, me antara 100 terawal yang submit entri project alpha- instant cash blogging untuk tajuk my favourite surfing spot. dapat rm20, kamu jangan jealous, ok?


lihat dapat earning untuk advertorial job, first time! anyway, thanks nuffnang and project alpha.. really make my day :-) 

tapi me agak confius, kenapa page gengblogger tak dapat ditembusi? haish, ada masalah ke? hmm..~

p/s: me akan sibuk beberapa hari hingga hari "itu". doakan me suksess dan tak cakap mengarut2. haha :-)

satu piramid, banyak makanan?


otak sudah tepu. ah, dah lama meninggalkan "nutrition", macam dah beku ilmu nutrition dalam kepala ni. haish~ada sesiapa yang familiar dengan piramid makanan ke? sila beri tunjuk ajar :-)

oh, award... beautiful blogger? layan aje lah!


trimas cik adik fatin a.k.a tynfatyn untuk award ini. hehe :-) penghargaan istimewa untuk blog ni. yeay!

yeay! rm50 pertama untuk belanja diri sendiri

walaupun sedih kerana tak tepilih untuk ke event ini,


tapi masih boleh tersenyum. yeay, dah boleh cash out earning nuffnang kali pertama. gembira, hehe :-)


mari belanja diri sendiri~ trimas nuffnang dan geng blogger!

i'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair!


oh, ada hari untuk bercanda, mungkin juga hari untuk mencari calon suami bergembira sakan, hehe :-) peluang yang tidak patut dilepaskan, betul tak? 

rasanya semua orang dah sedia maklum dengan event ini - GATSBY Deodorant Street Fair, jadi marilah kita membuat blind date temu janji untuk berjumpa disana, kamu mahu?



hari temu janji (jangan lupa bawa ic) : 17th April 2010
masa untuk bercanda : 10am till 5pm (7 jam sahaja)
tempat janji temu : Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

oh, ada apa yang menarik di GATSBY Deodorant Street Fair? hmm, pastilah ada lucky draws dan cool2 gadjet yang bernilai lebih dari rm15,000 untuk dimiliki. wow! tunggu apa lagi, jangan lupa datang lenggang-kankung dan pulang dengan gadjet2 cool ini. eh, itu pun kalau kamu bertuah lah, hehe :-)

banyak lagi games yang fun dan exciting pada hari itu! jika mahu cuci mata secara berlebihan, mari melihat mereka sumo wrestling dalam air bag suit (wonder macam mana rupanya?) dan gladiator battle. oh, ada banyak lagi games yang membuatkan adrenalin merembes dengan jayanya, imagine fun-fair, mesti korang tak sabar2 nak join event ini. yeay, pasti syok habis!

jangan lupa janji temu kita di GATSBY Deodarant Street Fair, ok? jumpa disana :-) dapatkan maklumat lanjut mengenai event di sini www.gatsby.com.my/streetfair 


p/s: mahu pakai baju colour apa ye?

mereka student yang teruja dengan lawatan sambil belajar?


tempat kerja begitu meriah dengan kedatangan mereka, student veterinar upm :-) terima kasih datang ye, hope semua satisfied dengan agenda visitation. next week will be another batch to come, haha.. dah macam cikgu dah ni!

p/s: sesiapa yang ada dalam gambar, jangan lupa comment. kalau ada lah. hehe :-)

mahu tidur lena tanpa gangguan?


bagusnya kalau dapat tidur tanpa gangguan. bila bangun tidur rasa fresh and ready untuk aktiviti seterusnya. hmm, how do you people get a quality sleep?

tidur penting untuk penjagaan kesihatan mental dan fizikal. tapi kadang2, masa amat mencemburui kita. ah, nak tidur pun tak senang, ada je gangguan. ini belum termasuk perkara-perkara yang berlegar dalam kepala bila nak tidur. oh! patutlah ada ramai yang kena insomnia kan?

mahu maklumat insomnia baca disini (wikipedia). hmm, rupanya ada banyak kategori insomnia iaitu transient, acute dan chronic. dari berhari2 tak tidur sampai bertahun2 tak tidur? aii, rugi betul..

macam mana nak dapat quality sleep? diri sendiri pun tak ada petua nak share. hari2 pun tidur lena, tapi bila sampai masa bangun, haish.. terasa begitu malas kecewa sebab dah habis time untuk tidur, lagi2 bila hari kerja. haha :-)

time me tulis post ni, ada satu iklan kat tv. iklan susu magnolia. oh, susu untuk mengurangkan stress masa tidur? perisa coklat ada tak ada ke? hehe :-) emm, ini mungkin salah satu cara untuk mendapatkan quality sleep. sila cuba~


"Magnolia ‘Good Night’ & ‘Good Morning’ Milk is perfect to wind down and kick start your day"

tulen ke bang..?


oh! fenomena lagu ni tak berakhir-akhir ke? haish, macam2 ada ek? ni tulen ke tak? siapa nak jawab?? kredit ialah, movement mereka sangat smooth dan cantik, berapa hari lah training ye? rasanya diri sendiri pun tak mampu nak  dance camni. emm, kayu dibuatnya!

p/s: eh, orang yang sama kan?

tolak 1, tambah 2, oh kegembiraan berganda-ganda :-) eh, apa tu?

nuffnang bayar gaji hari ni.. dan tolak satu buffered earning dari senarai 5. huhu~ oh, tapi hati tidak kecewa, kerana nuffnang tambah lagi 2 buffered earning. haish, seronok nya :-)


ok, mari share sedikit tips sihat. hmm, apabila korang usha account buffered earning kat nuffnang page, tengok betul2 jenis iklan yang korang ada. contohnya macam buffered earning dalam picture kat atas semuanya merujuk kepada iklan di LB (yang dibulatkan). LB bermaksud leaderboard, maknanya  iklan2 yang dalam senarai buffered earning ni hanya kan di paparkan pada leaderboard sahaja. maka kena pastikan, blog kita ada ruang iklan di leaderboard, baru "masyuk". hehe :-)

maka, tinggal beberapa rm untuk zon cash out yang pertama, inipun setelah berbulan2 usaha (iye ke?) berdebar2 rasanya.. haha :-)

 
tapi kegembiraan menjadi lebih berganda dengan kedatangan surat ini. dup-dap :-) ah, kena berusaha ni. chaiyok!


p/s: dayah, please help me.. daku perlukan sumber inspirasi. huhu :-)

eh siapa kata saya tidak suka dia?


siapa pembaca tegar novel karya Ramlee Awang Murshid aka RAM (publish by Alaf 21), mari kita "geng". oh, kamu juga boleh sertai mereka yang  tegar kuasa dua disini :-)

sempena dengan kehadiran almari novel dan PBAKL, perasaan menjadi lebih teruja. maklumlah, me telah berjanji dengan kawan untuk terjah PBAKL-10, hari jumaat depan. ah, so long tak pijak kaki di PWTC, kali terakhir pastilah pesta buku 09!

ulat buku? tidak lah. kalau me terjah pesta buku dalam tahun apa pun, booth pertama yang me cari ialah alaf 21. oh, sangat rambang mata tengok novel2 terbaru yang belum ada dalam simpanan. kalau bukan sebab budget, habis borong sakan. eh, korang tahukan, kalau kita beli buku time2 camni, dapat diskaun 20% to 30%. so, apa tunggu lagi?

part yang paling best bila RAM publish buku baru. last year, Mikhail, tahun ni Cinta Sufi. oiit, beratur lah orang nak beli karya RAM yang terbaru. lebih syok kalau RAM ada boleh mintak autograph. haish, teruja!

 

jangan lupa ye kawan2, mari kita meramaikan pesta buku@PBAKL-10!!

beri seminit dua, untuk perasan popular. tq

ok beri masa seminit untuk popular. ah, pertama kali ada disitu. cit~ apapun trimas ya kamu-kamu yang best :-) teruskan mendukung antara satu sama lain (eh, jika berat tak berlebihan. hehe)

eh bukan satu tapi lima. wah!

terima kasih daun keladi kawan-kawan, sila lah meriahkan blog ini selalu :-)


p/s: yeay, dapat 3 lagi buffered earning hari ni :-) hmm, me sedang menghitung hari untuk melepasi zon cashout pertama. dup-dap~

my favourite surfing spot :-)


hari-hari mesti mahu. mahu apa? oh, suring internet lah. kalau terputus hubungan dengan internet, walaupun sehari mahu blur sekejap, kan? eh, takpe broadband p1 wimax kan ada. no worries!

hmm, cerita pasal surfing internet ni, me nak tanya, korang ada favourite surfing spot? me? ada, jeng- jeng~


tadaa.. ini lah dia favourite surfing spot yang lengkap dengan secawan milo untuk jadi sihat dan kuat. tempat untuk melayari internet dengan gembira dan tanpa gangguan. hehe :-)

kenapa perlu ada tempat favourite untuk melayari internet? oh, pastilah untuk mendapat "feel", barulah ada mood untuk update blog, update status diri sendiri dan kawan-kawan di facebook, bergosip sakan dengan yahoo messanger,  check e-mail, blogwalking, intai-intai update terbaru project alpha season 2 dan paling masyuk buat rm dengan nuffnang. ah, sangat gembira :-) sebab itu lah kita perlu favourite spot untuk melayari internet!

korang pulak macam mana? kadang-kadang memang kita perlukan privasi masa surf internet sebab itulah kita perlukan favourite spot. eh, bukan nak intai page yang tak sihat ok? bila ada privasi, barulah enjoy masa melayari internet :-) kalau nak layan movie online atau nak update post jiwa-jiwa kat blog, keadaan aman damai, tanpa gangguan amat diperlukan. hmm?

selain dari room sweet room, tempat favourite lain yang best untuk surf internet ialah di kfc-finger's lickin good. hmm, free wi-fi, sambil makan ayam original dan cheezy wedges, melayari internet pasti jadi lebih menyelerakan. nyum-nyum~ jangan risau tak kena bayar, cuma kena kenyit mata kat cashier dan manager je. hehe..

korang tahu kan, melayari internet akan lebih syok kalau line internet tidak tersangkut2, betul? ramai kawan2 yang dah cuba p1 wimax. kamu? 


ok, have fun during surfing.. last but not least~

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS!

premix muffin project

tak berjalan2 lagi project pre-mix muffin ni. haish~ hari ni me mahu note disini, supaya ada progress dimasa akan datang (warning diri sendiri :-) iye2 je sudah jatuh cinta dengan muffin?


seperti biasa resepi rujukan boleh di dapati di blog nanee hamid and mat gebu. anyone, kalau ada resepi muffin yang lembut, gebu dan lazat sila share. please,please,please....

tugasan week 1: mengumpul dan membuat kompilasi resepi2 muffin yang gebu, lembut dan lazat. dateline sabtu 20/03/2010.chaiyok!

p/s: harap2 projek ini berjalan dengan suksess! 

eh simbol matematik pun ada celebration day?

jari-jemari terasa gatal untuk klik gambar ni bila me buka google page:
dan apa yang menariknya, hari ini 14 March disambut sebagai "Pi Day". korang tau? me tak pernah tahu. hehe :-)

simbol matematik pun diraikan secara khas. wah! "pi" digunakan dalam banyak operasi untuk kira isipadu bulatan, silinder dan etc. masih ingat simbol nya?


nak tahu lebih lanjut tentang "Pi Day" baca kat wikipedia ni~

p/s: mereka ini rajin menghurai tentang "pi day" - cikgu isza semekar kasih and pejuang kesenian extreme~

Pesta Buku Antarabangsa 2010, just around the corner!


yeay! me dapat sebijik almari novel. huhu~ trimas kepada emak dan ayah yang sudi membuat sumbangan ini. akhirnya novel yang berlonggok2 dapat disusun dengan jayanya. ah, kamu jangan jealous,ok?memandangkan pesta buku just around the corner, memang cantik sekali dengan kehadiran almari novel ni~

anyone dah plan nak berborong di pesta buku nanti? bagus2, selamat berborong ok. tahun ni, me akan berborong secara sederhana kerana budget dah disempitkan, kui3, ada sesuatu yang lebih penting perlu dilakukan. argh! takpe selain dari pesta buku, masih ada jualan lansung dari alaf 21, maka tidak perlu risau :-)

tapi novel mesti beli adalah karya RAM iaitu cinta sufi yang katanya akan direlease masa pesta buku nanti. bertuah betul RAM, setiap kali pesta buku, mesti ada novel baru RAM yang publish, last year Mikhail, masih ingat tak?

ok, guys.. have fun semasa pesta buku nanti~

Event: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010
Date: 19 - 28 Mac 2010
Time: Isnin hingga Khamis 10am to 8pm / Jumaat hingga Ahad 10am to 9pm
Venue: PWTC, Kuala Lumpur

Public Transport: stesen komuter Putra/ stesen STAR LRT PWTC (paling dekat dengan PWTC)

nona manis idaman kalbu


oh, capture this nona, last weekend during my cousin wedding. sayangnya tak dapat merasa nona manis ni. masih belum masak ranum!

melepas lagi nak merasa nona manis nih~

oh si belang yang sangat sweet!


sumber berita: Kosmo!

ZURICH, Switzerland - Seekor kuda belang mencuci gigi badak air di Zoo Zurich di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Adegan mendebarkan itu dirakamkan baru-baru ini oleh seorang jurugambar amatur dari Amerika Syarikat (AS), Jill Sonsteby, 34.

"Badak air itu membuka mulutnya dengan luas dan membiarkan kuda belang itu membersihkan giginya. Terdapat 20 pelawat yang menyaksikan adegan yang menghiburkan itu selama kira-kira 15 minit," katanya.
Berat badak itu ialah tiga tan dan merupakan mamalia ketiga terbesar di dunia. - Agensi 

****************************************************************
alahai binatang kat zoo pun tau bermanja-manja. ah, sweet sekali :-) marilah kita menghargai kasih sayang.. huhu~

kalau nak belajar matematik, jom main game!

dah lama me nak post tentang tuisyen class and update student progress. closing of this week, me dah ada 13 kali class with student. hmm, tuisyen is something interesting business that people should explore. tapi kena ada sabar dan minat. people can make money with tuisyen, tapi kena serius lah~

oleh kerana, student yang me ajar adalah anak kawan ditempat kerja, hari2 me tanya kepada mak nya.. "kak, ada notice tak perubahan pada anak since pergi tuisyen class ni?" maklumlah, sebagai in-experience cikgu tuisyen, bagus jugak untuk dapat feedback, sekurang2 nya takde lah syok sendiri, kan? alhamdulillah, feedback positive. maklumlah matematik bukan favourite subjek kebanyakan orang, untuk jadikan student suka pada matematik bukan perkara yang mudah, walaupun hanya kira-kira matematik sekolah rendah!

hmm, student progress. secara kasarnya, student ada minat pada matematik, cuma susah nak catch up, lagi2 bila nak suruh hafal sifir and buat operasi bahagi/darab. macam2 alasan dia bagi. kadang2 pening jugak dibuatnya! dalam kelas ke 9, student ada bagitau mak dia.. "sebenarnya ibu, dah tak larat lagi belajar matematik, macam dah penuh je otak ni" haha, sabar je lah. dalam week tu, memang me tekan student untuk hafal sifir. siap beli buku 555, salinkan sifir and suruh dia hafal hari2! kesian, hehe :-)

interesting part ialah, me belajar sesuatu, iaitu style mengajar perlu bertukar. me jalan2 di blog cikgu isza dan jumpa satu cara yang menarik iaitu "game". starting from class 10 ke 13, me mengajar berselang seli dengan bagi student main game. eh, ini bukan game suka2 tau, game ni berunsur matematik, memang best. me pun layan gak game ni. apa yang menariknya, minat student kepada matematik meningkat dan dia siap request nak pergi class hari2 dari maknya. haha~ well, kanak2 dan game mana boleh dipisahkan?

hmm, kalau korang ada adik2 yang baru nak kenal operasi matematik dan belajar tentang matematik, ajarlah diaorang main game matematik ni. memang menarik dan berkesan~

learning is always fun, and mathematics is super-duper fun! 





ok, selamat belajar dan bermain game!

tanduk oh tanduk, kenapa ada didahi ku?

masa zaman hingusan, me ada sorang kawan yang sengal tak sengal sangat lah. tapi bila ramai kawan2 yang sound dia suruh ubah cara dia yang annoying masa tu dia selalu cakap, "kalau kau nak aku berubah tunggulah aku tumbuh tanduk" tapi ye lah, orang bertanduk, akan ke? cam mustahil kan?

tapi hari ni, me terkejut bila baca paper KOSMO! betul2 terkejut ok, tapi ini kan kuasa Maha Pencipta, apa-apa pun boleh terjadi~


apa lagi nak dikata?

telinga untuk dengar masalah pun ada limit, ada faham?


hidup dua tiga menjak ni sangat huru hara. lebih-lebih lagi bila dah terlanjur meminjam telinga untuk mendengar masalah orang. haish. ikhlas atau paksa rela. eh?

masalah adalah problem. sama ada datang dengan sendiri atau sengaja pergi cari masalah. tapi bila dah luahkan cerita kat orang lain (peminjam telinga) haruslah tahu mana limit nya. dah nak muntah hijau dibuatnya, hari2 kena sua ngan masalah yang tak ada konklusi. sabar lah hati~

dah la bila bagi pendapat asik reject je, apa bagus sangat kah dikau. tak habis-habis plak nak burukkan orang lain. eh, diri sendiri pun salah. tu lah kuman depan mata tak nampak, gajah kat seberang laut nampak. iskh2. oh! tertekan dibuatnya, ok. orang lain pun ada masalah, tapi "chill" lah!
Powered by Blogger.