part 1: oh, berapa berat ku?

ini adalah entri bersambung dari sini, hmm dah lama tak update pasal contest mister potato kan?! korang dah hantar penyertaan ke? hantar jangan tak hantar, kalah atau menang belakang kira, yang penting cuba :-) me suka contest ini sebab melibatkan teka teki matematik. best kan?! ingat, tarikh tutup penyertaan ialah pada 31/03/2010!

ok, kali ni me mahu mengajak korang mencatat info2 penting mengenai berat mister potato dan ortega! seperti biasa, klu2 boleh didapatkan dari website mister potato dan kad unik (dalam pek chip mister potato). baca semua maklumat, ok?

MISTER POTATO


apa maklumat yang kita ada?
a) berat mister potato lebih 33 paun dari berat purata seekor anak gajah (berat purata anak gajah ialah 105kg)
b) dua dekad lalu, berat mister potato telah mencecah 100kg
c) mster potato pernah mengangkat des (trio geng), berat mereka berdua adalah 170kg
d) masa zaman sekolah, mister potato pernah menyertai gusti amatur dalam kategori 70kg ke 90kg

calculation mudah, adalah dengan menukarkan 33 paun kepada kg kemudian tambahkan dengan berat purata seekor anak gajah. secara kasarnya, kita boleh agak berapa berat mp. ada cara lain untuk kira,? jangan lupa share,ok?

ORTEGA


ortega, beliau adalah orang harapan mister potato. apa pula maklumat yang kita ada?
a) sewaktu di menengah atas, berat ortega adalah 50kg
b) pernah menyertai pertandingan karate dalam kategori 45kg ke 65kg
c) pernah dipelawa masuk dalam rumah kanak2 yang boleh menampung berat sehingga 143paun
d) kini, ortega mempunyai saiz pinggang 29 inci dan berat 132 paun
e) jumlah berat 100 biji kentang dan ortega adalah 161 paun 

jika korang perasan, klu d secara direct dah memberitahu berapa berat ortega iaitu 132 paun, tukarkan paun kepada kg. hmm, ada juga cara lain untuk mengira berat ortega seperti pada klu e, tapi berapa berat 100 biji kentang? ok,me akan bincangkan nanti, tunggu next post ok?! 

(lihat menu sebelah kanan, tq!)

tips 1: tukar paun kepada kg disini!! 
tips 2: baca semua maklumat penting kat website mister potato, klik pada klu dan profil karektor!

8 comment:

Sendra said...

alamakk..masalahnya,aku ni lemah math lahhh..aku baca banyak kali dah pasal benda ni..kat sini pun dah baca lagi..aduhai..pening banget lahh..tak tercapai nak masuk contest tu..kalaulah ada contets melukis2..baru boleh try kot??hehhe..followlah blog ni..kot2 ni blog pemenang contest ni..

asilahkassim said...

ok. math is fun tau!
thanks anyway~

amin2 harap termakbul doa.. kan boleh lah share rezeki ngan kawan2 blogger amin..

terunagiler said...

ok entry 1 dan 2 aku dah katam...

asilahkassim said...

wah, bagus2

lia said...

tpi peraduan ni g sms lah
lecehnya sms ni kena hantar banyak2
buang duit je nanti klu tak dapat

u dah hantar banyak ke?

asilahkassim said...

lia, haruslah kena kuar duit sket. huhu, ala sy baru antar 11 je. tu pun tak tau jawapan betul ke tak? hehe

tak salah cuba
ada rezeki, dapat lah :-)

-k!mi3- said...

salam sume..nk tanye sket..contest ni soh teka berat setiap karekter@kentang berdasarkn klu pada 'unique code card' or berat jumlah berat sume karekter+kentang?? arap leh bantu..same2 enjoy dis contest

asilahkassim said...

berat semua
mister potato+ortega+mariachi+100 kentang

ok?

Powered by Blogger.