macam2 ada, senangnya hidup kamu, manusia!


sumber berita: KOSMO!

"KUALA LUMPUR - Peristiwa kesukaran kira-kira 40 umat Islam mengambil wuduk daripada sebuah besen di atas sebuah feri akhirnya mencetuskan idea inovasi kepada seorang juruterbang.

Melihat kepada apa yang berlaku, Anthony Gomez yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn. Bhd., (AACE Technologies) lantas terfikir sesuatu teknologi perlu dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Beliau yang pernah menjadi juruterbang peribadi kepada Sir Julius Chan, bekas Perdana Menteri Papua New Guinea, memberitahu, pengalaman itu dilaluinya ketika menaiki feri dalam perjalanan dari Jordan ke Mesir pada tahun 2006.

Mesin Auto Wudu Washer yang dicipta oleh Anthony sendiri itu merupakan mesin wuduk pertama di dunia oleh syarikat tempatan Malaysia dan produk itu mengambil masa kira-kira dua tahun untuk dibangunkan"

...................................................................................................................

ok, ada sesiapa nak komen? 
sebenarnya, confius jugak, kenapa perlu ada mesin auto wudu' washer ni? tapi, nama pun teknologi, nak menyenangkan manusia. nak amik wudu' pun perlu teknologi, hmm~barulah seiring ngan peredaran zaman. huhu~

tapi ada sesuatu perkara yang berlegar2 dalam kepala, tapi macam tak patut nak luahkan.. haha, korang perasan tak apa yang me perasan? tak tau? hmm, fikirlah sendiri :-)

nota kaki: mesin wudu' automatik akan berada di pasaran dalam masa 6 bulan lagi~

3 comment:

noor afzan said...

semuanya nak mudah senang..

asilahkassim said...

betul3

Jeff said...

Pencipta mesin nie Non-muslim ka?

Powered by Blogger.