hantu puncak datang bulan


mood menulis menurun. ini semua penangan bonus tak masuk.. huhu~ ok, apa pun life must go on, kalau ada peluang lain kita hai2+bye2,ok? no cry, no worries!

membaca KOSMO online adalah habit setiap hari. hmm, hari ni penuh dengan cerita diliwat dan meliwat. adoii geli2 nak follow berita ni di dada akhbar. haish, sungguh melanggar moral hidup. huh~ apa pun semoga yang benar berada dipihak yang benar, jangan kerana kuasa dan wang ringgit, maruah dan harga diri jatuh ke tahap infiniti negatif. ok, habis merapu.

kalau korang baca KOSMO hari ni, mesti perasan dengan news yang ala2 hangat tak hangat ni, dari negara seberang~

sumber berita: KOSMO! Ulama kecam filem hantu puncak datang bulan

JAKARTA - Sebuah filem seram terbaru Indonesia mengenai hantu mendapat kecaman Masjlis Ulama Indonesia (MUI) semalam. Filem Hantu Puncak Datang Bulan dikecam oleh ulama-ulama kanan Indonesia selepas ia mula ditayangkan di sini semalam.

"Saya telah menonton filem itu... ia mengandungi adegan seks, keganasan dan penyeksaan. Saya menggesa badan penapisan supaya membatalkan kelulusan penayangannya," kata seorang pegawai MUI, Amirsyah Tambunan.

Bagaimanapun menurutnya, MUI tidak merancang untuk mengeluarkan fatwa bagi melarang orang Islam daripada menonton filem itu. Hantu Puncak Datang Bulan mengandungi adegan ganas dan erotik melibatkan aktres Andi Soraya yang berlakon dalam keadaan hampir bogel.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Islam mengecam rancangan membawa masuk bintang porno Jepun Maria Ozawa, 23, atau lebih popular dengan panggilan Miyabi ke Indonesia untuk membintangi filem Menculik Miyabi. Petikan filem itu boleh dilihat menerusi laman web YouTube yang mengandungi adegan seks termasuk potong kepala.

Penerbit filem itu, K.K. Dheeraj dari penerbitan K2K mengambarkan filem itu sebagai bercirikan komedi iaitu mengenai wanita yang meninggal dunia semasa didatangi haid sebelum dia bertukar menjadi hantu bagi membalas dendam. - Agensi
 
nak komen tak? hehe :-)

10 comment:

Aidi-Safuan said...

haha..indonesia memang suke buat movie2 pelik camnih.

asilahkassim said...

tau takpe :-)

sI tEDI said...

takut tgk filem seram indon!

asilahkassim said...

hmm. betul2
macam real

Azrul Hisham said...

boleh tengok trailer movie tu kat youtube...memang macam celaka....kalau yang gersang tu boleh la layan citer indon tu...hehe

LadyKura said...

aku ingatkan pasal hantu yang jadi astronout pi bulan kekdahnya, mau kalah syeikh muzaffar. lols

asilahkassim said...

azrul: kena sign up. ada adult content. haha

lady: huhu~

asilahkassim said...

azrul: kena sign up. ada adult content. haha

lady: huhu~

ariyon176 said...

tak sesuai untuk paparan org kita..dah mcm filem 3 star pulak. Indon kalo buat citer seram dah tak se best dulu..plot citer sume kebanyakkannya sama...balik2 sekumpulan pelajar..buat kajian la..buat lawatan la..pastu termasuk tempat larangan la..tramik barang la..yg gurl mesti pakai baju tak cukup kain..baju tali..kali nampak lurah sket..hantu standard korea..nampak rambut turun..merangkak2..plot citer???...hampeh. 2010 pulak yg bukak2 makin berani...hemmm

asilahkassim said...

ariyon: betul tu. bahaya2

Powered by Blogger.